U.n.i Klinik Bandar Maju, Sandakan

U.n.i Klinik Bandar Maju, Sandakan Introducing U.n.i Klinik Bandar Maju, a well equipped healthcare facility in Sandakan led by Dr. Izatty Lim.

23/05/2026

Lutut sakit bukan semestinya sebab umur 🚶🏻‍♂️🦵🏻
Kadang-kadang berpunca dari berat badan berlebihan, otot lemah, cara berjalan, sukan berlebihan atau masalah sendi.

Antara tanda yang jangan abaikan:
🔹 Sakit bila naik tangga
🔹 Lutut berbunyi “krak krak”
🔹 Bengkak atau rasa panas
🔹 Susah lurus/bengkokkan lutut
🔹 Sakit lama sampai ganggu kerja & tidur

Tips jaga lutut:
✅ Kawal berat badan
✅ Elakkan duduk mencangkung terlalu lama
✅ Buat senaman kuatkan otot paha
✅ Pakai kasut yang sesuai
✅ Dapatkan pemeriksaan kalau sakit berpanjangan

Jangan tunggu sampai jalan pun sakit baru mau check 😥

22/05/2026

Foreign body Friday: cotton bud tertinggal

Benda asing dalam telinga bukan budak saja kena — orang dewasa pun boleh jadi 😮

Antara benda yang selalu jumpa:
• Manik / mainan kecil
• Serangga 🪳
• Kapas cotton bud
• Tisu / kertas
• Earplug atau earphone tip

Tanda-tanda biasa:
⚠️ Sakit telinga
⚠️ Rasa penuh atau tersumbat
⚠️ Bunyi berdengung
⚠️ Kurang dengar
⚠️ Ada keluar cecair atau bau

Yang penting:
❌ Jangan guna penyepit, pin atau cotton bud untuk keluarkan sendiri
❌ Jangan tuang minyak atau air sembarangan

➡️ Sebab boleh buat benda tu makin masuk dalam atau cederakan telinga

Kalau ada benda asing dalam telinga, cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan & keluarkan dengan cara yang selamat 👩🏻‍⚕️✨

21/05/2026

Ramai tanya, apa Dr Izatty buat kalau tiada patient di biliknya.

Jangan kamu nda p klinik dia, takut terkurus betul dia nanti 🤣. Nda kamu kenal karang.

“UPT double line… jadi apa langkah seterusnya?” 👶🏻✨Jangan panik dulu, tarik nafas 😄Kalau UPT sudah positif, ini antara b...
17/05/2026

“UPT double line… jadi apa langkah seterusnya?” 👶🏻✨

Jangan panik dulu, tarik nafas 😄
Kalau UPT sudah positif, ini antara benda penting yang ibu boleh buat:

✅ Confirmkan kehamilan di klinik
Doktor akan check usia kandungan, kesihatan ibu & bagi nasihat awal pregnancy.

✅ Mula makan folic acid
Penting untuk perkembangan otak dan saraf baby, terutama awal kehamilan.

✅ Jaga makan & rehat
Kurangkan minuman manis, elakkan rokok/vape & alkohol, banyakkan air kosong.

✅ Elakkan makan ubat sendiri
Tidak semua ubat selamat semasa hamil. Kalau sakit, consult doktor dulu.

✅ Datang antenatal checkup awal
Lagi awal check, lagi senang pantau kesihatan ibu dan baby ❤️

Kalau ada:
⚠️ sakit perut kuat
⚠️ pendarahan
⚠️ pening teruk / pitam
Cepat jumpa doktor ya.

Tahniah mama 🫶🏻
Perjalanan baru bermula… jangan lupa jaga diri baik-baik ✨

🩺 Ramai ingat datang klinik cuma ambil ubat… sebenarnya konsultasi doktor lebih daripada tu 😊Konsultasi bermaksud sesi b...
12/05/2026

🩺 Ramai ingat datang klinik cuma ambil ubat… sebenarnya konsultasi doktor lebih daripada tu 😊

Konsultasi bermaksud sesi berbincang dan pemeriksaan bersama doktor untuk faham keadaan kesihatan kamu.
Doktor akan dengar simptom, tanya beberapa soalan penting, periksa keadaan badan, dan bantu cari punca masalah sebelum beri rawatan yang sesuai.

Kadang simptom sama, tapi punca boleh berbeza — sebab tu penting untuk diperiksa betul-betul, bukan main agak saja 😊

✔️ Faham keadaan kesihatan sendiri
✔️ Dapat rawatan yang sesuai
✔️ Kurangkan risiko komplikasi
✔️ Peluang untuk tanya apa saja yang kamu risau

Jangan segan datang konsultasi walaupun rasa macam sakit biasa ja 😄
Lagi awal check, lagi bagus.

Bakal menunaikan Haji atau Umrah? Jangan lupa lindungi diri sebelum berangkat 🤍🩺 Vaksin Influenza PERCUMA khas untuk jem...
08/05/2026

Bakal menunaikan Haji atau Umrah? Jangan lupa lindungi diri sebelum berangkat 🤍

🩺 Vaksin Influenza PERCUMA khas untuk jemaah Haji & Umrah di U.n.i Klinik BANDAR MAJU

✔️ Membantu mengurangkan risiko jangkitan influenza
✔️ Persediaan kesihatan sebelum ibadah
✔️ Slot terhad

📞 Hubungi kami untuk tempahan & pertanyaan lanjut.

22/02/2026
Selamat Menyambut Ramadan Al-MubarakWaktu operasi Uniklinik Bandar Maju sepanjang bulan Ramadan:Buka setiap hari8am - 9p...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Waktu operasi Uniklinik Bandar Maju sepanjang bulan Ramadan:

Buka setiap hari
8am - 9pm

Rehat 1pm-2pm
Rehat berbuka 5pm - 7pm

Kami sedia berkhidmat untuk kesihatan anda & keluarga.
🌙💉

Address

LOT 11, GF, BLOCK A, BANDAR MAJU, BATU 1. 5
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00
Saturday 08:00 - 21:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+60104542025

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when U.n.i Klinik Bandar Maju, Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to U.n.i Klinik Bandar Maju, Sandakan:

Share