Klinik Kesihatan Nanga Budu

Klinik Kesihatan Nanga Budu Healthcare Provider/Clinic

Selamat petang kepada semua. Bermula pada hari ini, Klinik Kesihatan Nanga Budu akan menggunakan sistem CCMS(Cloud-based...
21/11/2025

Selamat petang kepada semua. Bermula pada hari ini, Klinik Kesihatan Nanga Budu akan menggunakan sistem CCMS(Cloud-based Clinical Management System) di mana semua rekod perubatan pesakit akan disimpan di dalam sistem ini, di mana sistem ini dapat diakses oleh semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. Sistem ini nanti akan menggantikan semua perjalanan rawatan anda di klinik, bermula daripada pendaftaran, konsultasi dari doktor, penolong pegawai perubatan dan jururawat sehingga anda menerima rawatan dan ubat-ubatan anda di kaunter farmasi. Bagi memastikan sistem ini berjalan dengan lebih lancar, anda digalakkan untuk membawa sekali kad pengenalan anda dan juga kad berubat anda ketika ingin mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan. Sebarang pertanyaan anda boleh ajukan kepada pihak Klinik Kesihatan Nanga Budu untuk maklumat lanjut.

07/11/2025

Pada hari Ahad yang lepas, pihak Klinik Kesihatan Nanga Budu mengadakan satu majlis perpisahan untuk Dr. Hafizuddin yang telah berpindah ke Klinik Kesihatan Roban dan SN Rashidah yang telah berpindah ke Klinik Kesihatan Nanga Atoi. Pada masa yang sama, pihak klinik juga melakukan majlis sambutan untuk doktor baharu yang bertugas menggantikan Dr Hafizuddin iaitu Dr Nurul Aida. Kepada staf yang telah berpindah, ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama dan tugas serta amanah yang telah diberikan kepada semua masyarakat dan juga staf Klinik Kesihatan Nanga Budu, jasa anda kami kenang selalu. Semoga maju jaya di tempat baru. 🫡

Untuk info bersama😀
31/10/2025

Untuk info bersama😀

22/10/2025

❗❗RALAT ❗❗

Selamat petang. Adalah dimaklumkan Klinik Kesihatan Nanga Budu akan menjalankan pemeriksaan kesihatan(Pasukan Kesihatan Bergerak/Village Health Team) mengikut haribulan,masa dan tempat yang tertera seperti di bawah;

👉🏻❗❗PENUKARAN TARIKH❗❗👈🏻
Rumah Ancharang, Nanga Alum
27/10/2025(Isnin)
Jam: 9 pagi

👉🏻Kekal/Tiada Perubahan Waktu dan Tarikh👈🏻
Rumah Henry Sang, Nanga Dara
29/10/2025(Hari Rabu)
Jam: 9 pagi
Rumah Jungan, Nanga Long
29/10/2025(Hari Rabu)
Jam: 2 petang

Semua penduduk digalakkan berada di rumah panjang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, dan wajib membawa kad berubat ketika pemeriksaan kelak. Untuk penduduk wanita p**a, anda digalakkan untuk menjalani pemeriksaan pap smear iaitu pemeriksaan wanita ketika lawatan ini kelak.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

22/10/2025

Selamat pagi. Sukacita dimaklumkan Klinik Kesihatan Nanga Budu akan menjalankan pemeriksaan kesihatan(Pasukan Kesihatan Bergerak/Village Health Team) mengikut haribulan,masa dan tempat yang tertera seperti di bawah;

Rumah Ancharang, Nanga Alum
28/10/2025(Hari Selasa)
Jam: 9 pagi

Rumah Henry Sang, Nanga Dara
29/10/2025(Hari Rabu)
Jam: 9 pagi

Rumah Jungan, Nanga Long
29/10/2025(Hari Rabu)
Jam: 2 petang

Semua penduduk digalakkan berada di rumah panjang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, dan wajib membawa kad berubat ketika pemeriksaan kelak. Untuk penduduk wanita p**a, anda digalakkan untuk menjalani pemeriksaan pap smear iaitu pemeriksaan wanita ketika lawatan ini kelak.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

15/10/2025

MAKLUMAN

Lawatan Klinik Pergigian Saratok ke Klinik Kesihatan Nanga Budu pada 7/10/2025 akan ditunda kepada 16/10/2025 esok pada jam 8 pagi. Segala kesulitan amat dikesali. 🙏🏻

JKNS melaporkan dua kes baharu rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Sarawak.Bagaimana caranya jika anda terkena g...
21/09/2025

JKNS melaporkan dua kes baharu rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Sarawak.

