Dr Dayaa ENT Specialist and Head & Neck Surgeon

Dr Dayaa ENT Specialist and Head & Neck Surgeon Dr Dayaabaran Marimuthu
MD(KSMU), Dr ORL HNS(UKM), CMIA(NIOSH), FAAO-HNS(USA)
🏥 Room 2, Level 4, SENA Specialist Hospital Segamat

😴 Anda Tidur Lena atau Sekadar Tidur?Ramai yang menghidap Obstructive Sleep Apnea (OSA) tanpa sedar.🚫 Mengabaikan tanda-...
04/03/2026

😴 Anda Tidur Lena atau Sekadar Tidur?
Ramai yang menghidap Obstructive Sleep Apnea (OSA) tanpa sedar.
🚫 Mengabaikan tanda-tanda ini boleh menyebabkan masalah kesihatan serius seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Tanda-tanda biasa OSA:
✅ Berdengkur kuat dan berterusan
✅ Terjaga sambil tercungap-cungap atau tercekik
✅ Mengantuk atau letih pada waktu siang
✅ Sakit kepala waktu pagi
✅ Sukar untuk fokus

💡 Saringan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Jika anda atau orang tersayang mengalami gejala ini, jangan tunggu lagi — buat saringan sekarang.

📅 Tempah saringan OSA anda di Klinik Dr Dayaa ENT
📍 Sena SENA Specialist Hospital Segamat
📞 014-965014-965 8384

🩺 Tidur lebih lena. Kesihatan lebih baik. Hidup lebih berkualiti.

Dengkur kuat bukan kelakar.

Kalau dengkur anda sampai orang sebelah tak boleh tidur, itu mungkin bukan sekadar bunyi.
Ia boleh jadi tanda tidur anda sedang “rosak”.

Salah satu punca yang perlu kita ambil serius ialah sleep apnea.
Ringkasnya, saluran pernafasan jadi sempit atau tertutup sekejap-sekejap masa tidur.
Nafas terhenti seketika, otak panik, badan “terjaga” halus, tapi anda tak sedar.

Sebab itu ada orang tidur 7 hingga 8 jam pun masih rasa macam tak tidur.

Antara petanda yang biasa berlaku
Mengantuk teruk waktu siang, mudah microsleep masa memandu atau mesyuarat
Bangun pagi sakit kepala atau mulut kering
Mudah marah, cepat tersinggung, emosi tak stabil
Pasangan perasan ada masa anda “senyap” tak bernafas, lepas tu tersedak atau tercungap

Langkah mula yang paling simple, buat malam ini
Minta pasangan atau ahli rumah perhati. Ada tak masa nafas terhenti, kemudian tersedak
Cuba tidur mengiring dan tinggikan sedikit kepala
Elakkan alkohol atau ubat yang buat mengantuk tanpa nasihat, terutama sebelum tidur
Kalau anda ada berat badan berlebihan, mula dengan sasaran kecil, turun 2 hingga 3 kg pun boleh bantu
Kalau tanda mengantuk siang makin ketara, atau ada episod nafas terhenti, dapatkan penilaian di klinik untuk saringan lanjut

Ini bukan soal kuat atau lemah.
Ini soal otak dan badan tak dapat rehat yang sepatutnya.

Kalau anda dengkur, anda rasa anda jenis terus lena, atau bangun pagi macam tak cukup tidur?

02/03/2026
02/03/2026

🎉🎉🎉 Big News: We’re Now a Prudential Panel Hospital!

We’re pleased to announce that Sena Specialist Hospital Segamat is officially a panel hospital for Prudential starting 2 March 2026!

Eligible Prudential policyholders can now enjoy cashless medical services, ensuring a smoother and more convenient healthcare experience, from consultation and investigations to treatment and admission.

✨ Value Added Services (VAS):
• No deposit upon admission
• Free room upgrading
• Free admission kits
• Free parking
• Complimentary 1 meal per day for companion of pediatric patient

Our multidisciplinary team remains committed to delivering quality, timely, and patient-centered care with even greater convenience and peace of mind.

We look forward to welcoming Prudential members and caring for you every step of the way 💙

🔗 Book your appointment: https://wa.link/a8ks64
📞 Call us: 07-906 3111
🌐 Visit: https://senahealthcareservices.com.my




22/02/2026

Realiti Ubat Iklan Media Sosial, Niat Mahu Berikhtiar Tetapi Berakhir Di Mesin Dialisis.

Setiap kali membuka aplikasi YouTube atau media sosial yang lain, ibu bapa kita sering disajikan dengan iklan ubat ajaib. Iklan ini menggunakan pelakon yang menangis gembira kerana kononnya sudah sembuh dari sakit lutut atau kencing manis kronik dalam masa tiga hari.

Tergoda dengan janji tersebut, ramai warga emas sanggup berhabis ribuan ringgit membeli produk yang langsung tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Alasan yang selalu diberi kepada anak anak adalah, tidak salah kita usahakan.

Mari kita timbang dengan rasional, apakah kelebihan dan keburukan produk iklan media sosial ini dari sudut perubatan.

1. Kelebihan ilusi, kelegaan yang bersifat sementara.
Satu satunya kelebihan produk sebegini adalah ia memberi kesan plasebo atau kelegaan segera yang menipu. Kenapa pesakit rasa hilang sakit lutut dalam masa beberapa jam selepas minum jus ajaib ini. Jawapannya bukan kerana kehebatan ekstrak herba, tetapi kerana kilang haram tersebut telah mencampurkan serbuk ubat penahan sakit dan steroid dos tinggi secara sembunyi.

2. Keburukan pertama, merosakkan buah pinggang secara senyap.
Apabila ibu bapa anda menelan steroid dan ubat tahan sakit yang tidak terkawal dosnya setiap hari, buah pinggang terpaksa bekerja di luar batasan kemampuannya untuk menapis racun racun tersebut. Lama kelamaan penapis buah pinggang akan bocor dan akhirnya rosak sepenuhnya. Waktu ini pesakit terpaksa bergantung pada mesin dialisis seumur hidup.

3. Keburukan kedua, komplikasi Sindrom Cushing.
Pengambilan steroid tersembunyi untuk jangka masa yang panjang akan mengubah struktur fizikal ibu bapa anda. Muka mereka akan menjadi bengkak dan bulat seperti bulan (moon face), kulit menjadi sangat nipis dan mudah lebam, serta tulang menjadi sangat rapuh.

4. Keburukan ketiga, pendarahan usus yang membawa maut.
Ubat penahan sakit haram yang dicampurkan dalam produk ini sifatnya sangat menghakis. Ia akan menipiskan pelindung dinding perut dan usus. Ramai pesakit warga emas yang tiba tiba muntah darah atau membuang najis berwarna hitam pekat akibat ulser perut yang pecah.

Konsep ikhtiar dan tawakal dalam agama menuntut kita mencari ubat yang terbukti selamat dan disahkan oleh pakar yang bertauliah, bukannya menyerahkan nyawa kepada penjual produk kosmetik di media sosial.

Bantu tegur ibu bapa kita dengan berhemah. Rampas dan buang ubat yang tiada nombor pendaftaran MAL pada kotaknya sebelum organ dalaman mereka rosak secara kekal.

20/02/2026
PUASA BATAL TAK KALAU JUMPA PAKAR ENT? 🌙🩺Banyak rawatan ENT sebenarnya TIDAK membatalkan puasa. Jom semak
20/02/2026

PUASA BATAL TAK KALAU JUMPA PAKAR ENT? 🌙🩺

Banyak rawatan ENT sebenarnya TIDAK membatalkan puasa. Jom semak

🌪️ Is the World Spinning? It Might Just Be Your Ears!Ever feel like the room is doing a 360° turn just because you rolle...
20/02/2026

🌪️ Is the World Spinning? It Might Just Be Your Ears!
Ever feel like the room is doing a 360° turn just because you rolled over in bed or looked up at a shelf?

Don’t panic—it’s usually not a "mysterious" illness. It’s often just tiny "ear rocks" (crystals) that have drifted into the wrong part of your inner ear! This condition is called BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo).

The good news? There is a highly effective way to "flush" those particles back where they belong: The Epley Maneuver.

🧠 How Does It Work?
Inside your ear, you have tiny calcium crystals. Sometimes, they break loose and float into the fluid-filled canals of your inner ear. When you move your head, these crystals move too, tricking your brain into thinking you’re spinning.

The Epley Maneuver uses gravity through a series of specific head tilts (as shown in the infographic) to:

Guide the particles out of the sensitive canals.

Relocate them to an area where they don’t cause dizziness.

Provide instant relief—often in just one or two sessions!

⚠️ A Friendly Reminder
While it looks simple, don't try this for the first time alone. Why?

Which side? You need a pro to tell you if it’s your left or right ear causing the issue.

Neck Safety: If you have neck or spine issues, this needs to be done with extreme care.

Not all dizziness is BPPV: Sometimes vertigo is a sign of something else.

Dunia Berpusing Laju Setiap Kali Baring? Cuba teknik ini. Ini Teknik 'Epley Maneuver' Untuk Rawat Kristal Telinga Yang Lari.

Pernah tak anda rasa pening yang amat dahsyat (Vertigo) secara tiba-tiba bila anda pusingkan kepala di atas bantal, atau bila anda mendongak nak sidai baju? Rasa macam bilik berpusing ligat, mual nak muntah, dan terpaksa pegang dinding sebab takut jatuh.

Ramai ingat ini tanda strok atau darah tinggi. Tapi jika pening ini HANYA berlaku bila ubah posisi kepala, besar kemungkinan anda menghidap BPPV (Benign Paroxysmal Positional Vertigo).

Punca sebenarnya agak kelakar: "Kristal Telinga" anda terkeluar dari sarang!

Di dalam telinga kita ada kristal halus (kalsium karbonat) yang berfungsi sebagai sensor graviti. Kadang-kala, kristal ini tercabut dan jatuh masuk ke dalam saluran cecair pengimbang. Bila ia bergolek di situ, otak jadi keliru dan pening pun bermula.

Berita baiknya, anda BOLEH rawat sendiri di rumah menggunakan teknik EPLEY MANEUVER. Ini caranya:

LANGKAH 1: TENTUKAN TELINGA MANA YANG SAKIT
Duduk di tepi katil. Pusing kepala ke KANAN dan baring cepat. Kalau pening datang, maksudnya telinga KANAN yang sakit. Kalau tak pening, cuba pusing KIRI p**a.

LANGKAH 2: TEKNIK EPLEY (Contoh untuk Telinga KANAN sakit)
1. DUDUK: Duduk di atas katil, letak bantal di belakang anda (supaya bila baring, bantal berada di bawah bahu, bukan kepala).
2. PUSING 45 DARJAH: Pusingkan kepala 45 darjah ke arah KANAN (telinga sakit).
3. BARING: Baring dengan pantas. Pastikan kepala anda mendongak sedikit melepasi bantal. Tahan posisi ini selama 30-60 saat (tunggu pening berhenti).
4. PUSING KIRI: Tanpa angkat kepala, pusingkan kepala 90 darjah ke arah KIRI. Tahan 30-60 saat.
5. MENGIRING: Pusingkan seluruh badan anda mengiring ke arah KIRI (kepala menghadap lantai). Tahan 30-60 saat.
6. DUDUK SEMULA: Bangun perlahan-lahan dari posisi mengiring tadi.

AJAIB! Kristal yang sesat tadi sudah digolekkan kembali ke tempat asalnya. Pening anda sepatutnya hilang serta-merta!

AMARAN: Jangan buat teknik ini jika anda ada masalah sakit leher yang serius (Cervical Spondylosis) atau risiko strok. Dapatkan nasihat doktor dahulu.

Kongsikan teknik menyelamatkan nyawa ini. Tag kawan-kawan yang selalu mengadu "dunia berputar" tu!

17/02/2026
Ever felt like you’re living underwater? 🌊👂That "clogged" feeling is often caused by Middle Ear Effusion—a build-up of f...
13/02/2026

Ever felt like you’re living underwater? 🌊👂

That "clogged" feeling is often caused by Middle Ear Effusion—a build-up of fluid behind the eardrum. When the middle ear (which should be filled with air) fills with sticky fluid, it acts like a dam, stopping sound from getting through clearly.

The Fix: This tiny device, the Grommet.

📍 It acts as a bypass for a blocked Eustachian tube.

📍 It lets air back into the middle ear.

📍 It allows that "stuck" fluid to drain or dry up.

It’s a simple solution to bring back the clarity of sound! 🚀

Ingatkan anak autisme sebab panggil tak menyahut rupanya telinga penuh gam

Ini kisah benar seorang adik comel umur 4 tahun yang datang klinik baru-baru ini.

Mak ayah dia nampak sangat risau. Mana taknya, cikgu tadika asyik mengadu yang anak dia s**a termenung. Bila cikgu panggil, dia buat tak tahu. Kawan-kawan ajak main pun dia macam dalam dunia sendiri.

Paling merisaukan, dia lambat bercakap (speech delay).

Mak ayah dah mula fikir bukan-bukan. Autisme ke? ADHD ke? Masalah pembelajaran ke?

Bila doktor cek telinga, barulah punca sebenar terbongkar.

Rupa-rupanya, gegendang telinga adik ni dah kusam dan tak bergerak. Di sebalik gegendang tu, penuh dengan cecair pekat dan likat.

Ini kita panggil Glue Ear atau Telinga Gam.

Bukan ada orang letak gam uhu dalam telinga dia, tapi lendir selsema yang terperangkap lama sangat sampai jadi pekat.

Bayangkan kita tutup telinga dengan tangan kuat-kuat, lepas tu cuba dengar orang bercakap. Macam tu lah dunia adik ni. Semua bunyi jadi sayup dan tenggelam.

Patutlah dia tak pandai bercakap, sebab dia sendiri tak dengar butir bicara orang dengan jelas.

Solusinya? Doktor buat prosedur simple je.

Doktor pasang satu tiub halus nama Grommet pada gegendang telinga dia. Saiz dia kecil sangat, lagi kecil dari biji beras.

Tiub ni lah hero sebenar. Dia bagi udara masuk, keringkan gam tu, dan bagi gegendang bergetar semula.

Magisnya, lepas je pasang, mak ayah kata anak dia terus jadi "radio". Mulut pot-pet pot-pet tak berhenti cakap sebab dia seronok dapat dengar suara sendiri dengan jelas.

Dan tiub kecil tu?

Lepas telinga dah elok (biasanya setahun), tiub tu akan jatuh sendiri keluar dari telinga. Tak sakit pun, tahu-tahu dah ada atas bantal.

Jadi pengajarannya, kalau anak lambat cakap atau nampak tak fokus, jangan terus cop anak ada masalah mental atau autisme.

Bawa pergi cek telinga dulu. Mana tahu, penyelesaiannya cuma sekecil tiub Grommet ni je.

09/02/2026

Big News: We’re Now an AIA Panel Hospital!

We’re excited to share that Sena Specialist Hospital Segamat is officially an AIA Panel Hospital 🎉

This means eligible AIA policyholders can enjoy cashless medical services, making your healthcare journey smoother, faster, and worry-free. From consultations to investigations and treatments, our multidisciplinary team is here to deliver quality, timely, and patient-centred care—now with even more convenience.

We look forward to welcoming AIA members and caring for you, every step of the way 💙

🔗 Book your appointment: https://wa.link/a8ks64
📞 Call us: 07-906 3111
🌐 Visit: https://senahealthcareservices.com.my




07/02/2026

Address

Suite 2, Level 4, Sena Specialist Hospital Segamat, Jalan Utama 3/10, Bandar Utama
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Dayaa ENT Specialist and Head & Neck Surgeon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram