Pusat Rawatan Islam As'Syifah

Pusat Rawatan Islam As'Syifah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Rawatan Islam As'Syifah, Medical Center, Sandakan.

Kami dari pusat Rawatan Islam As'Syifah menyediakan perkhidmatan Rawatan Islam

perkhidmatan yang di sediakan seperti berikut οΏ½

membantu menyelesaikan masaalah gangguan jin sihir/saka/santau & penyakit misteri Dan lain-lain

π—£π—˜π—‘π—œπ—‘π—š π—žπ—˜π—£π—”π—Ÿπ—” π—”π—‘π—”π—ž π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π— π—˜π—₯π—”π—šπ—”π—  & π— π—˜π—‘π—”π—‘π—šπ—œπ—¦ π—ͺπ—”π—žπ—§π—¨ π— π—”π—Ÿπ—”π— ? 😨Boleh jadi disebabkan gangguan-gangguan yang ada dirumah. Ibu...
13/08/2025

π—£π—˜π—‘π—œπ—‘π—š π—žπ—˜π—£π—”π—Ÿπ—” π—”π—‘π—”π—ž π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π— π—˜π—₯π—”π—šπ—”π—  & π— π—˜π—‘π—”π—‘π—šπ—œπ—¦ π—ͺπ—”π—žπ—§π—¨ π— π—”π—Ÿπ—”π— ? 😨
Boleh jadi disebabkan gangguan-gangguan yang ada dirumah. Ibubapa perlu segera rawat anak dengan Wangian Kasturi Kijang Asli Kami.

=-=-=-=-=-=--=-=-=
βœ… Wangian sunnah kegemaran Nabi kita
βœ… Benteng diri & keluarga dari gangguan
βœ… Mengelakkan mimpi yang menakutkan
βœ… Menenangkan jiwa yang tidak tenteram

Beberapa pesakit kami telah mendapat manfaat daripada Wangian Kasturi Kijang Kami.
Jom dapatkan dengan Harga,
SPECIAL BULAN NI!
Nak Cod πŸ‘‰ Area sandakan
Luar daerah post

Untuk info lanjut boleh klik butang whatsapp dibawah

wassap.my/60146058637/pmkasturikijang
wassap.my/601151703274/pmkasturikijang

PAGAR RUMAH DIGANGGU JINRamai yang mengadu pada saya semasa sesi rawatan, rasa resah gelisah bila balik ke rumah, ada sa...
13/01/2024

PAGAR RUMAH DIGANGGU JIN

Ramai yang mengadu pada saya semasa sesi rawatan, rasa resah gelisah bila balik ke rumah, ada sahaja perkara tak kena bila ada dirumah, rasa diperhatikan, rasa ada kelibat lalu lalang, anak-anak kuat mengamuk menangis, kita sendiri mudah marah, terasa panas.. pendek kata rasa tak seronok berada di rumah sendiri. Bila nak balik kampung rasa takut, sebab nak tidur sahaja ada bunyi-bunyi atau benda yang menyeramkan, anak-anak sering jatuh sakit bila ada dirumah pusaka tokwan. Isteri kerap mimpi didatangi lembaga menakutkan tiap kali cuti dirumah mak ayah kita.

Bagaimana mahu atasi masalah begini?
Semua masalah ini berpunca dari pada gangguan jin sama ada pada diri sendiri atau pun ahli keluarga. Untuk mengatasi masalah ini, perkara pertama yg perlu dilakukan adalah dgn merawat gangguan yg ada pada diri dan juga bina benteng pertahanan diri melalui amal ibadat, zikir-zikir benteng diri yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Kenapa perlu rawat gangguan yg ada pd diri dahulu?
Bila ada gangguan jin pada diri seperti saka & sihir, jin yang menganggu kita itu akan turut menganggu rumah tempat kediaman kita. Jin ini sudah menjadi tugasnya merosakkan kehidupan manusia. Bila rumah diganggu, sebagai pesakit gangguan kita akan mudah rasa stress dan tertekan. Tekanan akan menyebabkan pesakit gangguan menjadi lebih lemah dan putus asa.
Perkara ini memudahkan jin menyakiti manusia dan merampas akal fikiran manusia yg diberi Allah. Akal fikiran adalah kelebihan yang dikurniakan Allah khusus buat manusia. Janganlah kita menjadi penyumbang pada kemenangan jin dan syaitan dengan sifat putus asa.. teruskan rawatan tanpa jemu. Bila sihat mudah untuk kita tumpu pada amal ibadat dan melindungi diri.

Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan kepada kita beberapa kaedah yang mudah dan berkesan bagi memelihara dan menjaga tempat kediaman:

1) Pastikan rumah kita bersih dari segala perkara khurafat dan syirik yang menghalang kedatangan malaikat rahmat. Perbuatan menggantung tangkal, azimat, wafaq, gambar atau patung yang dipuja merupakan perbuatan syirik. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: ”Sesungguhnya jampi, tangkal dan tiwalah itu syirik.”

2) kita perlu pastikan kediaman kita bersih dari patung-patung hiasan dan juga anjing. Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada kedua-dua perkara ini.

Sabda Nabi SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:β€œSuatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu: β€œKami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.”

Sebahagian ulama mentafsirkan perkataan anjing dalam hadis di atas merujuk kepada syaitan dan jin yang jahat. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Thalabah al Khisyni r.a.: β€œJin terdiri dari tiga golongan: Golongan yang bersayap terbang di udara, golongan yang berupa ular serta anjing dan golongan yang menetap dan berpindah randah.”
Perlu diketahui bahawa tangkal dan azimat serta pagar pendinding merupakan kediaman dan tumpuan jin. Selain itu, jin juga s**a mendiami barang-barang pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang diketahui mempunyai amalan khurafat seperti senjata atau barang perhiasan lama. Sekiranya kita mahu malaikat datang membawa rahmat ke dalam kediaman kita, maka kita perlu memastikan barang-barang yang menjadi sarang dan tempat tinggal jin itu dimusnahkan.

3) laungkan azan di premis atau kediaman kita. Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru atau mana-mana premis bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Menurut satu hadis Rasulullah s.a.w., sesebuah premis atau rumah yang ditinggalkan kosong tanpa penghuni akan dimasuki sejenis jin yang bernama al-’Ammar.
Apabila dilaungkan azan, syaitan yang berada di sekeliling kita akan melarikan diri. Imam al-Bukhari meriwayatkan satu hadis dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu p**a apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.” Imam Muslim dalam sahihnya: Dari Abu Sufyan dari Jabir beliau berkata aku mendengar Nabi SAW bersabda Sesungguhnya syaitan ketika ia mendengar seruan azan, ia lari hingga sampai ke Rauha.” Berkata Sulaiman, maka aku bertanya tentang Rauha. Maka ia menjawab ia adalah satu tempat yang terletak kira-kira 36 batu dari Madinah." Disarankan agar azan dilaungkan sebanyak 7 kali.

4) Bacalah al-Quran di rumah khususnya surah al-Baqarah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: β€œJanganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah.” Selain surah al-Baqarah, surah lain yang disarankan untuk dibaca ialah surah Yasin, ayat al-Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas.

5) Memperbanyakkan solat dan ibadah-ibadah sunat di rumah. Imam al-Baihaqi meriwayatkan satu hadis dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: β€œSinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.”
Jika benar-benar ada gangguan selain lakukan kelima-lima diatas:
Perlu pagar rumah juga ya bagi mematikan unsur sihir, saka atau sebagainya.

TIPS MUDAH PAGAR RUMAH

Sebelum memulakan proses pagar rumah, pastikan didalam rumah tiada tersimpan segala jenis tangkal, azimat dan perkara-perkara syirik seperti alat atau bahan-bahan yang pernah diberi oleh bomoh-bomoh atau perawat yang ada pendamping. Buang semuanya dan matikan segala tangkal azimat yg ada. Ini perlu di lakukan bagi memastikan proses pagar rumah yg dijalankan tidak sia-sia.
Saya kongsikan kaedah mudah bersihkan rumah ya..boleh ikuti seperti dibawah.

Bahan-Bahan:
1) Minyak Wangi kasturi As-syifa
2) Botol spray berisi air

Cara Pagar Rumah:
1) Masukkan 3Titisan wangian kasturi kijang as-syifa
2) Baca al-fatihah 3 kali
3) Baca 3 Qul 3 kali (niat untuk bersih dan pagar rumah)
4) Isikan campuran td ke dalam bekas spray.
5) Spray dinding rumah bermula pintu hadapan (ikut lawan arah jam) sehingga keseluruhan rumah sambil baca ayat qursi tanpa henti. Akhiri dengan azan ditengah rumah.
6) Rumah wangi harum semerbak, ada bau Kasturi kijang as-syifa. sudah diruqyah dengan bacaan khusus utk bersihkan rumah. Boleh cuba ya.
7) Ini langkah asas untuk bersihkan rumah, kita usaha langkah demi langkah. Insyaallah ada pelbagai usaha yang boleh kita usahakan.

Semoga Allah permudahkan kita semua.

GANGGUAN JIN PADA REZEKIKeadaan pesakit gangguan bila diganggu jin pada pekerjaan: 1. Pesakit rasa malas di pejabat, men...
08/07/2023

GANGGUAN JIN PADA REZEKI

Keadaan pesakit gangguan bila diganggu jin pada pekerjaan:

1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.

2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).

3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasan nya sering mencari kesalahan nya.

4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja

5. Kerap MC kerana selalu jatuh sakit, lebih s**a berseorangan tak mahu berjumpa orang lain, s**ar untuk bekerjasama ketika bekerja.

Keadaan pesakit gangguan bila diganggu jin pada Perniagaan :

1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.

2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.

3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.

4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.

5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.

Untuk Rawatan boleh hubungi
014-605 8637

Untuk pembelian barangan Rawatan hubungi
011-5170 3274

SEBAIK-BAIK WANGIAN ADALAH KASTURIHaruman kasturi mampu memberi kekuatan pada roh.  Harumnya adalah santapan roh, manaka...
05/07/2023

SEBAIK-BAIK WANGIAN ADALAH KASTURI

Haruman kasturi mampu memberi kekuatan pada roh. Harumnya adalah santapan roh, manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman. Sebagaimana sabda nabi S.A.W "Sebaik-baik wangian adalah kasturi". -Hadis Riwayat Muslim.

KELEBIHAN WANGIAN KASTURI RUQYAH SYIFA
=================================
Khas untuk merawat:
1. Penyakit bersifat rohani
2. Gangguan emosi,
3. Sukar tidur
4. Gangguan mahkluk halus dan sihir.
Dan lain-lain

~Allahummasolli Alaa Muhammad ~

Untuk sebarang pertanyaan mengenai rawatan Islam boleh hubungi nombor tertera di poster πŸ“Œ
26/01/2023

Untuk sebarang pertanyaan mengenai rawatan Islam boleh hubungi nombor tertera di poster πŸ“Œ

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ„Ϋ‘Ω‚Ω Ω…ΩŽΨ§ فِي ΩŠΩŽΩ…ΩΩŠΩ†ΩΩƒΩŽ ΨͺΩŽΩ„Ϋ‘Ω‚ΩŽΩΫ‘ Ω…ΩŽΨ§ Ψ΅ΩŽΩ†ΩŽΨΉΩΩˆΩ“Ψ§Ω’ Ϋ– Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψ΅ΩŽΩ†ΩŽΨΉΩΩˆΨ§Ω’ ΩƒΩŽΩŠΫ‘Ψ―Ω سَٰحِ...
15/12/2022

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ„Ϋ‘Ω‚Ω Ω…ΩŽΨ§ فِي ΩŠΩŽΩ…ΩΩŠΩ†ΩΩƒΩŽ ΨͺΩŽΩ„Ϋ‘Ω‚ΩŽΩΫ‘ Ω…ΩŽΨ§ Ψ΅ΩŽΩ†ΩŽΨΉΩΩˆΩ“Ψ§Ω’ Ϋ– Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψ΅ΩŽΩ†ΩŽΨΉΩΩˆΨ§Ω’ ΩƒΩŽΩŠΫ‘Ψ―Ω سَٰحِرٍ Ϋ– ΩˆΩŽΩ„ΩŽΨ§ ΩŠΩΩΫ‘Ω„ΩΨ­Ω Ω±Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΨ§Ψ­ΩΨ±Ω حَيۑثُ أَΨͺΩŽΩ‰Ω°

""Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada"."
(Surah Toha Ayat 69)

Amat mudah sekali zaman sekarang nak sihir kan seseorang.
Tak perlu masuk hutan, redah sungai, daki bukit atau masuk ceruk kampung cari tukang sihir.

Cukup dengan transfer online, beri gambar yang diambil di social media, kasi nama atau tarikh lahir mangsa, nanti tukang sihir akan seru Jin nya untuk melakukan penganiayaan yang kejam terhadapa mangsa atau keluarga.

Buat anda yang tak pernah kena, jangan perlekehkan orang lain yang sedang di uji dengan masalah sihir ini. Kalau tak kena tidak akan tahu bertapa peritnya penderitaan yang harus dilalui.

Ada yang disihir sampai porak peranda, bercerai berai rumahtangga.

Ada yang disihir dengan sihir penyakit, pergi hospital sana sini tak baik dari penyakit misteri yang Doctor pakar pun tak tahu.

Ada yang disihir hancur perniagaannya dengan tiba-tiba tanpa sebab.

Ada yang disihir sehingga terhalang jodohnya, dibenci orang sekeliling atau dibuat wajah hodoh tanpa sebab.

Semoga Allah selalu melindungi kita dari pada kejahatan jin dan syaitan

19/10/2022

CIRI-CIRI RUMAHTANGGA DIGANGGU JIN/ADA GANGGUAN JIN PADA RUMAHTANGGA

1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya. Ada rasa mahu bersama dengan pasangan tapi bagaikan ada halangan, tiba-tiba isteri keluar darah, batuk atau tak sihat, tiba-tiba tercetus perbalahan tanpa punca, suami isteri tidak boleh tidur sekali.
2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya p**ang ke rumah.
4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh, terlalu tua dan wajah menakutkan.
5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil, isteri atau suami s**a mencari punca pada pergaduhan, suami atau isteri mudah marah atau terlalu panas baran
6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala yang kronik, sakit di perut, sakit kaki tangan, kerap demam dan sebagainya.

Sekiranya ada alami daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami & isteri atau keduanya diganggu jin.

namun begitu, janganlah kita terlalu taksub merasakan rumahtangga kita telah di Sihir..kerana kadang-kadang ada banyak sebab dan punca yang menyebabkan rumahtangga kita goyah. Bukan hanya kerana sihir tetapi ada pelbagai jenis gangguan jin yang akan menyebabkan rumahtagga kita ada masalah.

Kadang-kadang kita tidak tahu pasangan yang kita nikahi memiliki masalah gangguan jin sedari awal, selepas bernikah masalah ni muncul semula kerana jin cukup s**a ganggu rumahtangga manusia dan inilah punca utama rumahtangga kita bermasalah.

Peliharalah rumahtangga kita dengan hampirkan diri pada Allah. Berusahalah untuk mencari ilmu tentang tanggungjawab suami dan isteri. Berlapang dada dalam menerima teguran dan nasihat sepanjang melayari bahtera rumahtangga. Jika ada ciri-ciri di atas dapatkan bantuan perawat ruqyah, boleh wasap ustaz juga untuk sebarang pertanyaan.

16/10/2022

Jin ni akan ganggu manusia pd 3 keadaan:
1) ganggu kesihatan
2) ganggu rezeki
3) ganggu hubungan

21/09/2022

Akibat Jin Sudah bersarang dalam tubuhnya,di bacakan ayat melalui Telefon pun sudah merasa kesakitan

Pesan saya
Jangan biarkan jin bersarang dalam tubuh mu,jika merasa dirimu. Mempunyai gangguan atau tanda-tanda gangguan jin maka segeralah berjumpa dengan perawat Islam, jangan di biarkan nanti akan menjadi mudarat kepada dirimu

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari gangguan makhluk halus

Alhamdulillah Segala puji-pujian untuk Allah Syukur Alhamdulillah Kemarin Selesai Rawatan Islam Berramai-ramai Di Surau ...
29/08/2022

Alhamdulillah Segala puji-pujian untuk Allah

Syukur Alhamdulillah Kemarin Selesai Rawatan Islam Berramai-ramai Di Surau An-nur Hidayah lg singkee tanah merah

Semoga dengan Adanya program sebegini. dapat memberikan kesadaran agar tidak lagi melakukan kesyirikan dan menyimpan azimat-azimat.

Semoga sedikit usaha ini menjadi asbab kebaik kan

terima kasih kepada pengerusi masjid tuan kamarjaman dan ketua kg singke yg turut hadir. tidak di lupakan juga kepada para ajk surau an-nur hidayah.

Rawatan Islam As-Syifah

GANGGUAN SAKA YANG KRITIKALIni antara tanda-tanda gangguan saka yg ada dalam tubuh badan pesakit semakin kritikal. Selal...
12/08/2022

GANGGUAN SAKA YANG KRITIKAL

Ini antara tanda-tanda gangguan saka yg ada dalam tubuh badan pesakit semakin kritikal. Selalunya pesakit yang alami begini sudah mula mendiamkan diri, hidup dalam dunia sendiri, " orang mula panggil dia gila", tidak mahu jumpa orang, agak paranoid dan takut pada sesuatu yang tidak wujud.

Perhatikan ciri-ciri ini ya:

- Jin ini tanamkan dalam fikiran pesakit gangguan saka PERCAYA bahawa dunia menentangnya (benci, tidak s**a, meluat padanya). Selalu menganggap semua benda didunia ini buruk.

- Ini menyebabkan pesakit menjadi seorang yang terlalu curiga pada orang lain contohnya sentiasa rasa suami ada wanita simpanan, pesakit juga gemar menyendiri (kemurungan) dan boleh menjadi terlalu paranoid, anxiety (kebimbangan melampau), panic disorder.

- Kebanyakan pesakit gangguan saka merasakan semua orang sombong, rendahkan dirinya, memulaunya, prasangka buruk pandangan orang terhadap dirinya, merasakan dirinya dilayan dengan tidak adil dan bencinya padanya.

- Saka juga membina perasaan was-was pada diri pesakit dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dirinya menjadi tertekan kerana merasakan amal ibadat yang dilakukan masih tidak sempurna pada pandangan Allah. Akhirnya pesakit langsung tidak melaksanakan ibadat kerana penat memikir cara untuk dapatkan kesempurnaan.

- Semua gejala diatas adalah karektor jin/syaitan yang sombong, angkuh, ego dan enggan sujud pada Allah yang Maha Berkuasa.

->> Jika semua gejala-gejala kritikal diatas ada pada ahli keluarga sahabat-sahabat semua, cepat-cepat dapatkan rawatan ruqyah..ini kerana pesakit yang sudah alami gejala ini akhirnya akan menjadi hilang akal atau gila kerana terlalu tertekan, serabut, resah dengan fikirannya yang sudah dikawal oleh jin.

BAGAIMANA SAKA BERPINDAH?Ustaz nak kongsikan hari ini, mengenai bagaimana saka berpindah. Antara sifat jin adalah boleh ...
31/07/2022

BAGAIMANA SAKA BERPINDAH?

Ustaz nak kongsikan hari ini, mengenai bagaimana saka berpindah. Antara sifat jin adalah boleh berpindah randah.

Saka boleh datang menganggu atau berpindah pada sesiapa sahaja melalui pelbagai cara antaranya:

1) Melalui sentuhan tangan pada barang-barang yang di gunakan semasa proses pemujaan seperti keris, parang, pasu, juga dari barang-barang kemas lama keluarga yang ditebus di pajak gadai, selepas tebus barang-barang kemas itu ahli keluarga sakit-sakit tanpa punca.. dan bila barang-barang kemas itu dikeluarkan dari rumah, ahli keluarga kembali sihat.

2) Seorang yang selalu berjumpa bomoh, pawang, dukun, ustaz (yang merawat menggunakan bantuan jin) boleh mewarisi saka dari mereka. Ada pesakit yang akan menjadi pilihan perawat tersebut untuk mengambil dan mengamalkan ilmu yang dia miliki. Pemberian itu ada kala melalui ayat-ayat bacaan yang perlu ditulis sendiri oleh pesakit dan diamalkan. Jadi berhati-hati bila menerima sebarang ilmu atau pun rawatan. Pastikan perawat tidak menggunakan bantuan jin (boleh cari post ustaz untuk kenal perawat yang rawat guna bantuan jin).

3) Saka yang sengaja diturunkan kepada seseorang kepada seseorang yang lain. contohnya pada menantu atau anak yang setia menjaga orang tua ketika sakit. " Abah nak bagi kamu, dalam banyak-banyak anak kamu simpanlah parang hitam abah ni.. parang ni boleh jaga kamu dengan keluarga setiap bulan pilih mana-mana jumaat kamu sintok limau parang ni ". Anak menantu mana yang tak bangga bila menjadi pilihan orang tua untuk warisi barang simpanan kesayangan. Hati-hati jika menerima sebarang pemberian begini.. ustaz perhatikan anak menantu yang menerima saka begini selalunya panas baran dan rumahtangga mereka panas. Anak cucu akan alami sakit-sakit yang pelik dan bercerai berai. Bila terima ilmu, tanya dahulu pada yang pakar, cari perawat ruqyah yang berpengalaman.

Di ganggu SAKA atau gangguan SAKA adalah penyakit dan perlu dirawat/diubati.

Address

Sandakan
90300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60146058637

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam As'Syifah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Islam As'Syifah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category