03/05/2026
Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah di SMK Anthony telah berjaya dilaksanakan dari 6 Mac hingga 30 April 2025 π
Program ini melibatkan seramai 4 orang staf pergigian dari Klinik Pergigian Sarikei yang komited dalam memberikan perkhidmatan kepada para pelajar.
Antara aktiviti yang telah dijalankan:
1. Pemeriksaan dan rawatan pergigian
oleh Dr. Dalila dan Dr. Janet Chai, dibantu oleh DSA Moliady dan DSA Nicholas
2. Ceramah kesihatan pergigian dan KOTAK
oleh Dr. Dalila dan Dr. Janet Chai
Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut sejak usia muda.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak sekolah, khususnya SMK Anthony, atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini dijalankan.
Senyuman sihat, masa depan lebih cerah π