Hospital Segamat

Hospital Segamat Hospital Segamat, Hospital Berprestij Tinggi Mesra Di Hati Hospital Segamat,
KM 6, Jalan Genuang,
85000 Segamat,
Johor Darul Ta'zim. No. Tel : 07-943 3333
No.
(290)

Fax : 07-943 4641
Email : hsegamat@moh.gov.my
Website : https://jknjohor.moh.gov.my/hsegamat/

  ‼️❤️✨📢
29/01/2026

‼️❤️✨📢

🩸 TAHUKAH ANDA?
Selain kump**an darah A, B, AB dan O, terdapat juga beberapa jenis darah jarang jumpa yang hanya dimiliki oleh sebilangan kecil individu di Malaysia! Kump**an darah jarang jumpa ini sukar ditemui, biasanya nisbah 1 dalam 1,000 pop**asi,

Antara contoh jenis darah jarang jumpa ialah:
🔸 Bombay
🔸 -D-/-D-
🔸 Jka-b-
🔸 Fya-b-
🔸 Para-Bombay

Individu yang mempunyai darah jenis ini hanya boleh menerima darah daripada penderma yang
memiliki jenis darah yang sama sahaja. Pendermaan darah mereka dari individu dalam kategori ini sangat penting untuk membantu pesakit yang memiliki darah jenis jarang jumpa yang sama.

PANGGILAN DERMA DARAH:  SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tan...
28/01/2026

PANGGILAN DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors

​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial melalui Misi Derma Darah.

​Adakah anda telah mencukupi tempoh matang tiga (3) bulan sejak pendermaan terakhir? Jika ya, ayuh hadirkan diri anda. Tahukah anda bahawa satu beg darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan tiga nyawa?

​Butiran program adalah seperti berikut:

​📅 Tarikh: 29 Januari 2026 Khamis
🕙 Masa: 9.00 Pagi – 1.00 Petang
📍 Lokasi: Kolej Vokasional Segamat
🤝 Anjuran: Kolej Vokasional Segamat & Unit Perubatan Transfusi Hospital Segamat
​🗺️ Pautan Lokasi: https://share.google/4G1NVUZBOACLuwxH0

​Setiap seorang daripada anda yang hadir menderma darah memberikan sinar harapan yang tidak ternilai buat para pesakit kami. Ayuh sebarkan hebahan ini dan bawalah rakan-rakan serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama menderma. ​Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!








PROGRAM CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 1447H  PERINGKAT HOSPITAL SEGAMATMajlis Ceramah Israk & Mikraj tahun 1447H bersamaan 2026...
28/01/2026

PROGRAM CERAMAH ISRAK & MIKRAJ 1447H PERINGKAT HOSPITAL SEGAMAT

Majlis Ceramah Israk & Mikraj tahun 1447H bersamaan 2026M telah diadakan di Hospital Segamat di bawah anjuran Hospital Mesra Ibadah yang diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Islam Hospital Segamat. Program ini telah diadakan di Dewan Perdana Hospital Segamat berrmula jam 8.30 pagi sehingga pukul 11.30 pagi. Seramai 80 orang peserta dari pelbagai jawatan telah menghadirkan diri dalam majlis ini.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh Yang Berusaha Dr Abd Sani @ Yusoff bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah (Klinikal) merangkap Pengerusi Hospital Mesra Ibadah (HMI). Ceramah Isra’ Mikraj kali ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Norizam bin Suradi dan beliau merupakan mantan Guru Besar Sekolah Agama Felda Kemelah. Program ceramah ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan penerangan kepada kakitangan Hospital Segamat tentang kepentingan memahami dan menghayati tentang ibrah peristiwa penting bagi ummat Islam tentang sejarah agung pensyariatan solat kepada setiap ummat Islam di muka bumi.

Sirah ini juga menceritakan tentang pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W yang diperjalanan ditemani malaikat Jibril A.S. dari masjidil haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan begitu juga ketika baginda diangkat ke Sidratulmuntaha bertemu dengan Allah S.W.T. dengan menaiki Boraq. Israk Mikraj bukan sekadar kisah agung yang diceritakan setiap kali menjelang 27 Rejab, tetapi ia adalah perjalanan luar biasa yang sarat dengan mesej ketuhanan, pengajaran akhlak dan peringatan keras buat seluruh umat Islam. Ia bukan hanya tentang perjalanan fizikal Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sehingga Sidratul Muntaha, tetapi sebuah perjalanan roh, iman dan hati yang mengubah sejarah manusia.

Di penghujung majlis ini, penceramah mendoakan kepada semua hadirin agar terus istiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah dan memelihara solat 5 waktu. Majlis ini berakhir dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Dr Abd Sani bin Hussin kepada penceramah jemputan. Mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu yang telah disampaikan dapat memberi manfaat dan menjadikan kita insan yang lebih baik.



KEJOHANAN BOLA SEPAK TERTUTUPKAKITANGAN HOSPITAL SEGAMATPIALA PENGARAH HOSPITAL SEGAMAT 2026Segamat, 24 Januari 2026 – K...
27/01/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK TERTUTUP
KAKITANGAN HOSPITAL SEGAMAT
PIALA PENGARAH HOSPITAL SEGAMAT 2026

Segamat, 24 Januari 2026 – Kejohanan Bola Sepak Tertutup Kakitangan Hospital Segamat telah berlangsung dengan jayanya di Padang Bola Sepak SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Kejohanan yang telah dirancang sejak tahun 2025 ini akhirnya berjaya dilaksanakan pada 24 Januari 2026.

Program ini merupakan anjuran Kelab Bola Sepak Hospital Segamat FC dengan kerjasama Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Anggota Hospital Segamat. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dengan sokongan 20 orang Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai jawatan dari jabatan dan unit di Hospital Segamat.

Penganjuran kejohanan ini menjadi platform terbaik dalam melahirkan warga kerja Hospital Segamat yang bukan sahaja cemerlang dalam perkhidmatan, malah sihat dan cergas dari segi fizikal serta mental. Sepanjang kejohanan berlangsung, dapat disaksikan semangat kerjasama berpasukan, nilai-nilai murni serta semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh setiap pasukan, sama ada di dalam mahupun di luar padang, demi mengejar impian bergelar juara.

Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran wakil SMK Dato’ Bentara Dalam, iaitu Tn. Syed Ibrahim bin Syed Mohamad (GPK Kokurikulum) yang diiringi oleh Cikgu Zamri bin Othman (Setiausaha Sukan). Turut hadir wakil Monash University, Prof. Madya Dr. Naganathan Kathiresan Pillai (Monash Segamat Medical Precinct) bersama Pn. Thana Vally Ganeson, serta wakil Haslita Motor Sdn. Bhd. (HONDA) En. Muhammad Nadzimuddin bin Moin(Sales Head).

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Dr. Faidzal Adlee bin Abd Ghafar, Pengarah Hospital Segamat, seterusnya merasmikan Kejohanan Bola Sepak Tertutup Kakitangan Hospital Segamat Piala Pengarah Hospital Segamat bagi tahun 2026. Turut hadir ialah Pn. Nur Azmira binti Abd Samad, Timbalan Pengarah Pengurusan, Dr. Abd Sani @ Mohd Yusoff bin Hussin, Ketua Penolong Pengarah Tadbir Urus Klinikal, serta kakitangan Hospital Segamat.

Perlawanan dimulakan dengan aksi pembukaan antara Pasukan A menentang Pasukan B dan diteruskan sehingga ke perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang diputuskan melalui sepakan penalti antara Pasukan C dan Pasukan D. Perlawanan akhir p**a menemukan Pasukan A dan Pasukan B. Kesemua peserta telah menunjukkan komitmen serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan.

Senarai Pemenang Kejohanan:

Pemain Paling Bernilai (MVP): Mohd Firdaus bin Muhammad

Penjaring Gol Terbanyak: Gunaselan A/L Mariappan

Penjaga Gol Terbaik: Karnan A/L Chandran

Johan: Pasukan A

Naib Johan: Pasukan B

Tempat Ketiga: Pasukan D

Tempat Keempat: Pasukan C

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta. Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada warga kerja Hospital Segamat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat. Semoga kejohanan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang demi melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan cemerlang.



⚠️ Stok darah A, B & O rendah🗓️ 27 Januari (Selasa) | 8 pagi – 9 malam📍 Unit Perubatan Transfusi, Hospital Segamat
26/01/2026

⚠️ Stok darah A, B & O rendah
🗓️ 27 Januari (Selasa) | 8 pagi – 9 malam
📍 Unit Perubatan Transfusi, Hospital Segamat

PANGGILAN DERMA DARAH:  SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tan...
23/01/2026

PANGGILAN DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors

​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial melalui Misi Derma Darah.

​Adakah anda telah mencukupi tempoh matang tiga (3) bulan sejak pendermaan terakhir? Jika ya, ayuh hadirkan diri anda. Tahukah anda bahawa satu beg darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan tiga nyawa?

​Butiran program adalah seperti berikut:

​📅 Tarikh: 25 Januari 2026 (Ahad)
🕙 Masa: 10.00 Pagi – 1.30 Petang
📍 Lokasi: Walters Farm Segamat
🤝 Anjuran: Walters Farm Segamat & Unit Perubatan Transfusi Hospital Segamat
​🗺️ Pautan Lokasi: https://maps.app.goo.gl/iaM9WghPBbE33FLt7

​Setiap seorang daripada anda yang hadir menderma darah memberikan sinar harapan yang tidak ternilai buat para pesakit kami. Ayuh sebarkan hebahan ini dan bawalah rakan-rakan serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama menderma. ​Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!








Setiap kata yang dizahirkan ini menjadi saksi bahawa sentuhan ihsan, belas kasihan dan profesionalisme warga Hospital Se...
20/01/2026

Setiap kata yang dizahirkan ini menjadi saksi bahawa sentuhan ihsan, belas kasihan dan profesionalisme warga Hospital Segamat memberi makna yang besar, bukan sahaja kepada pesakit, malah kepada seluruh keluarga di saat paling mencabar dalam kehidupan mereka.

Terima kasih kepada pasukan Unit Rawatan Rapi serta Wad 9 & 10 atas dedikasi, keprihatinan dan khidmat bakti yang tidak ternilai. Semoga segala kebaikan ini menjadi amal berpanjangan.




https://vt.tiktok.com/ZSaFQoAho/

PANGGILAN DERMA DARAH:  SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tan...
19/01/2026

PANGGILAN DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors

​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial melalui Misi Derma Darah.

​Adakah anda telah mencukupi tempoh matang tiga (3) bulan sejak pendermaan terakhir? Jika ya, ayuh hadirkan diri anda. Tahukah anda bahawa satu beg darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan tiga nyawa?

​Butiran program adalah seperti berikut:

​📅 Tarikh: 21 Januari 2026 (Rabu)
🕙 Masa: 10.00 Pagi – 1.30 Petang
📍 Lokasi: Segamat Central
🤝 Anjuran: Segamat Central & Unit Perubatan Transfusi Hospital Segamat
​🗺️ Pautan Lokasi: https://maps.app.goo.gl/ebqynTAxpDqh7ZUC7

​Setiap seorang daripada anda yang hadir menderma darah memberikan sinar harapan yang tidak ternilai buat para pesakit kami. Ayuh sebarkan hebahan ini dan bawalah rakan-rakan serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama menderma. ​Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!








  📢📢
18/01/2026

📢📢

Ketahui kegunaan komponen darah yang anda perlu tahu.

Sepanjang kempen kesedaran kepentingan derma darah ‘Share ‘ infografik ini untuk manfaat bersama.
www.pdn.gov.my

 📢📢
18/01/2026

📢📢

Derma darah merupakan satu amalan mulia kerana darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukannya. Amalan derma darah dapat memupuk nilai murni dalam diri dan boleh dijadikan sebagai tanggungjawab sosial.

Terdapat kebaikan dan manfaat apabila menderma secara berterusan. Faedah utama menderma darah ialah menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 nyawa. Ini kerana darah utuh yang di derma boleh diproses dan menghasilkan sel darah merah, platelet dan plasma.

🩸🩸Selain menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan, amalan menderma darah turut memberi manfaat terhadap kesihatan penderma darah.

Menderma darah dapat memelihara kesihatan kardiovaskular, membakar kalori dan meningkatkan tahap kepekaan.

Orang ramai digalakkan untuk menderma darah di mana-mana kemudahan yang menyediakan khidmat derma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi serta meningkatkan tahap kesihatan.

Maklumat lanjut lokasi dan waktu operasi layari www.pdn.gov.my

💛 Salam Isra Mikraj 1447H 💛“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Ha...
16/01/2026

💛 Salam Isra Mikraj 1447H 💛

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” - Al-Israa’ (17:1)

Ikhlas Daripada
Pengarah
Dan seluruh warga kerja Hospital Segamat


PANGGILAN DERMA DARAH:  SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tan...
16/01/2026

PANGGILAN DERMA DARAH: SEJUTA HARAPAN 🩸✨ Segamat Blood Warriors

​Anda dijemput untuk hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial melalui Misi Derma Darah.

​Adakah anda telah mencukupi tempoh matang tiga (3) bulan sejak pendermaan terakhir? Jika ya, ayuh hadirkan diri anda. Tahukah anda bahawa satu beg darah yang disumbangkan mampu menyelamatkan tiga nyawa?

​Butiran program adalah seperti berikut:

​📅 Tarikh: 18 Januari 2026 (Ahad)
🕙 Masa: 9.00 Pagi – 1.00 Petang
📍 Lokasi: Balairaya Buloh Kasap
🤝 Anjuran: Persatuan Penganjur Dewa Che Kun Kong Segamat Johor & Unit Perubatan Transfusi Hospital Segamat
​🗺️ Pautan Lokasi: https://maps.app.goo.gl/vAkjhBq39b7zCx8X8

​Setiap seorang daripada anda yang hadir menderma darah memberikan sinar harapan yang tidak ternilai buat para pesakit kami. Ayuh sebarkan hebahan ini dan bawalah rakan-rakan serta ahli keluarga anda untuk bersama-sama menderma. ​Kehadiran anda amat kami hargai. Jumpa anda di sana!








Address

KM 6, Jalan Genuang
Segamat
85000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Segamat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category