16/07/2021
PETUA UNTUK EMPUKKAN UBI KENTANG 😍💥😍
Sebenarnya banyak petuanya tapi XOXO Lecious akan kongsikan kan dua je, sebab dua ni cara yang paling mudah dan senang serta berkesan 😘😋 ;
Cara Pertama : Rebus terlebih dahulu ubi kentang dalam periuk lain. Korang rebus terlebih dahulu ubi kentang dalam periuk berasingan sampai empuk, nanti toskan kupas kulit dan masukkan ke dalam masakan bersup, senang cerita tak payah nak tunggu lama nak tunggu sup siap, Ini untuk mengelakkan sup yang dimasak menjadi terlalu pekat dan kering. Dah nak bagi ubi kentang cepat empukkan, kena lah rajin rebus ubi kentang.
Cara Kedua : Guna periuk tekanan. Periuk tekanan ? ya ini satu tips dan petua jugak, kena betul hargai buat korang yang ada periuk tekanan. Nak masakan cepat masak kan. Kalau nak rebus saja dalam 10 minit lama ke tak tu ? Tekan - tekan tinggah. Tunggu masak jer. Bergantung kepada jenis periuk tekanan masing - masing. Kalau ikut pengalaman kami masak guna periuk tekanan ni, bergantung kepada bahan masakan jugak, sama ada guna ayam atau pun daging.
Biasanya kalau masak ayam samada buat gulai ke, kari ke. kerutuk ayam ke, ubi kentang dimasukkan terus sebelum kita tekan berapa minit, bergantung atas periuk tekanan kot, ada masak ayam dalam 8 minit jer untuk high pressure. Memang dah lembut ayam sekali dengan ubi kentang terus. Tapi, pastikan ubi kentang tu dipotong 2, jangan sebijik macam tu, kalau yang besar lagi belah 4 nak bagi cepat empuk padan lah dengan masa 8 minit tu. Kalau daging p**a, kena high pressure dulu dalam 23 - 25 minit, lepas masak, baru masukkan ubi kentang dan high pressure dalam 6 minit sahaja. Itu cara kita lah ya. Biasanya kalau lepas masak, kita akan bagi mendidih sekejap nak suruh kuah sebati. Tengah mendidih tu pun lagi proses masakkan ubi kentang. Dah sedang elok empuknya.
Haa kalau korang perasan sebenarnya dah terbagi sedikit tips memasak sekali tu hahaha , tak mengapa ilmu untuk dikongsi, so korang dah tahu kan empuk tak empuk ubi kentang dalam Tauhu Begedil XOXO Lecious 😍😋😁, jangan tunggu lama lama, tekan terus link ni guys untuk order http://www.wasap.my/60176359693 🥰🥰