ARASH Aqidah Centre

ARASH Aqidah Centre Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ARASH Aqidah Centre, Medical and health, Kampong Melayu Raya Segamat, Segamat.

Akademi ARASH AQIDAH Centre Adalah Pusat Perubatan ISLAM, Ruqyah Syari'yyah, Pendidikan, Dakwah, Kaunseling Islam, Tanaman herba, Amalan Sunnah2 Nabi dlm kehidupan.

ANTARA CIRI-CIRI KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH1) Mati pada hari atau malam Jumaat Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)2) Menguc...
13/01/2022

ANTARA CIRI-CIRI KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

1) Mati pada hari atau malam Jumaat
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)

2) Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir
Hadith riwayat Abu Daud: (3316)

3) Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (982)

4) Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)

5) Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT.
Hadith riwayat Muslim: (2685)

6) Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
Hadith riwayat Muslim: (1915)

7) Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.
Hadith riwayat al-Bukhari: (652)

8) Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.
Hadith riwayat Ibn Kathir: (5869)

9) Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.
Hadith riwayat Muslim: (140)

10) Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.
Hadith riwayat Ahmad: (23372)

Semoga kita juga terpilih untuk mendapat pengakhiran yang baik 😢🤲🏻
c/p

 Memandangkan puasa dah nak dekat, jom belajar balek cara bacaan bila ada hamzah wasol di depan.Siapa tahu macam mana ca...
14/04/2020



Memandangkan puasa dah nak dekat, jom belajar balek cara bacaan bila ada hamzah wasol di depan.

Siapa tahu macam mana cara bacaan untuk ayat 31 surah Attaubah ni?

A. Attakhazu
B. Ittakhazu
C. Uttakhazu

Jawapannya Bm penerangan dibawah baca ya refresh pengetahuan

*4 TIPS MEMBACA AWAL AYAT/KALIMAH YANG DIMULAI DENGAN HAMZAH WASOL ( ٱ )*

_Pesanan Awal : Sila baca dengan tenang & jangan stress untuk faham..._
1️⃣Jika dimulakan kalimah dengan adanya ال dihadapan, maka mulakan bacaan dengan baris atas.

Cth :
(ٱلۡیَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰۤ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَاۤ أَیۡدِیهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ)
[Surah Ya-Seen : 65]

Contoh bacaan : Al-Yauma
Jika kalimah tidak dimulakan dengan ال, maka kita perlu guna kaedah melihat kepada baris yang terletak pada huruf ketiga. Ada 3 bentuk ;

2️⃣Jika huruf ketiga berbaris depan, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris depan.

Cth :
(ٱقۡتُلُوا۟ یُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضࣰا یَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِیكُمۡ وَتَكُونُوا۟ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمࣰا صَـٰلِحِینَ)
[Surah Yusuf : 9]

Cara bacaan : Uqtuluu

3️⃣Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.

Cth :
(ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
[Surah At-Tawbah : 41]

Cara bacaan : Infiruu

4️⃣Jika huruf ketiga berbaris atas, maka bacaan perlu dimulakan dengan baris bawah.

Cth :
(ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡیَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ)
[Surah Ya-Seen : 64]

Cara bacaan : Ishlauha

🏷Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Jemput share...

Kredit: Viral media johor

06/04/2020

Perancangan asal buka Akademi akhir tahun lalu. Kemudian ditunda ke Mac, sbb covid19 tunda ke 1 April. Namun PKP disambung hingga 14 april 2020. Doakan

Alhamdulillah.Semakin ramai yg ingin belajar ilmu ruqyah syar’iyyah.Semoga Allah berkati majlis ILMU ini & semoga berman...
23/03/2019

Alhamdulillah.

Semakin ramai yg ingin belajar ilmu ruqyah syar’iyyah.

Semoga Allah berkati majlis ILMU ini & semoga bermanfaat utk masyarakat.




AL-AFKAR  #13: HUKUM BERAMAL UNTUK MENDAPATKAN KHADAM AYATSoalan: Apakah yang dimaksudkan dengan khadam ayat dan bolehka...
03/03/2019

AL-AFKAR #13: HUKUM BERAMAL UNTUK MENDAPATKAN KHADAM AYAT
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan khadam ayat dan bolehkah mengamalkannya?
Jawapan:
Khadam dari sudut istilahnya dalam konteks ini adalah pembantu manusia dalam kalangan jin. (Rujuk Fatawa al-‘Ulama’ fi ‘Ilaj al-Sihr wa al-Massi wa al-‘Ayn wa al-Janni, m. 112).

