
19/07/2024
Saman boleh BAYO! (orang Perak kata)
Memang marah dibuatnya satu Malaysia, bila seorang cyberbully bebas dengan denda hanya RM100 dalam kes Esha. Lagi buat ramai panas bila pelaku dengan gaya cat walk berbaju pink ala2 model tersenyum lebar keluar dari court.
Maklumlah... denda RM100 je. Saman boleh bayo. Macam denda buang sampah kot. Lagi mahal bag LV yang dia tayang tu di kereta "mershedish".
Teringat saya tentang satu kes di Dubai ni beberapa tahun lalu, kisah benar. Tak percaya boleh gugel nanti.
Seorang bekas isteri dapat tahu, suaminya kahwin baru. Sebab maklumlah...dah Kawin baru, nak la kongsikan di posting Facebook.
Bekas isteri tu pun naik panas, dan reply di comment...
"Muka macam kuda!"
Kena kuda sebijik.
Apa jadi lepas tu?
Isteri baru buat laporan polis, dan kes di bawa ke mahkamah oleh kerana "cyberbully". Sampai hati dia panggil aku kuda. Tu la kot dia fikirkan...
Mahkamah pun ambil keputusan untuk denda isteri pertama tu 3,000 dirham (lebih kurang RM3,800).
Sejak tu (dan banyak lagi kes yang seumpama), orang dah tak berani mengecam di internet. Tak berani cyberbully di internet. Kerana ianya diambil serius dalam undang-undang.
Undang2 mengecam/cyberbully adalah amat ketat di UAE. Panggil kuda pun tak boleh. Kalau mencarut, lagi la boleh sampai RM200,000.
Undang2 cyberbully bayo RM100 je, bagi saya amatlah tak patut. ia memberi contoh yang sangat lemah. Kalau camtu, ramai la tak takut dengan cyberbully/mengecam.
Apa pendapat anda? Boleh ke kalau kat Malaysia diimplementkan siapa kecam/cyberbully, kena bayar saman yang jauh lebih tinggi?
Adakah ini akan membantu? Apa pendapat anda?
Teknologi internet ada banyak baiknya. Tapi disalahguna, memang buruk padahnya.
Sekiranya anda nak mulakan perniagaan online, tapi tak tahu nak jual apa, dan tak tahu nak mula di mana, ikuti webinar percuma bersama saya hari ini. Saya kongsikan langkah cara mulakan perniagaan online bermula dari ZERO! Jom daftar www.NakJualApa.com
-ik
dubai
ps: Saya memang orang Perak...