29/12/2025
👁️
Bila kita nampak mata bengkak, merah, atau ada benjol sikit, kita terus label, “ketumbit.”
Padahal mata ni bukan satu cerita je.
Ada masalah yang memang nampak di luar, ada yang nampak sama tapi puncanya lain, dan ada juga yang langsung tak nampak dari depan sebab dia duduk di belakang mata, dekat saraf dan salur darah.
Ini antara masalah mata yang jelas boleh dilihat:
1) Katarak
Kanta mata nampak keruh putih kelabu. Penglihatan makin kabur, mudah silau, susah memandu malam.
2) Konjunktivitis (Mata Merah)
Mata merah, berair, gatal atau bergetah. Boleh berjangkit. Jangan kongsi tuala, jangan gosok mata.
3) Pterigium (Daging Tumbuh)
Isi putih dari sudut mata yang makin menuju ke tengah. Selalunya berkait dengan habuk, angin, panas dan UV.
4) Ketumbit
Benjol kecil bernanah di kelopak mata. Sakit bila tekan. Kerap jadi bila tangan kotor atau selalu pegang mata.
5) Tompok Merah (Salur Darah Pecah)
Tompok merah terang pada putih mata. Selalunya tak sakit dan akan surut sendiri. Tapi kalau kerap berulang atau selepas trauma, elok periksa.
6) Kelopak Mata Jatuh (Ptosis)
Kelopak nampak jatuh, mata jadi tak simetri. Kalau jadi tiba-tiba, jangan lengah sebab boleh ada kaitan saraf.
7) Mata Juling
Mata tidak sehala. Untuk kanak-kanak, pemeriksaan awal penting sebab boleh ganggu perkembangan penglihatan jika dibiarkan.
😎 Kelopak Mata Bengkak
Boleh sebab alahan, jangkitan, resdung atau radang. Kalau bengkak teruk dan sakit kuat, itu bukan “biasa-biasa.”
9) Mata Kuning
Putih mata jadi kuning. Ini selalunya petanda isu hati atau darah, bukan sekadar masalah mata.
🚩 TANDA BAHAYA SAKIT MATA
Kalau ada salah satu di bawah, jangan tunggu. Perlu pemeriksaan segera.
• Sakit mata kuat, terutama jika datang tiba-tiba
• Penglihatan kabur atau hilang mendadak
• Mata merah + sakit teruk (bukan sekadar pedih)
• Sakit mata bersama loya atau muntah
• Mata merah selepas hentakan / trauma / bahan kimia
• Sakit bila lihat cahaya (photophobia)
• Bayi atau kanak-kanak dengan masalah mata
• Kelopak mata jatuh secara tiba-tiba atau muka jadi tak simetri
• Mata kuning