Khadam ayat ini terkenal dalam kalangan mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional atau amalan kebatinan Melayu. Ia merujuk kepada pendamping atau penjaga yang diperoleh setelah mengamalkan ayat-ayat al-Qur’an tertentu dengan kaedah yang khusus. Kadangkala, ia tidak hadir dengan pengamalan ayat al-Qur’an tetapi cukup dengan amalan kebatinan. Antara yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu adalah khadam ayat al-Kursi.

Walaubagaimanapun, khadam yang difahami sebagai khadam ayat ini bukanlah orang suruhan tetapi ianya lebih kepada pendamping atau penjaga seperti rijal al-ghaib. Rijal al-ghaib ini biasanya akan hadir dan mendakwa diri sebagai wali-wali, atau orang soleh. Dalam hal berkenaan rijal al-ghaib, Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari menyebutkan:

والحق : أن هؤلاء من أتباع الشياطين ، وأن رجال الغيب هم الجن لأن الإنس لا يكون دائما محتجبا عن أبصار الإنس يحتجب احيانا فمن ظن أنهم من الإنس فمن غلطه وجهله.

“…yang benarnya mereka (yang menyamar sebagai wali-wali) itu adalah pengikut para syaitan. Dan sesungguhnya rijal al-ghaib adalah jin kerana jika ianya manusia, tidaklah ia sentiasa terhijab daripada pandangan manusia. Manusia terhijab kadangkala (tetapi tidak bermakna dia tidak boleh dilihat). Barangsiapa yang menyangka rijal al-ghaib itu dalam kalangan manusia adalah kesilapannya dan kejahilannya.” (Syarah Fiqh al-Akbar, m. 421).

Firman Allah SWT

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾ وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

Maksudnya: “Dan sesiapa yang tidak mempedulikan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Ibnu Qayyim Al Jauzi menyatakan bahawa: Al-Quran adalah jalan bagi hati seseorang mendapat ketenangan. Justeru, sesiapa yang berpaling dari ajaran sebenar Al Quran atau menggunakan ayat Al Quran dari tujuan asal ia diturunkan, maka Allah akan jadikan baginya seekor syaitan yang menjadi Qarin. Qarin inilah yang akan berkhidmat kepada pengamalnya. Lalu timbul tanggapan bahawa malaikat yang menjaga ayat tersebut telah menjadi penolongnya. Inilah tipudaya dalam amalan-amalan kebatinan seperti ilmu ghaib, ilmu kebal, ilmu khadam ayat dan seumpamanya. (Tafsir al-Qayyim, 1/490)

Ada juga sebahagian pawang atau bomoh yang mendakwa bahawa khadam ayat itu adalah malaikat, bukan jin atau syaitan. Kami melihat dakwaan ini jauh tersasar kerana:

Tugas malaikat adalah menjalankan apa jua perintah Allah SWT kepadanya, bukan perintah manusia. Firman Allah SWT:

لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya: “…mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka p**a tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

(Surah al-Tahrim: 6)

Malaikat mendampingi dan mendoakan orang yang beriman dan bertaqwa, bukannya mereka yang melakukan syirik. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:

الْمَلاَئِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلاَّهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ‏

Maksudnya: “Para Malaikat akan selalu berselawat kepada salah seorang di antara kalian selama ia berada di masjid dimana ia melakukan solat, hal ini selama wudhu’nya belum batal. (para Malaikat) berkata: ‘Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 445)

Berdasarkan hujah-hujah di atas, kami cenderung untuk menyatakan bahawa hukum beramal bagi mendapatkan khadam ayat adalah haram dan membawa kepada kesyirikan. Firman Allah SWT:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

(Surah al-Jinn: 6)

Al-Qur’an dibaca dan diamalkan juga sebagai tujuan rawatan tetapi yang menyembuhkan tetaplah Allah SWT. Ianya tidak memerlukan kepada apa-apa perantara yang terdiri daripada apa jua makhluk. Cukuplah Allah SWT yang Maha Mendengar, jua Maha Penyembuh. Semoga Al-Qur’an akan semakin mendekatkan kita kepada-Nya dan bukan sebaliknya.