Bagaimana caranya jika anda terkena gigitan haiwan?

> Cuci bahagian luka yang terkena cakaran/gigitan anjing @ kucing dengan air yang mengalir dan sabun selama 15 minit.
> Elakkan menggunakan kaedah tradisional untuk mencuci luka(serbuk kopi diletakkan pada luka/daun rokok dan sebagainya).
> Perlu dibalut atau pun tidak? Tengok keadaan luka. Sekiranya luka tersebut dalam dan tidak berhenti pendarahan, boleh saja dibalut. Kalau pendarahan berhenti selepas cucian luka, tidak payah dibalut.
> Dapatkan rawatan segera di Post Bite Clinic- Hospital Saratok/Klinik Kesihatan Nanga Budu diiktiraf sebagai Post Bite Clinic.

Selepas selesai semua diataskan, apa yang perlu dilakukan?
> Pastikan anda dapat kenal pasti anjing @ kucing yang mengigit anda sekiranya ia nya binatang peliharaan kenalan ataupun jiran.
> Jangan bunuh anjing @ kucing berkenaan. Sangkar terlebih dahulu haiwan berkenaan bagi memudahkan proses pemantauan.
> Sekiranya berlaku kematian terhadap haiwan berkenaan dalam tempoh 2 minggu secara tiba-tiba dan tidak diketahui punca, sila laporkan kepada Post Bite Clinic terdekat anda ataupun Jabatan Veterinar. Bangkai haiwan tersebut hendaklah dibiarkan begitu sahaja dan jangan diusik.

Langkah pencegahan
>Pastikan haiwan peliharaan disuntik vaksin rabies mengikut jadual yang telah ditetapkan.
>Elakkan mengganggu kucing/anjing liar.
>Sekiranya mendapati terdapat haiwan yang disyaki rabies(simptom rabies pada haiwan adalah air liur berlebihan, takut cahaya, menggigit apa sahaja di sekitar kawasan, gemar menyendiri, gelisah dan agresif, takut dengan air dan ekor ditekuk di antara kedua kaki belakang), laporkan segera kepada Jabatan Veterinar berdekatan dengan kawasan anda.

fans

Untuk info kepada semua penduduk berdekatan, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang terlantar dan memenuhi syarat k...
22/08/2025

Untuk info kepada semua penduduk berdekatan, sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang terlantar dan memenuhi syarat kelayakan, borang boleh didapati di cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Saratok.

04/08/2025

MAKLUMAN

Lawatan Klinik Pergigian Saratok ke Klinik Kesihatan Nanga Budu pada esok hari akan ditunda kepada 12/8/2025 hari Selasa jam 8 pagi. Segala kesulitan amat dikesali. 🙏🏻

Masih lagi terbuka untuk yang memenuhi kriteria. Jika berminat, boleh dapatkan suntikan anda sekarang dengan mendaftar n...
18/07/2025

Masih lagi terbuka untuk yang memenuhi kriteria. Jika berminat, boleh dapatkan suntikan anda sekarang dengan mendaftar nama anda di Klinik Kesihatan Nanga Budu dengan kadar yang segera. Sementara stock masih ada. ☺️

Attention 🚨📢🔊

Memanggil semua warga emas di kawasan Krian yang belum menerima vaksin influenza dan memenuhi kriteria di bawah, anda boleh datang ke Klinik Kesihatan Nanga Budu secara walk in untuk temujanji suntikan anda. Mohon klik butang Share. Kepada yang belum tekan butang follow Klinik Kesihatan Nanga Budu anda boleh tekan butang follow untuk segala perkembangan/update berkaitan program yang ditawarkan dan segala aktiviti klinik. Sekian terima kasih.

Attention 🚨📢🔊Memanggil semua warga emas di kawasan Krian yang belum menerima vaksin influenza dan memenuhi kriteria di b...
08/05/2025

Attention 🚨📢🔊

Memanggil semua warga emas di kawasan Krian yang belum menerima vaksin influenza dan memenuhi kriteria di bawah, anda boleh datang ke Klinik Kesihatan Nanga Budu secara walk in untuk temujanji suntikan anda. Mohon klik butang Share. Kepada yang belum tekan butang follow Klinik Kesihatan Nanga Budu anda boleh tekan butang follow untuk segala perkembangan/update berkaitan program yang ditawarkan dan segala aktiviti klinik. Sekian terima kasih.

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Dina Edward, Cindy Lau Ai Ling
08/05/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Dina Edward, Cindy Lau Ai Ling

Address

Jalan Krian
Saratok
95400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Nanga Budu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Nanga Budu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram