Rawatan Darul Imtiyaz

Rawatan Darul Imtiyaz Rawatan Sunnah Bekam, Urut & Akupuntur

Tarikh sunnah bekam bulan OKTOBER 2023 (RABI'ULAWWAL 1445H)1. 2/10 Isnin - 17 Rabi'ulawwal2. 4/10 Rabu - 19 Rabi'ulawwal...
21/09/2023

Tarikh sunnah bekam bulan OKTOBER 2023 (RABI'ULAWWAL 1445H)

1. 2/10 Isnin - 17 Rabi'ulawwal

2. 4/10 Rabu - 19 Rabi'ulawwal

3. 6/10 Jumaat - 21 Rabi'ulawwal

Nabi bersabda,

"Sesiapa berbekam pada tarikh 17, 19, 21 hijrah baginya kesembuhan bagi segala penyakit."
Antara kelebihan hijamah :

- Turunkan paras insulin dalam darah

- Terapi kurangkan kesakitan

- Merawat masalah kulit

- Membuang racun, darah kotor, urik asid dan kolesterol

- Melancarkan peredaran darah dan lain-lain

Kawan-kawan berhajat nak buat rawatan anjuran Rasulullah ni mengikut tarikh yang terbaik untuk dapatkan kesan maksima kepada tubuh?

Booking slot di sini jom ⬇️

www.wasap.my/60108437554

Available Rawatan Darul Imtiyaz :1- Bekam Sunnah(manfaat : nyah toksin, darah kotor, urik asid, kolestrol jahat dan gula...
02/09/2023

Available Rawatan Darul Imtiyaz :

1- Bekam Sunnah
(manfaat : nyah toksin, darah kotor, urik asid, kolestrol jahat dan gula berlebihan dalam darah dll)

2- Urutan Badan & Refleksologi
(melancarkan aliran darah dalam tubuh)

3- Urutan Kiropratik
(perbetul slip disc, tulang belakang dll)

4- Akupuntur
(rawat migrain, lenguh kebas, seliuh, rabun, strok, slim & firm, masalah pendengaran, sinus dan lain-lain)

Booking slot anda di sini ⬇️

http://www.wasap.my/60108437554

Jemput follow kami di sini ya ⬇️

https://www.facebook.com/rawatandarulImtiyaz/

Tarikh sunnah bekam bulan SEPTEMBER 2023 (Safar 1445H)1. 3/9 Ahad - 17 Safar2. 5/9 Selasa- 19 Safar3. 7/9 Khamis - 21 Sa...
31/08/2023

Tarikh sunnah bekam bulan SEPTEMBER 2023 (Safar 1445H)

1. 3/9 Ahad - 17 Safar
2. 5/9 Selasa- 19 Safar
3. 7/9 Khamis - 21 Safar

Nabi bersabda,

"Sesiapa berbekam pada tarikh 17, 19, 21 hijrah baginya kesembuhan bagi segala penyakit."
Antara kelebihan hijamah :

- Turunkan paras insulin dalam darah

- Terapi kurangkan kesakitan

- Merawat masalah kulit

- Membuang racun, darah kotor, urik asid dan kolesterol

- Melancarkan peredaran darah dan lain-lain

Kawan-kawan berhajat nak buat rawatan anjuran Rasulullah ni mengikut tarikh yang terbaik untuk dapatkan kesan maksima kepada tubuh ?

Booking slot di sini jom ⬇️

www.wasap.my/60108437554

Follow juga kami di sini ⬇️

https://www.facebook.com/rawatandarulImtiyaz/

HADISDaripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda :إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ ال...
06/04/2023

HADIS

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda :

إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ

Maksudnya :

“Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

Berbekam ni banyak manfaat dia tau. Antaranya,

1) Melancarkan aliran darah

2) Menyingkirkan punca-punca penyakit dari tubuh.

3) Nyah darah kotor (tak sama dengan haid ya), urik asid, kolestrol jahat, toksin dan lain-lain.

4) Meredakan tekanan /stress kerja@belajar.

5) Perbaiki fungsi organ tubub.

Tapi, tak batal ke berbekam pada bulan puasa ni sazah?

Jawapannya,

➡️ Rawatan bekam *tidak membatalkan puasa* seseorang yang berpuasa, kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan, sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit.

Berminat untuk nyahkan punca penyakit dari tubuh anda?

Meh pm kami di talian :

📲0108437554 call/ws

Teknik Memasak dan Kesannya Terhadap Purine (Penyebab Gout)Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan...
10/07/2022

Teknik Memasak dan Kesannya Terhadap Purine (Penyebab Gout)

Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh sebabkan gout. Bahan ini hadir dalam makanan dan kuantitinya bergantung kepada teknik memasak. Contohnya;

a. Teknik Memotong Daging

Daging yang dipotong kecil-kecil @ daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.

b. Membilas
Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan kurangkan jumlah purine.

Kajian menunjukkan membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5 : 1 selama 5 minit diikuti dengan alirkan dengan air mengalir akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.

Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purin daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas. Selepas membilas dan memasak penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.

Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purin dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purin yang lebih besar.

c. Teknik Memasak
Merebus makanan lebih baik berbanding kukus dan memasak gelombang mikro.

Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 min. Sebaliknya, hanya 17% purine telah hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng p**a didapati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.

d. Masa memasak
Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine.

Kajian memunjukkan memasak sup cendawan pada masa lama akan hasilkan bahan purine lebih banyak.

Ph.D KMN
Principal Scientist

Kita rasa dah banyak makan ulam, tetapi kurang dapat khasiatnya?Apakah cara terbaik makan ulam sebenarnya? Teknik pengam...
07/06/2022

Kita rasa dah banyak makan ulam, tetapi kurang dapat khasiatnya?

Apakah cara terbaik makan ulam sebenarnya?

Teknik pengambilan ulam yang betul sangat mempengaruhi penyerapan bahan berkhasiat dalam tubuh. Contohnya, kajian mendapati memakan buah tomato secara terus (dalam keadaan mentah) kurang memberi kesan berbanding memakan tomato yang dimasak bersama minyak.

Likopene adalah bahan berkhasiat dalam tomato. Ia adalah sejenis bahan berkhasiat larut dalam minyak, jadi penggunaan minyak ketika memasak tomato boleh meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah.

Pengambilan carrot p**a seeloknya diambil bersama susu segar (contohnya ‘carrot’ susu) berbanding carrot mentah yang dimakan sebagai ulam.

Biasanya masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi dan lauk pauk lain. Teknik ini sebenarnya kurang tepat.

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa pada tahun 2017 mendapati makan sayur-sayuran SBELUM makan nasi lebih berkesan kurangkan kadar gula dalam darah di kalangan pesakit diabetes Type 2.

Justeru, dapatan kajian ini menunjukkan “Meminum jus pegaga sebenarnya lebih bagus berbanding berbanding memakannya bersama nasi".

Terdapat juga kajian menunjukkan memotong ulam boleh meningkatkan bahan berkhasiat.

Kajian yang dilakukan oleh Department of Vegetable Crops, University of California dan diterbitkan dalam Jurnal Agric. Food Chem mendapati bahan berkhasiat antioksidan meningkat sehingga 140% jika ulam dipotong-potong terlebih dahulu sebelum dimakan berbanding ulam tanpa dipotong.

CP
Ph.D KMN
Principal Scientist

Masalah tekanan darah rendah boleh berlaku pada sesiapa. Punca tekanan darah rendah juga ada banyak faktor.Sekiranya and...
03/12/2021

Masalah tekanan darah rendah boleh berlaku pada sesiapa. Punca tekanan darah rendah juga ada banyak faktor.

Sekiranya anda sering alami gejala pening dan pitam , dapatkan pemeriksaan dan rawatan kerana ada risiko kecederaan akibat terjatuh.

Selain itu, tekanan darah yang terlalu rendah menyebabkan bekalan oksigen ke organ berkurangan dan akibatkan komplikasi kepada jantung dan otak.

Dipetik daripada : Public Health Malaysia

Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihat...
28/11/2021

Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan. Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.

Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau.

Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.

Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.

1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.

2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.

3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.

4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.

5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.

6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.

7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.

8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.

9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.

10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.

Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.

Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, "Encik makan ubat kolesterol ke?" Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi p**a saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.

Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.

Sumber : Mazliana Mazlan

“Doktor, tapak tangan saya berpeluh banyak sangat sampai tak boleh buat kerja. Kenapa, ya?”Ada tak antara kalian yanh al...
16/11/2021

“Doktor, tapak tangan saya berpeluh banyak sangat sampai tak boleh buat kerja. Kenapa, ya?”

Ada tak antara kalian yanh alami masalah macam ni?Meh baca!

Kondisi ini dinamakan hiperhidrosis, iaitu peluh berlebihan adalah keadaan di mana terdapat peluh di luar keperluan fisiologi badan. Kondisi ini tidak membahayakan nyawa, namun boleh memberi kesan yang ketara ke atas kualiti hidup individu yang mengalaminya:
— Kerap mengelap tangan
— Sukar menulis dan bermain alat muzik
— Sukar beriadah atau bersukan
— Malu bersosial kerana badan dan ketiak berpeluh
— Bau busuk di bahagian ketiak dan kaki

Hiperhidrosis ini mungkin disebabkan faktor keturunan. Ia lazimnya bermula di zaman kanak-kanak atau remaja. Ada sesetengahnya, hilang setelah mencapai umur dewasa, namun ada sesetengahnya berterusan hingga ke tua.

Apa puncanya?
— Hiperhidrosis Primer:
Berlaku apabila sistem saraf simpatetik yang mengawal aktiviti kelenjar peluh, terlalu aktif. Namun, punca ia berlaku masih tidak diketahui. Biasanya berlaku di tapak tangan dan kaki, serta ketiak. Sesetengahnya di muka dan di belakang badan.

— Hiperhidrosis Sekunder:
Berlaku disebabkan oleh penyakit seperti kencing manis, obesiti, hipertiroidisme, jangkitan seperti batuk kering (tuberculosis) dan kanser kelenjar limfa seperti limfoma. Secara amnya ia memberi kesan kepada seluruh badan.

Selain itu, ada beberapa pemangkin kepada kondisi ni!
— Tekanan emosi
— Senaman
— Kepanasan/Haba
— Makanan pedas(Tak boleh makan Samyang. Haha)

Apakah pilihan rawatan yang ada?

— Ubat topikal antipeluh
Boleh gunakan spray antiperspiran dan deodoran komersial yang boleh di dapati di pasaran. Jika tidak berkesan, gunakan aluminium klorida heksahidrat. Ia memerlukan penggunaan setiap hari untuk 7 hingga 10 hari terawal berturut-turut, kemudian sekali seminggu untuk mengekalkannya.

— Ubat makan antipeluh
Ubat antikolinergik berfungsi dengan menghalang aktiviti asetilkolina yang bertanggungjawab mengaktifkan sistem simpatetik. INi akan mengurangkan penghasilan peluh. Contoh ubat antikolinergik: glycopyrrolate dan propantheline bromida.

— Iontophoresis
Ia adalah proses mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit menggunakan air sebagai medium. Pada awal sesi rawatan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap 2 atau 3 hari. Selepas itu setiap sesi rawatan boleh dijalankan setiap 2 minggu.

— Suntikan Botulinum Toxin (botox)
Rawatan ini melibatkan suntikan botox pada kawasan yang terlibat dan perlu diulangi setiap 4 hingga 5 bulan. Kesan daripada pengambilan botox termasuk rasa sakit dan lemah otot yang sementara.

— Pembedahan Simpatektomi Toraks Endoskopi (ETS)
Prosedur ini hanya boleh dilakukan jika langkah-langkah yang lain telah gagal. Pakar bedah akan membuat pembelahan kecil di bawah ketiak dan memasukkan instrumen endoskopik khas ke dalam dada untuk memotong saraf yang terlibat dengan kelenjar peluh.

Jika kau orang ada tanda-tanda hiperhidrosis, kau orang jumpalah doktor. Doktor akan periksa sebab anda alami hiperhidrosis, dan kemudian mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda.

Oh ya! Sebelum orang tanya, biar aku beritahu perkara ini dulu:— penggunaan antiperspiran dan deodoran masih belum terbukti secara jelas menyebabkan kanser. Jadi, silakan pakai antiperspiran dan deodoran.

CP from,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Pakar Kesihatan dan Perubatan

10/11/2021

INFO SIHAT

1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang-barang berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita lebih cepat lemah.

2. Berjalan 50 langkah dapat memperbaiki tulang tubuh. Menaiki 20 anak tangga boleh memperbaiki tulang lutut.

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam beserta 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari, untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan ambil tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry adalah buah yang dapat menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk mereka yang sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis dibuat juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.


Panduan Kesihatan

01. Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt istirahat.

02. Hanya boleh makan 4 butir telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam mengandungi karsinogen, penyebab kanser. Jangan makan tungking ayam.

04. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid elak minum teh, lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yang boleh menambah darah.

06. Kurangkn minum susu kacang dan elak tambah telur serta gula.

Cara serta teknik pengambilan epal yang terbaik, 1- Bahan khasiat kebanyakannya terdapat pada kulit epal. Justeru, buah ...
03/11/2021

Cara serta teknik pengambilan epal yang terbaik,

1- Bahan khasiat kebanyakannya terdapat pada kulit epal. Justeru, buah epal seeloknya dihilangkan lilin terlebih dahulu, caranya adalah dengan menuang air panas pada epal, biarkan selama 1 minit, gosok menggunakan soda bikarbonat dan alirkan dengan air paip.

2- Epal sebaiknya dimakan dalam bentuk asal (fresh). Kajian yang diterbitkan pada tahun 2018 dalam Journal of the American College of Nutrition menujukkan BUAH EPAL lebih tinggi khasiat berbanding JUS atau CUKA epal (sila rujuk jadual).

3- Jika ingin minum jus epal, seeloknya gunakan madu tulen tinggi khasiat dan elakkan menggunakan gula pasir. Ini kerana gula pasir akan mengikat bahan khasiat dan sukar diserap dalam badan.

4- Untuk dapatkan jus epal yang tinggi khasiat, caranya adalah blend epal, tambahkan sedikit madu tulen dan biarkan selama 30 minit pada suhu bilik sebelum ianya diminum.

5- Sebaiknya asingkan biji epal. Ini kerana bijinya mengandungi bahan cynide yang dikenali sebagai AMIGDALIN. Walau bagaimanapun, kesan ketoksikan hanya berlaku jika seseorang itu makan biji epal sebanyak 200 biji.

6- Walaubagaimanapun, epal tinggi serat dan boleh menyebabkan kembung perut jika diambil berlebihan. Epal juga mengandungi gula fruktosa, gula buah yang sukar dihadam oleh sebahagian orang. Bagi sesiapa yang ada masalah ini, anda dinasihatkan supaya jangan makan epal berlebihan.

CP from,

Ph.D (Glasgow, UK) KMN Principal Scientist V Formula Solutions

Tengah sakit kepala ke tu?Tahukah anda, terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatanny...
02/11/2021

Tengah sakit kepala ke tu?

Tahukah anda, terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatannya. 4 jenis sakit kepala ini adalah antara yang paling biasa berlaku.

Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?

✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam.

Sekarang ini musim hujan dengan petir pada waktu petang. Ada juga negeri yang banjir ketika ini. Penting untuk anda keta...
25/10/2021

Sekarang ini musim hujan dengan petir pada waktu petang. Ada juga negeri yang banjir ketika ini. Penting untuk anda ketahui tips ini.

Sekiranya anda mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna anda begitu HAMPIR dengan panahan petir.

SEGERA cari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran. Jauhi tingkap dan pintu dan jangan pegang peralatan elektrik termasuk telefon.

Selain itu, usah sibuk membasuh baju, mandi manda, basuh pinggan dan basuh tangan ketika ribut petir ya.

Kredit: PHM

Musim sekarang ramai orang batuk kan. Dah pergi klinik, ubat batuk dah berbotol minum, antibiotik pun dah habis makan, m...
25/10/2021

Musim sekarang ramai orang batuk kan. Dah pergi klinik, ubat batuk dah berbotol minum, antibiotik pun dah habis makan, masih belum baik, sakit urat perut dibuatnya.

Boleh sama-sama cuba petua ini untuk pulih daripada batuk.

Ambil daun sireh dengan sedikit gula seperti dalam gambar di bawah. Lipat sireh, selawat 7x, kunyah telan airnya. Selepas 10minit baru minum ulang 2,3 kali. Inshaallah berhasil dengan izin Allah.

Selamat mencuba.

Sumber : Zariah Sham

Air kelapa boleh ‘buang toksik' dan 'bagus untuk pesakit diabetes ? 1. Kehadiran logam berat dalam makanan boleh membaha...
23/10/2021

Air kelapa boleh ‘buang toksik' dan 'bagus untuk pesakit diabetes ?

1. Kehadiran logam berat dalam makanan boleh membahayakan kesihatan.

2. Di antara contoh logam berat adalah plumbum, merkuri, kadmium dan arsenik.

3. Kajian menunjukkan air kelapa muda boleh bertindak sebagai penawar disebabkan oleh kehadiran bahan antioksidan seperti tannin dan asid amino bebas seperti L-arginin.

4. Hasil kajian ke atas tikus mendapati air kelapa dapat mengurangkan kadar logam berat terutamanya cadmium dan merkuri dalam darah.

5. Kajian juga dilakukan ke atas 76 pekerja lombong emas. Pekerja lombong emas sebenarnya terdedah kepada logam berat merkuri.

Kajian dibahagikan kepada 2 kump**an. Satu kump**an diberi air kelapa (450 ml) dan satu lagi diberi air biasa (450 ml) selama 30 hari.

6. Hasil kajian mendapati pemberian air kelapa hijau (450 ml) selama 30 hari dapat turunkan kesan toksik dikalangan individu yang terdedah kepada merkuri.

7. Kajian juga menunjukkan air kelapa dapat turunkan gula dalam darah dikalangan ibu-ibu mengandung.

8. Ia juga dapat bantu turunkan tekanan darah tinggi.

9.Walaubagaimanapun, pesakit buah pinggang tidak boleh minum banyak kerana kandungan potassiumnya yang tinggi.

CP sharing from,
Ph.D KMN
Principal Scientist

PUCUK MANIS – Sedap Tapi PERLU HATI-HATIPucuk manis   i. secara tradisi digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu ...
20/10/2021

PUCUK MANIS – Sedap Tapi PERLU HATI-HATI

Pucuk manis

i. secara tradisi digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu

ii. sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral

iii. lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain.

Walaubagaimanapun,

- pucuk manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin)

Justeru,

i. Pengambilan ekstrak pucuk manis yang berlebihan boleh sebabkan toksik

ii. boleh juga sebabkan pening, mengantuk dan sembelit.

i. Di Taiwan, lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah
untuk kurangkan berat badan.

ii. Lima pesakit p**a terpaksa menjalani 'lung transplant'

Justeru,

i. Elakkan makan pucuk manis mentah

ii. Sebaiknya masak dulu dan jangan makan berlebihan

iii. Elakkan atau kurangkan ambil kuah masakan pucuk manis

Wallahu’lam.

CP sharing from :

Ph.D KMN

Ayuh alert ini wahai kaum wanita, kaum adam juga tak terkecuali ya.10 Cecair yang keluar daripada F***j Wanita.Setiap sa...
11/10/2021

Ayuh alert ini wahai kaum wanita, kaum adam juga tak terkecuali ya.

10 Cecair yang keluar daripada F***j Wanita.

Setiap satu berlainan hukum dari sudut najis dan hadas besar atau hadas kecil.

1) Air kencing
Ia adalah cecair sisa perkumuhan. Ianya adalah najis dan tidak sah solat jika ada air kencing di badan, pakaian atau tempat.

Hukum :
Keluar air kencing menyebabkan hadas kecil dan ianya adalah najis.

2) Air Mazi
Ianya adalah cecair yang keluar ketika berhubungan intim dan ketika syahwat diransang.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

3) Air Wadi
Ianya adalah cecair yang keluar setelah melakukan kerja berat atau mengangkat sesuatu yang berat. Tidak semua wanita akan mengalaminya, boleh jadi seseorang itu tidak pernah keluar air wadi sepanjang hidupnya.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

4) Air Mani
Ianya adalah cecair yang keluar ketika mencapai klimaks syahwat. Ianya berlaku pada lelaki dan wanita. Hukumnya adalah suci dan tidak najis.

Jika air mani najis, maka anak Adam berasal daripada najis.

Keluar mani menyebabkan hadas besar dan mewajibkan mandi sebelum solat.

5) Keputihan
Ianya adalah cecair berwarna putih@ sedikit kekuningan.

Namun perlu berhati-hati, jika cecair warna kuning keluar dihujung waktu haid, maka ianya dikira sebagai darah haid selama mana masih dalam lingkungan sebanyak-banyak haid lima belas hari.

6) Haid
Darah tabiat yang keluar daripada atas rahim wanita diatas jalan sihat pada waktu yang tertentu.

Haid disebut sebagai hadas akbar (paling besar).

Ini kerana apabila seseorang wanita keluar haid, maka diharamkan baginya wudhuk dan mandi wajib. Adapun mandi sunat harus sahaja.

Sekurang-kurang darah haid adalah sehari semalam.
Kebiasaan haid enam atau tujuh hari.
Sebanyak-banyak haid adalah lima belas hari lima belas malam.

Semua perkara yang diharamkan kepada orang berhadas kecil dan besar diharamkan kepada orang haid. Bahkan diharamkan juga bagi suami menceraikan isterinya di dalam haid.

7) Nifas
Ia adalah darah yang keluar selepas kosong rahim daripada janin atau awal penciptaan anak Adam.

Adakah orang yang keguguran keluar Darah Nifas?
Ya. Darah yang keluar selepas keguguran adalah dikira darah Nifas juga.

8 ) Istihadhah
Ianya adalah darah yang keluar daripada f***j wanita yang mana ianya bukan Haid dan bukan Nifas.

9) Darah Fasad
Darah yang keluar daripada kemaluan kanak-kanak yang belum sampai umur Haid iaitu Sembilan Tahun Qamariah Taqribiyyah.

Sebahagian ulamak mengatakan itu adalah darah Istihadhah.

Syeikh Ibnu Hajar mengatakan ianya adalah khilaf lafaz sahaja.

10) Darah Talak
Iaitu darah yang keluar sebelum daripada beranak.

Hukumnya adalah najis dan tidak mewajibkan mandi.

Persoalan.
Jika seseorang beranak tetapi tidak keluar darah. Adakah dia perlu mandi wajib sebelum solat?

Ya. Dia perlu mandi wajib sebelum solat kerana bersalin adalah sebab kepada hadas besar. Jika tidak keluar darah, maka dia dikira tiada darah Nifas tetapi tetap wajib mandi kerana melahirkan.

Wallahu a’lam.

from ustaz Abdullah Hussin.

Address

Cheras

Telephone

+60108437554

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Darul Imtiyaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rawatan Darul Imtiyaz:

Share