Vital S Organic Sacha Inchi

Vital S Organic Sacha Inchi Sacha Inchi Organic dari Peru yang 4 kali LEBIH PEKAT dari biasa

KOLESTEROL TINGGI💡TANDA KOLESTEROL TINGGI TANPA DISEDARI :☑️ Saluran najis longgar☑️ Kurang selera makan☑️ Kembung perut...
15/11/2022

KOLESTEROL TINGGI

💡TANDA KOLESTEROL TINGGI TANPA DISEDARI :

☑️ Saluran najis longgar

☑️ Kurang selera makan

☑️ Kembung perut & dada

☑️ Sakit kepala atau sakit lutut belakang

☑️ Keletihan

☑️ Perubahan pada mata

🔸Xanthelasma
🔸Korea arcus

☑️ Masalah kulit

🔸Lipoma

☑️ Pelupa, kemurungan atau emosi

☑️ Pertambahan beat badan berlebihan

☑️Saki jantung atau berdebar-debar

Kredit to Dr Samhan

12/11/2022

Inilah Sacha Inchi Organic dari Negara Peru!!

"Alhamdulillah selepas mak amalkan produk ni saya lihat banyak perubahan pada mak. Mak dah boleh buat kerja rumah macam dulu. Tiada lagi masalah sakit lutut, sakit sendi dan kebas kaki. Badan pun rasa bertenaga"
~Pengguna Vital S~

Meh saya ceritakan 5 Kelebihan Vital S Organic Sacha Inchi
✅ 1 biji Vital S mengandungi 4 kali ganda kepekatan berbanding yang lain.
✅ Mengandungi Omega -3 sehingga 48%
✅ Hasil kajian dan formulasi oleh 3 orang Saintis HUSM
✅ Lulus KKM & HALAL JAKIM
✅ Boleh diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa untuk mencerdaskan minda

Ramai lagi yang sesuai untuk cuba Vital S Organic Sacha Inchi Oil 👇
➡️ Penyakit tiga serangkai
➡️ Kencing manis
➡️ Tekanan darah tinggi
➡️ Kadar kolestrol yang meningkat
➡️ Kurang bermaya dan cepat penat
➡️ Kebas kaki, tangan dan lenguh sendi.

Meh Klik Sini Untuk Tukar Ke Vital S👇
==>https://wa.me/0102523243?text=tukarkevitals
==>https://wa.me/0102523243?text=tukarkevitals
==>https://wa.me/0102523243?text=tukarkevitals

Jom kawan-kawan, kita CEGAH sebelum Terlewat!



6 Manfaat Minum Air Kosong Dalam Masa 30 Hari, Anda Boleh Awet Muda!Rasanya, ramai yang sudah tahu terdapat banyak manfa...
12/11/2022

6 Manfaat Minum Air Kosong Dalam Masa 30 Hari, Anda Boleh Awet Muda!

Rasanya, ramai yang sudah tahu terdapat banyak manfaat minum air kosong terhadap kesihatan.

Bayangkan, jika anda minum air kosong dalam masa 30 hari tanpa henti. Apa yang akan terjadi?

Jom ambil tahu Manfaat minum air kosong untuk kesihatan!

Ada banyak kebaikan yang didapati jika anda fokus dengan cara konsisten minum air kosong sahaja selama 30 hari, tanpa pengambilan sebarang minuman lain termasuklah teh dan kopi.

Berikut adalah hal-hal yang akan terjadi pada tubuh kita setelah 30 hari memilih air kosong sebagai minuman ruji anda:

#1. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti
Menurut Frontiers in Human Neuroscience
Journal, ketika anda hanya mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, otak anda akan bertindak balas lebih cepat.

Hal tersebut terjadi kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk berfungsi secara optimum, sementara pengambilan air dapat memastikan otak memperoleh keperluan oksigen yang cukup.

Tambahan p**a, air merupakan sumber oksigen terbesar untuk otak, membuatkan pengambilan air kosong selama 30 hari akan membantu anda lebih mudah berfikir dan fokus.

Pengambilan 8 hingga 10 gelas air setiap hari ternyata dapat meningkatkan keupayaan kognitif anda sebanyak 30%.

#2. Air kosong buat awet muda?
Pengambilan air kosong akan memastikan kulit anda cukup terhidrat sehingga dapat mengurangkan kecepatan proses penuaan kulit.

Pengambilan air yang mencukupi dapat membuat kulit anda kelihatan sihat, lembap, lembut, berseri dan bebas kedutan.

#3. Meningkatkan daya tahan tubuh
Manfaat minum air kosong juga berfungsi sebagai pemangkin fungsi tubuh yang optimal.

Minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi dapat menyokong fungsi hati dan ginjal yang menyingkirkan bahan kumuh dalam tubuh.

Pengambilan air kosong yang mencukupi juga dapat meneutralkan kadar pH, menguatkan kekebalan tubuh anda daripada batu karang dan penyakit lain, serta membantu mengurangkan rasa sakit badan dan sakit kepala.

#4. Menguatkan fungsi jantung anda
Pengambilan air kosong dapat mengurangkan risiko terjadinya serangan jantung.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology mendapati bahawa orang yang mengambil air kosong lebih daripada lima gelas sehari memiliki risiko meninggal disebabkan serangan jantung lebih rendah sebanyak 41% dibandingkan dengan mereka yang minum air kosong kurang daripada dua gelas sehari.

#5. Menguatkan tulang
Air kosong dapat membantu penghasilan semula shock absorber tulang rawan, sehingga sendi dapat bergerak dengan lancar, dan juga dapat mengurangkan kerosakan sendi akibat ketegangan.

Fleksibiliti sendi meningkatkan dengan pengambilan air kosong.

#6. Menyingkirkan lemak
Ketika anda minum hanya air putih selama 30 hari, tubuh anda akan menyingkirkan iritasi, racun berbahaya, dan hasil perkumuhan daripada organ penting dalam tubuh anda.

Hal ini membuatkan tubuh anda bersih dan membantu menurunkan lemak tubuh.

Pengambilan air kosong juga dapat mengurangkan rasa lapar anda.

Selain itu, pengambilan air kosong dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak.

Kajian tersebut dilakukan oleh Journal of Endicronology Clinical and Metabolism yang menemukan bahwa air kosong dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita.

Andrea Giancoli N., MPH, RD, dan jurucakap The Academy of Nutrition and Dietetics juga menyampaikan bahawa minum satu atau dua gelas air putih sebelum makan dapat mengisi perut anda sehingga anda akan kurang makan daripada kebiasaannya.

Pengambilan air kosong secara berkala juga akan membantu mengawal berat badan anda.

Hai semua. Min nak kongsikan info ringkas tentang keradangan.Secara ringkasnya, Keradangan dialami oleh badan apabila be...
12/11/2022

Hai semua.

Min nak kongsikan info ringkas tentang keradangan.

Secara ringkasnya, Keradangan dialami oleh badan apabila berlaku jangkitan. Apabila jangkitan mengalir di saluran darah akan mengakibatkan pembiakan kuman menyebabkan keradangan berlaku seperti :

⚠️Bengkak
⚠️Sakit sendi
⚠️Hilang deria rasa
⚠️Merosakkan fungsi sel-sel
⚠️Kemerahan serta panas
⚠️Penurunan berat badan
⚠️Jantung sukar bernafas
⚠️Kekejangan & Kebas-kebas
⚠️Kerap membuang air kecil/besar
⚠️Risiko terkena kanser lebih besar

Dalam penyakit ini, sistem ketahanan badan berada di luar kawalan. Ia dengan sendirinya menyerang sel-sel normal di dalam badan serta mengkibatkan fungsi badan semakin merosot.

Keradangan?Nak tau apa itu keradangan? Meh min kongsikan secara ringkas.Dalam penyakit ini, sistem ketahanan badan berad...
11/11/2022

Keradangan?

Nak tau apa itu keradangan? Meh min kongsikan secara ringkas.

Dalam penyakit ini, sistem ketahanan badan berada di luar kawalan. Ia dengan sendirinya menyerang sel-sel normal di dalam badan serta mengkibatkan fungsi badan semakin merosot sehingga potensi terkena kanser lebih besar.

