FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak

FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak "KAMI SEDIA MEMBANTU" OBJEKTIF
i. Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap, berkesan dan menyeluruh. ii. iii. iv.

PENGENALAN
Hospital Sarikei merupakan hospital berpakar minor yang menyediakan 11 perkhidmatan kepakaran untuk penduduk di sekitar Bahagian Sarikei dan daerah lain yang berdekatan seperti Saratok. Hospital Sarikei juga berperanan sebagai Lead Hospital untuk Hospital Kluster Sarawak Zon Timur dan dirancang untuk dinaiktaraf kepada hospital berpakar major dengan 20 perhidmatan kepakaran. VISI
Menjad

i Pusat Perkhidmatan Perubatan Yang Cemerlang Kearah Mutu Kehidupan

MISI
Memastikan semua aspek penyediaan perkhidmatan perubatan mematuhi piawaian berikut:

1.Menyediakan Perkhidmatan Perubatan yang berkualiti kepada setiap individu melalui amalan menghormati martabat insan dalam persekitaran yang mesra pelanggan.

2.Mengutamakan Profesionalisma dan Inovasi dalam setiap aspek perkhidmatan perubatan.

3.Melaksanakan tadbir urus yang cekap sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan perubatan.

4.Menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan. Menyediakan kemudahan dan peluang latihan pendidikan berterusan kepada pelbagai kategori anggota perubatan dan kesihatan. Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan penyertaan anggota perubatan, pelanggan dan masyarakat melalui pelaksanaan program-program promosi kesihatan. Memenuhi dan mematuhi Akreditasi Hospital, Kementerian Kementerian Kesihatan. v. Mewujudkan tenaga kerja yang menghayati Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia. vi. Berupaya menangani sebarang situasi seperti wabak penyakit dan pandemik. MOTO
PERKHIDMATAN BERKUALITI LAHIR DARI INSAN BERKUALITI

KLINIK PAKAR MATA HOSPITAL SARIKEI MENGADAKAN PEMERIKSAAN MATA UNTUK MASYARAKAT DI PAKAN SABTU, 9 Mei 2026- Klinik Pakar...
09/05/2026

KLINIK PAKAR MATA HOSPITAL SARIKEI MENGADAKAN PEMERIKSAAN MATA UNTUK MASYARAKAT DI PAKAN

SABTU, 9 Mei 2026- Klinik Pakar Mata Hospital Sarikei telah mengadakan pemeriksaan mata untuk masyarakat di Pakan .Program tersebut telah diadakan di Dewan masyarakat Pakan hari ini.

Pihak Penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir..Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Jagalah Kesihatan Mata Anda



Hai warga Sarikei dan Pakan...Jum sertai pemeriksaan mata percuma
08/05/2026

Hai warga Sarikei dan Pakan...

Jum sertai pemeriksaan mata percuma

๐Ÿฅ KEJAYAAN PROGRAM: BASIC TRAUMA LIFE SUPPORT MALAYSIA (TLSM Basic) ๐ŸฅSetinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada...
06/05/2026

๐Ÿฅ KEJAYAAN PROGRAM: BASIC TRAUMA LIFE SUPPORT MALAYSIA (TLSM Basic) ๐Ÿฅ

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kecemasan Hospital Sarikei atas penganjuran kursus Basic Trauma Life Support (BTLS) Malaysia yang telah berlangsung dengan jayanya!

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 4 - 5 Mei 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Hospital Sarikei

Kursus intensif selama dua hari ini telah menghimpunkan para pejuang barisan hadapan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat dari klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital di Bahagian Sibu, Sarikei, Betong dan Mukah.

Tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang sesi teori dan latihan praktikal (hands-on).
Terima kasih juga kepada barisan penceramah, instruktur dan fasilitator yang berkongsi ilmu serta pengalaman demi memperkasakan mutu rawatan trauma di negeri kita.

04/05/2026

๐™…๐™ค๐™ข ๐™ ๐™š๐™ ๐™–๐™ก ๐™–๐™ ๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™จ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ฅ ๐™๐™–๐™ง๐™žโ€ผ๏ธ

Seharian bekerja di pejabat dan duduk dalam kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat.

Cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman.
Lakukan aktiviti fizikal berikut di tempat kerja anda.

KEMPEN KESIHATAN LELAKI SARI CREEN  2026 BERTUJUAN MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI KESEIHATAN LELAKI DALAM MASYARAKAT SA...
02/05/2026

KEMPEN KESIHATAN LELAKI SARI CREEN 2026 BERTUJUAN MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI KESEIHATAN LELAKI DALAM MASYARAKAT

SARIKEI , 2 MEI 2025: Hospital Sarikei merakamkan satu lagi sejarah apabila julung kalinya Kempen Saringan Kesihatan Lelaki " Sari - Creen " Peringkat Negeri Sarawak yang berskala besar dan berfokus diadakan di sini pada hari ini.

" Saya mewakili seluruh warga kerja Hospital Sarikei ingin merakam kan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pasukan Urologi HUS - Terima kasih juga kepada pasukan dari Kuching yang sanggup menempuh perjalanan jauh untuk datang ke Sarikei,โ€ katanya.

"Iinisiatif yang hebat ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa usaha keras dan dedikasi pasukan Urologi dari Hospital Umum Sarawak. " Ujar Dr Mohamad Ng Siah Huat Pengarah Hospital Sarikei dalam ucapannya di majlis perasmian Kempen tersebut .

Tambahnya lagi kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki di kalangan masyarakat. Selalunya, kesihatan lelaki ini adalah satu topik yang agak sensitif. Orang lelaki ini sifatnya lebih rela menahan sakit daripada pergi ke hospital, kerana sibuk memikirkan tanggungjawab keluarga. Namun hari ini, kita mahu mengubah persepsi tersebut dengan mengadakan kempen seperti ini.

Beliau turut menyeru warga Sarikei khasnya lelaki agar mengambil peluang keemasan ini sepenuhnya. Berikan kerjasama yang aktif, jangan segan, dan jangan malu untuk bertanya kepada doktor tentang masalah kesihatan anda. Pepatah ada menyebut, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.

Dalam program yang sama salah seorang peserta yang menyertai saringan iaitu Encik Cheng Tai Ping berusia 65 tahun berkata beliau mengetahui mengenai kempen ini melalui Facebook dan menyifatkan Kempen tersebut sememangnya satu usaha yang baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya di Sarikei untuk menjalankan saringan kesihatan lelaki ini. Tambahnya lagi dalam usia yang semakin meningkat amat penting untuk semua lelaki menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kempen tersebut menyasarkan seramai 200 orang peserta untuk mengikuti saringan kesihatan lelaki.

Turut hadir Dr. Lim Meng Shi, Ketua Perkhidmatan Urologi Sarawak, Dr Kamal Raj,Ketua Jabatan Urologi HUS selaku Pengarah Program Kempen Kesihatan Lelaki Sari-Creen Peringkat Sarawak, Dr Aaron Ling Shien Loong, Pengerusi Kempen Kesihatan Lelaki, Dr Ngu Ing Soo , Penasihat Kempen Kesihatan Lelaki , Dr Asraf Mohd Zuki, Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Sarikei danHamiza Abu Bakar, Penolong Pegawai Perubatan Bahagian Sarikei .- TAMAT -

Disediakan Oleh : Unit Perhubungan Awam

29/04/2026

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Semua pihak diminta mematuhi larangan ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

TAHNIAH HOSPITAL SARIKEI ATAS PENERIMAAN PENGANUGERAHAN  ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS )   -  3 STARS
27/04/2026

TAHNIAH HOSPITAL SARIKEI ATAS PENERIMAAN PENGANUGERAHAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS ) - 3 STARS

27/04/2026

Vaksin-vaksin dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) diberi adalah untuk mencegah penyakit-penyakit khusus.

Sehingga kini terdapat 1๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ Jenis produk vaksin untuk mencegah 1๏ธโƒฃ3๏ธโƒฃ penyakit Cegahan Vaksin Bayi dan Kanak-Kanak (dari lahir ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป sehingga umur 15 tahun ๐Ÿง‘๐Ÿป).

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ  ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— , ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐——๐—”๐—› (๐—ข๐—ง ) ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—œ (๐—œ๐—–๐—จ )  ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€...
27/04/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— , ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐——๐—”๐—› (๐—ข๐—ง ) ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—œ (๐—œ๐—–๐—จ ) ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐Š๐„๐ˆ

Tarikh: 22 APRIL 2026 (Rabu)
Tempat : Bilik Persidangan Hospital Sarikei
Anjuran: Jabatan Perubatan Am , Dewan Bedah (OT) dan Unit rawatan Rapi (ICU) Hospital Sarikei.

Aktiviti :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku & Lagu Kami Sedia Membantu
2. Bacaan Doa
3. Ucapan & amanat YBrs. Dr Mohamad Ng Siah Huat, Pengarah Hospital Sarikei.
4. Aktiviti Penganjur:
Aneathesia Team - Ceramah berkaitan Kepentingan Berpuasa Sebelum Pembedahan

Jabatan Perubatan Am - Pengenalan kepada perhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perubatan Am disampaikan
-Kuiz

5. Penyampaian sijil Penghargaan
- Pengauditan Klinikal Hospital Terbaik 2025 Disiplin Triage (ETD )
- Pengauditan Klinikal Hospital Terbaik 2025 Disiplin Kawalan
Infeksi (ETD )
- Pengauditan Klinikal Hospital Terbaik 2025 Disiplin Plaster Ofparis
(Orthopedik )

6. Bacaan Lafaz Ikrar Rukun Negara

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Penghargaan Pengauditan Klinikal Hospital terbaik dan semua penerima hadiah aktiviti kuiz.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir dan bersama-sama memeriahkan Perhimpunan Bulan April 2026

Oleh: Unit Perhubungan Awam Hospital.
Foto oleh :Unit IT


21/04/2026
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 20 TURUT RAIKAN PESAKIT DI HOSPITAL SARIKEI SARIKEI, 18 APRIL 2026-  Datuk Haji Len Talif Salleh...
20/04/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 20 TURUT RAIKAN PESAKIT DI HOSPITAL SARIKEI

SARIKEI, 18 APRIL 2026- Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak merangkap ADUN Kuala Rejang berkesempatan meluangkan masa untuk melawat booth perkhidmatan dan pameran bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Hospital Sarikei pada petang tadi .

Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh diiringi oleh Dr Mohamad Ng Siah Huat , Pengarah Hospital Sarikei turut menyerahkan door gift kepada pesakit di Ward Perubatan Lelaki .
Pemberian goodies nerupakan tanda ingatan pihak Hospital Sarikei kepada semua pesakit di hospital ini. - TAMAT-

Address

Hospital Sarikei, Jalan Rentap
Sarikei
96100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to FB Rasmi Hospital Sarikei Sarawak:

Share

Category