Wallahua’lam.

Link penuh fatwa

http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/2432-al-afkar-13-hukum-beramal-untuk-mendapatkan-khadam-ayat

***iKL

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan khadam ayat dan bolehkah mengamalkannya? Jawapan: Khadam dari sudut istilahnya dalam konteks ini adalah pembantu manusia dalam kalangan jin. (Rujuk Fatawa al-‘Ulama’ fi ‘Ilaj al-Sihr wa al-Massi wa al-‘Ayn wa al-Janni, m. 112). Khadam ayat ini terkenal ...

🕌   WASAP, Program, Kursus & yg berkaitan Rawatan ISLAM Ruqyah SYAR'IYYAH : Terapi AL-QURAN* 🕌 Group utk Pesakit2🗓 TARIK...
20/02/2019

🕌 WASAP, Program, Kursus & yg berkaitan Rawatan ISLAM Ruqyah SYAR'IYYAH : Terapi AL-QURAN*

🕌 Group utk Pesakit2

🗓 TARIKH: Akan dimaklumkan Dlm Group*

🔸LOKASI: 1 Malaysia*

Bersama:

✅ AMIRUL MUKMININ AL-FARUQ*
- Ketua Umum QHI Malaysia
- Pengasas Akademi Ruqyah Syariyyah Holistik (ARASH)
✅ Pengasas2 Pusat Perubatan Islam setiap tempat (Bergantung Jadual)
✅ Ustaz Ranto Hidayat
✅ Ustaz Amirudin
✅ Serta Perawat2 lain

Dengan kerjasama: Akademi Arash , Akademi Arash Aqidah Centre & QHI Malaysia.*

===================

Cuba periksa diri anda, adakah anda mengalami situasi dibawah.

❗JIKA ANDA MENGALAMI :-

👉🏻 Gangguan Sihir/Saka.
👉🏻 Selalu atau pernah kerasukan atau histeria.
👉🏻 Menderita penyakit yang sukar di sembuhkan.
👉🏻 Jantung selalu berdegup kencang secara tiba2, terutama ketika senja dan malam.
👉🏻 Selalu merasa sesak di dada, sukar bernafas.
👉🏻 Selalu mimpi buruk dan menyeramkan.
👉🏻 Selalu ketindihan di waktu tidur .
👉🏻 Rumah tangga tidak harmoni.
👉🏻 Sukar untuk konsentrasi (bekerja/belajar).
👉🏻 Penyakit bertahun tapi tidak dpt dikesan oleh doktor.
👉🏻 Sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat.
👉🏻 Diri atau ahli keluarga menghidap penyakit kronik (Kanser, dll.)
👉🏻 Mempunyai anak/ahli keluarga istimewa (Autisme, Down Syndrome, Hyperaktif, Masalah Mental, Skizofrenia, dll.)

✔Anda adalah orang yang wajib hadir ke Program dan rawatan ini!

➡ *"USAH BIARKAN DIRI ANDA/AHLI KELUARGA DERITAI PENYAKIT YANG TIDAK SEMBUH-SEMBUH"*

❗JIKA ANDA SAKIT, KENAPA ANDA PERLU JOIN INI❓❓❓
==================

1. Program Dan Kursus slps ini adalah rawatan intensif ruqyah bagi pesakit.

2. Akan ada sesi ruqyah bersama Ustaz.
- Ini akan melemahkan jin/ penyakit secara terus menerus.
- Ini adalah sesi yang intensif.

3. Diajar teknik Ruqyah Syar'iyyah yang mudah, betul dan berkesan untuk dipraktikkan dirumah.
- selepas ini, ini tidak perlu kerap berjumpa dengan perawat yang lain kerana anda sudah boleh praktis sendiri.

4. Anda akan belajar faktor-faktor yang menjemput penyembuhan daripada Allah swt.

➡ Mengapa anda wajib sertai group Akademi ARASH ini???