Antara akibat lain ialah Bengkak, Sakit sendi/lutut, Hilang deria rasa , Jantung lemah, Kekejangan & Kebas-kebas

Sakit pankreas?Aduh dengar pun dah macam terasa sakitnya kan. Pankreas merupakan organ yang bertugas bagi memproses penc...
10/11/2022

Sakit pankreas?

Aduh dengar pun dah macam terasa sakitnya kan.

Pankreas merupakan organ yang bertugas bagi memproses pencernaan seperti protein, gula & lemak supaya lebih mudah diserap oleh tubuh.

Jika pankreas gagal berfungsi dengan baik, Tubuh berisiko untuk terkena keradangan akibat dari pencernaan yang tidak berfungsi dengan baik.

Perkongsian daripada Dr Rizal tentang sakit sendi LUTUT Boleh doktor terangkan latar belakang sakit sendi lutut ini, ter...
09/11/2022

Perkongsian daripada Dr Rizal tentang sakit sendi LUTUT

Boleh doktor terangkan latar belakang sakit sendi lutut ini, termasuk dari sudut sejarah perubatan (bila sakit ini mula dikesan ke atas manusia)?

Seseorang yang mengadu sakit sendi lutut terutamanya mereka yang telah berumur, berkemungkinan besar adalah disebabkan osteoarthritis. Osteoarthritis jika diterjemahkan secara terus adalah radang sendi tulang, ia perlu dibezakan dengan radang sendi atau arthritis yang lain seperti rheumatoid arthritis, gouty arthritis dan psoriatic arthritis kerana penyakit penyakit ini adalah sistemik iaitu ia boleh menyebabkan banyak masalah perubatan lain pada badan. Penyakit arthritis yang lain ini juga ada ubat ubat khusus untuk mencegahnya dari melarat.

Osteoarthritis boleh berlaku pada mana mana sendi tetapi kebanyakan pesakit akan mengadu sakit lutut. Sendi lain yang sering dikaitkan dengan osteoarthritis termasuklah jari, pinggul, bahu dan tulang belakang.

Bagaimana seseorang boleh diserang penyakit ini?
Apakah punca seseorang boleh diserang?

Penyakit ini bermula apabila tulang rawan (cartilage) menipis atau “haus” akibat pengunaan sendi lutut yang berlebihan. Ini termasuk tekanan atau stres pada lutut akibat penggunaan harian. Tulang rawan mempunyai fungsi penting untuk melicin dan memudahkan pergerakan antara tulang.

Pada mulanya pesakit tidak akan mengadu sakit lutut tetapi dengan jangka masa yang panjang yang mungkin mengambil masa bertahun ataupun berdekad, kerosakan tulang rawan dan lutut bertambah dan kesakitan menjadi ketara. Disebabkan ini, osteoarthritis sering dikenali sebagai penyakit orang tua.

Walaubagaimanapun ia boleh berlaku pada umur yang lebih muda (kurang daripada 50 tahun) terutamanya mereka yang pernah mengalami kecederaan lutut sama ada patah, cedera urat atau jangkitan pada sendi lutut kerana sebarang kecederaan pada sendi akan mengganggu sendi untuk pulih, mempercepatkan kerosakan lutut atau meletakan tekanan berlebihan pada sendi.

Mereka yang aktif bersukan, gemuk atau beberapa pekerjaan tertentu seperti buruh dan petani juga berisiko tinggi untuk mendapat osteoarthritis pada usia muda kerana penggunaan sendi lutut yang berlebihan. Menurut satu kajian lebih 80% pemain bola sepak profesional ada masalah osteoarthritis lutut selepas bersara, jauh lebih tinggi berbanding pop**asi biasa.

Osteoarthritis juga ada komponen genetik, jadi ia boleh diwarisi. Mereka kebiasaannya mendapat osteoarthritis pada usia yang lebih muda dan melibatkan banyak sendi.

Secara statistik, bagaimanakah peratusan penghidap penyakit ini di Malaysia mengikut umur, jantina, latar etnik serta profesion (jika ada)?

Secara amnya, kebanyakkan pesakit osteoarthritis adalah perempuan berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Menurut satu kajian dianggarkan 9.3% warga Malaysia dewasa mempunyai sakit lutut dan lebih daripada separuh yang diperiksa mempunyai simptom osteoarthritis. Satu kajian lain melibatkan 1200 warga Kuala Lumpur berumur 55 tahun ke atas menunjukkan lebih 30% mempunyai masalah sakit lutut dan gejala osteoarthritis. Lebih 43% Melayu yang ditanya mempunyai masalah sakit lutut dan gejala osteoarthritis.

Apakah simptom awal bahawa seseorang itu terdedah kepada sakit ini?

Simptom utama osteoarthritis adalah kesakitan pada sendi yang terjejas. Pada awalnya kesakitan yang dialami tidak teruk dan pesakit boleh berfungsi seperti biasa. Sakit lutut osteoarthritis sering digambarkan sebagai kesakitan lutut yang sengal dan menjadi lebih teruk apabila banyak melakukan aktiviti yang meletak beban kepada lutut seperti berjalan dan naik tangga. Ada juga yang mengadu sakit lutut pada waktu malam terutamanya setelah banyak berjalan pada waktu siang. Biasanya sakit akan hilang dengan merehatkan lutut selama beberapa minit.

Seseorang juga mungkin sedar kaki mereka semakin membengkok dan pergerakan lutut terbatas dan keras.

Apabila keadaan lutut semakin teruk, pesakit bukan sahaja tidak boleh melakukan aktiviti harian seperti solat seperti biasa. Malah mereka mungkin tidak keluar dari rumah kerana berjalan beberapa langkah akan menyebabkan kesakitan yang amat teruk. Pengambilan ubat tahan sakit setiap hari p**a akan mendedahkan pesakit kepada masalah lain seperti gastritis (sakit perut) dan kerosakan buah pinggang akibat kesan sampingan ubat ubat tersebut jika diambil untuk jangka masa panjang.

Jika diukur melalui skala 1 sehingga 10 (di mana 10 paling bahaya),
pada skala berapakah bahayanya sakit vertigo ini?
Nota: Soalan ini berkisar kepada tahap kesakitan yang dialami, serta potensi untuk individu diserang penyakit ini untuk maut.

Penyakit osteoarthritis tidak merbahayakan nyawa tetapi boleh menjejaskan aktiviti harian sehingga pesakit tidak boleh bekerja atau melakukan apa apa aktiviti. Ini juga secara tidak langsung boleh menyebabkan kemurungan. Kesan jangka masa panjang menyebabkan pesakit tidak boleh bersenam seterusnya menyebabkan masalah masalah kesihatan yang lain p**a.

Bilakah waktu yang tepat untuk individu yang disyaki diserang sakit ini untuk bertemu doktor atau pengamal perubatan?

Pesakit patut berjumpa doktor apabila mula mengalami sakit lutut, terdapat pelbagai rawatan untuk memperlahankan dan mecegah penyakit ini sebelum ia menjadi lebih teruk. Bisanya saranan awal adalah dengan mengurangkan berat badan supaya tekanan pada lutut berkurangan dan fisioterapi khusus pada otot otot kaki.
Pesakit juga mungkin perlu mengubah cara gaya hidup dengan mengelak perkara yang boleh menyebabkan sendi lutut lebih cepat rosak.

Apakah kaedah rawatan konvensional yang boleh memulihkan penyakit sendi lutut ini?

Rawatan perubatan adalah untuk mengurangkan simptom. Perubahan pada cara hidup dan mengambilan ubat, suntikan dan suplemen dpat membantu mengurangkan kesakitan dan simptom lain osteoarthritis.

Apabila penyakit ini menjadi lebih teruk iaitu jika kesakitan yang dialami mengganggu aktiviti harian sehingga pesakit tidak boleh berfungsi dengan baik atau jika penghidap terpaksa makan ubat tahan sakit setiap hari maka mereka perlulah berbincang dengan pakar bedah ortopedik untuk rawatan seterusnya.

Rawatan yang mungkin dicadangkan adalah pembedahan tukar sendi lutut (total knee replacement). Pembedahan tukar sendi lutut adalah antara pembedahan yang sangat berkesan dan berjaya. Usia bukan penghalang kepada pembedahan kerana setiap pesakit mempunyai tahap kesihatan yang berbeza beza walaupun umur yang lanjut. Setiap pesakit perlu disaring untuk memastikan mereka cukup sihat untuk melalui pembedahan. Perlu ditekankan pembedahan sendi lutut juga ada had dan risikonya yang tersendiri. Kebanyakan pesakit yang melalui pembedahan ini perlu mempunyai motivasi tinggi dan rajin melakukan senaman fisioterapi selepas pembedahan. Ini kerana jika tidak melakukan fisioterapi, hasil daripada pembedahan sahaja tidak memuaskan. Perlu juga ditekankan, tujuan utama pembedahan sendi lutut adalah untuk mengurangkan sakit dan meluruskan kaki yang bengkok.

Buat masa kini, tidak ada rawatan yang boleh memulihkan sendi yang telah rosak tetapi kajian sedang giat dijalankan menggunakan terapi sel stem yang mungkin boleh membantu memulihkan sendi rawan yang telah rosak. Unit arthroplasti UKM sedang mengkaji penggunaan sel stem untuk tujuan ini dan bakal melaksanakan ujian klinikal ke atas pesakit dalam masa terdekat.

Apakah kaedah rawatan alternatif yang boleh mencegah atau memulihkan penyakit sendi lutut ini?

Kebanyakan rawatan tradisional atau alternatif seperti mengurut, akupuntur dan sengat lebah hanya merawat simptom osteoarthritis sahaja dan berkesan untuk jangka masa pendek.

Apakah tips kepada masyarakat untuk pastikan mereka bebas dari penyakit ini?

Untuk mengurang dan memperlahankan proses penyakit ini adalah dengan mengurangkan beban kepada lutut. Aktiviti seperti berlari akan meletakkan beban yang tinggi kepada lutut.

Walaubagaimanapun senaman tetap penting untuk kesihatan badan jadi keseimbangan perlu diambil. Aktiviti seperti berenang atau mengayuh basikal lebih mesra kepada lutut dan pada masa yang sama boleh membantu mengurangkan berat badan dan bagus untuk kesihatan jantung.

Kredit
Dr. Rizal bin Abdul Rani
Pensyarah dan Pakar Perunding Arthroplasti
Jabatan Ortopedik dan Traumatologi
Fakulti Perubatan

Sacha Inchi Peru merupakan tumbuhan asli hutan hujan Amazon di Peru yang kaya dengan asid lemak omega-3, omega-6, omega-...
09/11/2022

Sacha Inchi Peru merupakan tumbuhan asli hutan hujan Amazon di Peru yang kaya dengan asid lemak omega-3, omega-6, omega-9, protein dan nutrisi lain seperti vitamin A, vitamin E.

Paling menarik ianya juga digelar sebagai "SUPERFOOD' disebabkan khasiatnya yang banyak membantu dalam meningkatkan kesihatan badan & minda.

Sacha inchi terbahagi pada beberapa gred seperti Gred C, Gred B, Gred A & Gred A Premium, Gred ini juga menentukan kualiti serta khasiat yang terdapat pada setiap sacha inchi.

Gred A Premium merupakan yang terbaik & kos untuk dapatkannya juga agak tinggi berbanding gred-gred lain di pasaran.

27/10/2022

Selamat pagi

Siapa pernah main getah macam ni, kita geng🙋‍♀️
26/10/2022

Siapa pernah main getah macam ni, kita geng🙋‍♀️

26/10/2022

Yeay esok dah sekolah !!

25/10/2022

Mengawal pengambilan kalori semasa musim perayaan bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan disajikan. Oleh itu, berpada-padalah semasa menikmati juadah yang dihidangkan agar tidak melebihi keperluan kalori seharian anda.

Jom ikuti beberapa tips yang anda boleh amalkan semasa perayaan Deepavali ini...

Kawal Kalori, Cegah Obesiti, Deepavali dirai





Address

Kampung Sungai Baru, Sungai Tiang Baroh
Selekoh
36200

Telephone

+60102523243

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Vital S Organic Sacha Inchi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram