Farmasi Bagan Datuk

Farmasi Bagan Datuk WAKTU OPERASI: SETIAP HARI TERMASUK CUTI UMUM
(8.00PG-10.00MLM)
wasap.my/60143053577

Rendang dah masak, baju raya dah siap, tapi ubat gastrik atau ubat darah tinggi dah habis? Alamak! 😱Relaks... jangan 'pa...
17/03/2026

Rendang dah masak, baju raya dah siap, tapi ubat gastrik atau ubat darah tinggi dah habis? Alamak! 😱

Relaks... jangan 'panic' dulu. Farmasi Bagan Datuk kan ada! πŸ˜‰
Kami faham musim raya ni macam-macam boleh jadi. Terlebih makan la, cuaca panas la... sebab tu kami buat keputusan untuk KEKAL BUKA bagi memudahkan urusan anda semua.

Sama ada anda perlukan:
βœ… Ubat-ubatan asas (demam, sakit perut, ubat tahan sakit)
βœ… Kit bantuan kecemasan
βœ… Konsultasi kesihatan segera

Kesihatan anda keutamaan kami, tak kira hari biasa atau hari raya.
πŸ“ Singgah ke Farmasi Bagan Datuk sekarang atau hubungi kami untuk

sebarang pertanyaan:
πŸ‘‰ 014-305 3577 (WhatsApp)
πŸ‘‰ 05-646 6098 (kedai)

"Ingat Farmasi Bagan Datuk, baru tenang nak beraya!" πŸŒ™βœ¨

πŸ’Š WE ARE HIRING – PHARMACY ASSISTANTKami sedang membuka peluang kerjaya untuk Pharmacy Assistant di:πŸ“ Bagan Datok, Perak...
20/02/2026

πŸ’Š WE ARE HIRING – PHARMACY ASSISTANT

Kami sedang membuka peluang kerjaya untuk Pharmacy Assistant di:
πŸ“ Bagan Datok, Perak
πŸ“ Klebang, Ipoh, Perak
πŸ“ Seri Iskandar, Perak

Kelayakan:
βœ”οΈ Diploma Pharmacy/Nursing atau setaraf
βœ”οΈ Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun (Fresh grad dialu-alukan)
βœ”οΈ Komunikasi yang baik
βœ”οΈ Boleh bekerja shift
βœ”οΈ Rajin, bertanggungjawab & positif

🎁 Medical benefits, uniform, EPF & SOCSO disediakan
πŸ“š Training akan diberikan

πŸ“© Hantar resume ke:
πŸ“§ hr.apmrc@gmail.com

πŸ“ž 011-15436379 / 019-5478098

27/09/2024

Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai β€œpsoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.



26/09/2024

Ahli farmasi merupakan individu terlatih dengan pengetahuan khusus dan mendalam berkaitan ubat-ubatan.

Tugas ahli farmasi tidak terhad di kaunter farmasi sahaja, bahkan turut melibatkan pelbagai bidang termasuk bidang pengurusan, regulatori, penguatkuasaan, industri farmaseutikal, farmasi komuniti, fasiliti kesihatan swasta, akademia, militari dan maritim.

Jom jadikan ahli farmasi sebagai rakan ubat anda!



25/09/2024

πŸ“Œ Dengarkan temu bual bersama Dr Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM hari ini.

Platform: TV Alhijrah πŸ“»
Tarikh: 25 September 2024 (Rabu) πŸ—“οΈ
Masa: 9.00 Pagi
Topik: Bahaya Wabak MPOX (Monkeypox)



23/09/2024

Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat πŸ‘πŸ»

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah πŸ₯•πŸ₯šπŸ— sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

‼️ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat



20/09/2024

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

πŸ”Ž Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.



19/09/2024
18/09/2024

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.



12/09/2024

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam.

Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

Address

No 5, Lorong Simpang Tiga 1, Taman Simpang Tiga
Selekoh
36200

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6056466098

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Bagan Datuk:

Share