✅ Akan belajar ilmu premium yang sebelum ini hanya ada pada para ustaz/ulama.
✅ Anda akan mendapat belajar kaedah rawatan 100% mengikut sunnah & syariat.
✅ Tiada unsur khurafat, syirik. Aqidah anda selamat malah bertambah kuat.
✅ Akan mempelajari ilmu perubatan Islam yang terbukti boleh menyembuhkan dengan menggunakan mukjizat Al-Quran yang Allah turunkan kpd kita semua.
✅ Ribuan org telah mengikuti kursus ini dan melahirkan ramai pengamal perubatan Islam yang banyak membantu masyarakat yang mempunyai pelbagai penyakit.
✅ Anda akan jelas dgn perbezaan pengamal perubatan yang syirik/khurafat & yang Islami.

➡ Apa yang anda akan belajar dalam program ARASH AQIDAH ini?

✳ *PENGISIAN PROGRAM*

📝 Tazkiyatun Nafs (Faktor terbesar kesembuhan)
📝 Pengenalan Ayat2 Ruqyah
📝 Mengenali Ciri2 Gangguan
📝 Mengenali Jenis Gangguan Jin Saka, Sihir & Penyakit ‘Ain
📝 Mengenali Azimat/Tangkal/Wafak
📝 Cara Membenteng Diri & Keluarga
📝 Cara Membuat Air Penawar
📝 Sesi Ruqyah Mandiri (Diri Sendiri)
📝 Sesi Ruqyah Berpasangan
📝 Sesi Ruqyah Massal (Beramai2)

➡ *Untuk daftar sila wassap Nama, Lokasi & Penyakit /Masalah gangguan*👇🏻👇🏻

📲 www.wasap.my/601110622769/DaftarMasukGroupArashAqidahCentre1

www.wasap.my/60127487188/DaftarMasukGroupArashAqidahCentre1

📧 arash.malaysia@gmail.com


 Alhamdulillah BALM Terbaik  LARIS  yg Rasa berlainan Dan Aroma Wangian yg menyegarkan Mata Dan badan. Menjadi Pilihan r...
09/02/2019



Alhamdulillah BALM Terbaik LARIS yg Rasa berlainan Dan Aroma Wangian yg menyegarkan Mata Dan badan.

Menjadi Pilihan ramai pengguna Samada pesakit2 bg kes Sihir, Saka, Santau Dan utk kegunaan harian. Perawat Dan Roqi juga ramai mendptkan Balm Bidara ini. Dgn packaging besar yg tahan Lama Dan bermanfaat sekeluarga.

In Sya ALLAH, boleh dptkan Di Kota Bahru Kelantan ini Dari smlm, harini dan Esok. Boleh juga dptkan Di Pusat Rawatan di KL, Selangor, Johor, Perak, dll Agent Negeri.

📞 wasap http://www.wasap.my/60127487188/BalmBidara

Alhamdulillah, Daurah Ruqyah Syar'iyyah Di Kota Bahru Kelantan. Bersama Syeikh Abul Barra Usamah Bin Yasin Al-Ma'ani dar...
08/02/2019

Alhamdulillah, Daurah Ruqyah Syar'iyyah Di Kota Bahru Kelantan.

Bersama Syeikh Abul Barra Usamah Bin Yasin Al-Ma'ani dari Jordan. Turut hadir Timbalan M***i Kelate, JAIK, Darussyifa, Darussalam, ARASH / Quranic Healing International, ISLAH, Thibbun Nabawi dll.



 ====================Bismillah, Sentiasa amalkan benteng/pemagaran diri setiap kali selepas solat & sebelum tidur. Pasti...
07/02/2019


====================

Bismillah, Sentiasa amalkan benteng/pemagaran diri setiap kali selepas solat & sebelum tidur. Pastikan dlm keadaan berwudhuk.

Baca:
Al-Fatihah
Ayat Kursi
3 Qul

Hembus ke tapak tgn setiap kali selepas satu surah, kemudian sapu seluruh badan. Niatkan semoga Allah menjaga & melindungi kita dari sebrg kemudharatan samaada berpunca drpd gangguan manusia, jin, iblis & syaitan laknatullah serta sekutunya.

Pemagaran sebelum tidur, 3 Qul perlu diulang 3x.

☎ Join Group Rawatan ISLAM bersama Akademi Centre1* http://www.wasap.my/60127487188/GroupArashAqidahCentre1



Address

Kampong Melayu Raya Segamat
Segamat
85000

Telephone

011-10510788

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARASH Aqidah Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram