Farmasi Plus Semenyih

Farmasi Plus Semenyih Farmasi Plus Semenyih ialah hak milik syarikat Bumiputera dan mula dibuka pada bulan Disember 2019.

Kami menawarkan khidmat konsultasi ahli farmasi, ubat-ubatan, supplement, medical devices dan sebagainya.

03/12/2021

‼️VACANCY‼️

Salam. Hi. We are hiring!!!

Position : Retail Pharmacist.
Branch : Farmasi Plus Semenyih

✅ Have experience in retail is an advantage.
✅ FRP are welcome to apply.
✅ Training will be provided.
✅ Pleasent working environtment.
✅ Working hours : 45 hours/week
✅ Benefit : EPF, SOCSO, Overtime payment etc.

Please drop your resume to:

nursyazwanitaridi91@gmail.com

Thank you 😊

Send a message to learn more

📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣Assalamualaikum. Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Deta...
29/10/2021

📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣

Assalamualaikum.

Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.

💊Jawatan: PHARMACIST
Cawangan: FARMASI PLUS SEMENYIH

💊Jawatan : PEMBANTU JUALAN
Cawangan: FARMASI PLUS KOTA WARISAN

💊Jawatan: PEMBANTU JUALAN
Cawangan: FARMASI NEXTAGE SERDANG

🧐 Adakah anda yang kami cari?🧐

1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Boleh bekerja sepenuh masa.
3. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
4. Berperwatakan ceria dan peramah.
5. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁

❤️ Benefits / Kelebihan ❤️

✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.

ANDA BERMINAT?

📲Boleh email resume ke subaidah_ahmad@yahoo.com

📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.

Terima kasih! 😊

01/09/2021

📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣

Assalamualaikum

Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.

JAWATAN : PEMBANTU JUALAN

🧐 Adakah anda yang kami cari? 🧐

1. Perempuan
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Boleh bekerja sepenuh masa.
4. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
5. Berperwatakan ceria dan peramah.
6. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁

❤️ Benefits / Kelebihan ❤️

✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.

ANDA BERMINAT?

📲Boleh email resume ke
nursyazwanitaridi91@gmail.com

📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.

Terima kasih! 😊

24/03/2021

Assalamualaikum.

Kami memerlukan pertambahan staff baharu di farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.

JAWATAN : PEMBANTU JUALAN

🧐 Adakah anda yang kami cari? 🧐

1. Perempuan
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Boleh bekerja sepenuh masa.
4. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
5. Berperwatakan ceria dan peramah.
6. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁

❤️ Benefits / Kelebihan ❤️

✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.

ANDA BERMINAT?

📲Boleh email resume ke nursyazwanitaridi91@gmail.com
📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.

Terima kasih! 😊

24/03/2021

Assalamualaikum.
Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.
JAWATAN : PEMBANTU JUALAN
🧐 Adakah anda yang kami cari? 🧐
1. Perempuan
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Boleh bekerja sepenuh masa.
4. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
5. Berperwatakan ceria dan peramah.
6. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁
❤️ Benefits / Kelebihan ❤️
✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.
ANDA BERMINAT?
📲Boleh email resume ke nursyazwanitaridi91@gmail.com
📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.
Terima kasih! 😊

24/03/2021

📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣

Assalamualaikum.

Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.

JAWATAN : PEMBANTU JUALAN

🧐 Adakah anda yang kami cari? 🧐

1. Perempuan
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Boleh bekerja sepenuh masa.
4. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
5. Berperwatakan ceria dan peramah.
6. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁

❤️ Benefits / Kelebihan ❤️

✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.

ANDA BERMINAT?

📲Boleh email resume ke nursyazwanitaridi91@gmail.com
📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.

Terima kasih! 😊

📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣Assalamualaikum. Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Deta...
20/10/2020

📣📣 WE ARE HIRING!!📣📣

Assalamualaikum.

Kami memerlukan pertambahan staff baharu dia farmasi kami dengan kadar segera. Details jawatan adalah seperti yang tertera.

JAWATAN : PEMBANTU JUALAN
CAWANGAN : NEXTAGE SERDANG

🧐 Adakah anda yang kami cari? 🧐

1. Perempuan
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Boleh bekerja sepenuh masa.
4. Berdisiplin, amanah, jujur dan rajin.
5. Berperwatakan ceria dan peramah.
6. Mempunyai latar belakang farmasi/bidang kesihatan yang lain ialah satu kelebihan. Jika tiada pun tidak mengapa 😁

❤️ Benefits / Kelebihan ❤️

✅ EPF dan SOCSO.
✅ Cuti Tahunan akan diberikan.
✅ Bayaran over-time disediakan.
✅ Suasana kerja yang kondusif.
✅ Training akan diberikan oleh pharmacist.

ANDA BERMINAT?

📲Boleh email resume ke subaidah_ahmad@yahoo.com

📩 Drop resume anda terus ke farmasi kami.

Terima kasih! 😊

Assalamualaikum semua 😊Mask MEDICOS susah nak dapat? Jangan risau. Mask PAN-MATE pun berkualiti juga 😷😷😷😷🔴 Mask 3 lapis ...
18/10/2020

Assalamualaikum semua 😊

Mask MEDICOS susah nak dapat?

Jangan risau. Mask PAN-MATE pun berkualiti juga 😷😷😷😷

🔴 Mask 3 lapis (3 ply Mask)
🔴 Ear - Loop mask. Tali mask tahan lasak.
🔴 Bacterial Filtration Efficacy 99%
🔴 Particle Filtration Efficacy 96%
🔴 Mask buatan Malaysia.
🔴 Mask di pack secara individual.

💨 Ayuh! Dapatkan segera di farmasi kami sementara stock masih ada! 🤩

📲Boleh whatsapps http://www.wasap.my/+601110371991/PanMate

☎️ Call kami 0387902022

🚗 Atau datang sahaja ke farmasi kami
https://waze.com/ul/hw282tvc2n



Assalamualaikum semua 🤗Adakah anda mengamalkan Intermittent Fasting (IF)? Jika ya, anda lah yang kami cari!!💃💃💃💃🌿 KETO I...
17/10/2020

Assalamualaikum semua 🤗

Adakah anda mengamalkan Intermittent Fasting (IF)? Jika ya, anda lah yang kami cari!!
💃💃💃💃

🌿 KETO IT-F BOTANICAL MIX DRINK 🌿

💪 Mengandungi enzyme Lipase yang mempercepatkan proses ketosis dalam badan.

💪 L-Carnitine yang bertindak sebagai 'ketone transporter'

💪 Almond sebagai sumber MCT 'Medium Chain Triglyceride', mempercepatkan lagi pengeluaran ketone.

💪 Cinnamon - Mengurangkan craving karbohidrat.

🕵️ Mudah cerita, KETO IT-F ni membantu mempercepatkan proses ketosis kepada pengamal Intermittent Fasting tanpa perlu rasa lapar dan dapat menurunkan badan lebih cepat. Yeayyyy!!!!

📲 Ingin tahu lebih lanjut? Boleh whatsapps:
http://www.wasap.my/+601110371991/KetoITF

☎️ Call kami 0387902022

🚗 Location kami : https://waze.com/ul/hw282tvc2n

Terima kasih 😁

💗 BREAST CANCER AWARENESS MONTH 💗Hello Pinktober!Tahukah anda bahawa bulan Oktober ialah Bulan Kesedaran Kanser Payu Dar...
09/10/2020

💗 BREAST CANCER AWARENESS MONTH 💗

Hello Pinktober!

Tahukah anda bahawa bulan Oktober ialah Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara di seluruh dunia? Yes betul! Istimewa bukan? 🥰 Haa apa kata jom kita baca lebih lanjut tentang penyakit ini.

🌷Apakah itu Kanser Payudara? 🌷

Kanser payudara merupakan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia di mana 1 dalam 19 wanita adalah berisiko dan hanya 1% lelaki boleh mendapat kanser ini. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kalenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu yang lain.

🌷 Jenis-jenis Kanser Payudara 🌷

1. Kanser setempat 'Carcinoma in situ'

➡️Merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermulaiaitu terhad di saluran atau kalenjar susu payudara.

2. Kanser saluran 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS)

➡️Kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.

3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ)(LCIS)

➡️Keadaan ini bermula di kalenjar susu dan tidak melepasi dinding.

4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC)

➡️Merupakan kanser payudara paling biasa. ianya bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara yang lain.

5. Kanser lobuk merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC))

➡️Kanser ini bermula pada kalenjar susu dan boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

🌷Penyebab Kanser Payudara 🌷

🗒️ Umur - Semakin berumur, semakin tinggi kemungkinan mendapatnya.
🗒️ Wanita mempunyai 100x ganda berisiko berbanding lelaki.
🗒️ Mempunyai sejarah keluarga kanser payudara.
🗒️ Mempunyai sejarah lalu kanser payudara.
🗒️ Tempoh haid - Lebih awal datang haid pertama, lebih berisiko.
🗒️ Faktor keturunan - Berkaitan dengan mutasi gene. BRCA1 dan BRCA2 adalah gene utama.
🗒️ Wanita mengambil alkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari yang tidak mengambil alkohol.

🌷 Gejala-gejala Kanser Payudara 🌷

❗️ Bengkak atau ketulan pada sebahagian payudara.
❗️ Kulit jadi bekedut seperti kulit limau.
❗️ Puting masuk ke dalam atau sakit.
❗️ Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara.
❗️ Lelehan dari puting (nanah atau darah) selain susu.
❗️ Ketulan pada bahagian ketiak.

🌷Bagaimana Kanser Payudara dapat dikesan? 🌷

🧐 PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP) - Wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun.

🧐MAMMOGRAM - Ia ialah ujian X-ray payudara dan dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko atau juga kepada wanita yang ada tanda atau masalah payudara. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan kanser payudara.

🧐BIOPSI - Pengambilan tisu dari payudara dari kawasan yang disyaki dan akan diuji di makmal.

🌷 Rawatan Kanser Payudara 🌷

Wanita yang dikesan kanser payudara akan diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Antaranya ialah:

💊 Pembedahan untuk membuang tisu kanser payudara.
💊 Kimoterapi (chemotherapy).
💊 Terapi radiasi (radiation therapy).
💊 Terapi hormon (hormon therapy).
.....................

💃Justeru itu, adalah digalakkan kepada semua wanita di luar sana agar sama-sama meraikan Breast Cancer Awareness Month ini dengan sentiasa peka dan cakna dengan perubahan yang berlaku pada bahagian payudara anda.

💃Kami juga memberi 100% sokongan kepada semua cancer fighter di Malaysia dan juga di seluruh dunia. We stand with our sisters, friends and mothers....

" WE ARE STRONGER THAN CANCER "

Terima kasih.

Sumber rujukan :
http://www.myhealth.gov.my/kanser-payudara/




🔎 CoENZYME Q10 [UBIQUINONE / UBIQUINOL ] 🔎Alhamdulillah sejak post kami tentang Omega-3 published, ramai bertanya tentan...
05/10/2020

🔎 CoENZYME Q10 [UBIQUINONE / UBIQUINOL ] 🔎

Alhamdulillah sejak post kami tentang Omega-3 published, ramai bertanya tentang supplement lain yang baik untuk jantung selain Omega-3. Kali ini kami ingin share tentang kebaikan Coenzyme Q10 yang ramai antara kita tidak tahu.

🧐 APAKAH ITU CoENZYME Q10 [ CoQ10 ]? 🧐

CoQ10 ialah sejenis nutrient yang mampu dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan kita dan ia bertindak sebagai anti-oksida yang sangat bagus untuk badan. CoQ10 boleh didapati dalam sumber makanan juga seperti daging, ikan dan biji-bijiran. Namun begitu kuantiti CoQ10 di dalam makanan ini tidak cukup untuk menaikkan lagi tahap CoQ10 yang diperlukan dalam badan kita.

🧐 APAKAH TANDA-TANDA KITA KEKURANGAN CoQ10? 🧐

Tahukah anda bahawa tahap CoQ10 di dalam badan akan menurun apabila usia kita semakin meningkat? Berikut ialah tanda-tanda anda kekurangan CoQ10 :

1. Merasa lemah di bahagian otot (muscle weakness).
2. Otot berasa sakit (muscle pain).
3. Cepat berasa penat (fatigue).
4. Gusi bengkak dan cepat berdarah.
5. Mempunyai kadar kolesterol dan tekanan darah yang tinggi.

🧐 SIAPAKAH YANG BERISIKO MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI? 🧐

1. Orang yang sudah berusia.
2. Pesakit jantung, kencing manis dan kanser.
3. Pesakit yang sedang mengambil ubat darah tinggi, kolesterol (statin) dan ubat antidepresi.

🧐 BAGAIMANA CoQ10 MENINGKATKAN KUALITI HIDUP KITA? 🧐

✅ Kesihatan Jantung ✅

Menurut kajian, CoQ10 berupaya mengurangkan kadar risiko serangan jantung dan angin ahmar (strokes) sebanyak 45% dalam kalangan pesakit jantung yang mengamalkan 120mg CoQ10 sekali sehari selama setahun.

✅ Pengurangan Kadar Kolesterol ✅

Tahukah anda, pengambilan CoQ10 dan extract bawang putih setiap hari selama setahun boleh mengurangkan pembentukan plak kolesterol dalam saluran darah (atherosclerosis) sebanyak 4 kali ganda?! Ia juga mampu menaikkan tahap kolesterol baik (HDL) dan menurunkankan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam badan.

✅ Kesan Sampingan Ubat Kolesterol ✅

Tidak ramai orang awam mengetahui bahawa ubat kolesterol 'STATIN' seperti Simvastatin, Atorvastatin, Rosuvastatin dan sebagainya mempunyai kesan sampingan yang dinamakan 'MYOPATHY' iaitu keadaan di mana otot akan lebih mudah menjadi lemah, sakit, cepat penat dan tidak bermaya. Pengambilan CoQ10 secara berterusan mampu mengurangkan kesan sampingan ubat ini menjadi lebih teruk.

✅ Sumber Tenaga Yang Baik ✅

CoQ10 terlibat secara tidak langsung dalam penghasilan tenaga dan boleh juga meningkatkan prestasi fizikal dalam kehidupan seharian kita.

🧐 ADAKAH CoQ10 SESUAI DAN SELAMAT DIMAKAN?🧐

CoQ10 adalah selamat jika dimakan dengan cara yang betul. Namun begitu, bagi wanita mengandung atau menyusukan anak, mereka tidak digalakkan mengambil CoQ10 kerana tidak banyak kajian keselamatan (safety study) yang telah dijalankan ke atas golongan ini.

‼️‼️‼️ AMARAN ‼️‼️‼️

Jika anda mengambil ubat cair darah seperti Warfarin (Coumadin, Jantoven etc), anda tidak boleh mengamalkan CoQ10 dalam kehidupan seharian anda. Ini kerana CoQ10 boleh menyebabkan ubat Warfarin menjadi tidak effective dan meningkatkan lagi risiko pembekuan darah.
...................................................................................................................

🌼Seandainya anda berminat ingin mengamalkan CoQ10 dalam harian anda tetapi masih ragu-ragu dan inginkan penerangan lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada para doktor dan ahli farmasi bertauliah yang berdekatan.

🌼Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi dari ahli farmasi kami di Farmasi Plus Semenyih juga. Jika risau akan COVID-19 outbreak dan sukar untuk keluar rumah, boleh terus hubungi kami:

Farmasi Plus Semenyih : 0387902022

Atau terus sahaja whatsapps kami:
http://www.wasap.my/+601110371991/tanyafarmasis

Terima kasih!

❤️ KEPENTINGAN OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN ❤️🐟Apa itu Omega-3?🐟Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu (...
28/09/2020

❤️ KEPENTINGAN OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN ❤️

🐟Apa itu Omega-3?🐟

Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acids) yang diperlukan oleh tubuh. Ianya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet seharian. Terdapat 3 jenis Omega-3 fatty acids yang utama:

1. Alpha-linolenic acid (ALA)
2. Eicosapentanoic acid (EPA)
3. Docosahexanoic acid (DHA)

🐟Apakah sumber makanan Omega-3?🐟

Omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber haiwan dan tumbuhan. Namun, ikan laut dalam amat kaya dengan Omega-3 seperti:

1. Ikan tuna
2. Ikan parang
3. Ikan sardin
4. Ikan kembung
5. Ikan bilis

🐟 Kepentingan Omega-3 🐟

1. MENURUNKAN TAHAP KOLESTEROL

✅Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 dapat menurunkan tahap triclyceride (TG) dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.

2. KESIHATAN JANTUNG

✅Tahukah anda penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di kebanyakan negara-negara membangun? Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan kadar degupan jantung (heart rate) dan mengelakkan saluran darah menjadi sempit (vasoconstriction).

3. IBU MENGANDUNG DAN SEDANG MENYUSU

✅Tidak ramai mengetahui kepentingan Omega-3 untuk wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak. Menurut kajian, pengambilan Omega-3 oleh para ibu seawal kehamilan minggu ke-16 (sebelum bersalin) sehingga bayi berumur 14-16 bulan (selepas bersalin) boleh mengurangkan risiko perkembangan bahasa yang lambat (poor language development).

4. KESIHATAN GOLONGAN GERIATRIK (Warga tua)

✅ Pengambilan Omega-3 boleh melindungi saraf otak dan mengurangkan risiko kemerosotan kognitif dalam kalangan warga tua. Ia juga membantu fungsi eksekutif dalam kalangan mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit dementia (cepat lupa).

5. KEBAIKAN-KEBAIKAN LAIN

✅Meningkatkan tahap kesuburan.
✅Mencegah kejadian strok (angin ahmar).
✅Mengurangkan risiko diabetes (kencing manis).
✅Mencegah arthritis (sakit pada sendi).

🐟 Adakah pengambilan supplement Omega-3 satu keperluan?🐟

Supplement Omega-3 amatlah disarankan untuk mereka yang mengalami kekurangan pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3. Faktor gaya hidup seperti merokok, pengambilan alkohol, stress atau kencing manis juga boleh mempengaruhi metabolisma lemak lantas disarankan juga mengambil supplement Omega-3.
.............................................................................................................

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Omega-3, anda boleh merujuk kepada para doktor, ahli farmasi dan dietitian yang berdekatan dengan anda.

👋👋👋👋👋👋👋
Di Farmasi Plus Semenyih, kami juga menawarkan khidmat konsultasi daripada ahli farmasi yang bertauliah. Anda boleh terus datang ke farmasi kami atau call sahaja di nombor ini 03-87902022.

Terima kasih 😊


🧡 FAKTA TENTANG KOLESTEROL 🧡1️⃣ Apakah itu kolesterol?Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diper...
20/09/2020

🧡 FAKTA TENTANG KOLESTEROL 🧡

1️⃣ Apakah itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.

2️⃣ Apakah jenis-jenis kolesterol?

A) Low Density Lipoproteins (LDL)
➡️ Dikenali juga sebagai kolesterol buruk kerana kecenderungannya melekat pada saluran darah arteri dan menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol.

B) High Density Lipoproteins (HDL)
➡️ Juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah.

C) Triglycerides (TG)
➡️ Ianya sejenis bentuk lemak yang dibuat di dalam tubuh kita. Pras TG yang tinggi adalah disebabkan oleh masalah obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Jika anda mempunyai tahap TG yang tinggi, berkemungkinan besar juga anda akan mempunyai tahap LDL yang tinggi juga dan tahap HDL yang rendah.

3️⃣ Apakah tahap yang disarankan dalam badan kita?

Anda boleh rujuk kepada gambar di atas. Wanita umumnya memiliki paras HDL yangblebih tinggi daripada lelaki sebelum menopause. Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.

4️⃣ Apa yang boleh kita lakukan untuk mencegah kolesterol yang tinggi?

✅ Berhenti merokok.
✅ Makan lebih produk tenusu.
✅ Makan makanan berserat tinggi dan berkarbohidrat rendah
✅ Menurunkan berat badan.
✅ Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5x seminggu
✅ Makan ubat yang disarankan oleh doktor.
....................................................
Pemeriksaan kesihatan badan terutamanya tahap kolesterol di dalam darah secara berkala sangat penting untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan sebagainya.

☹️ Tidak tahu tahap kolesterol dalam badan? Jangan risau! Kami juga ada menyediakan servis periksa tahap kolesterol di farmasi. Sila lah datang ke farmasi kami 😁

Sebarang pertanyaan boleh juga terus whatsapps kami:

http://www.wasap.my/+601110371991/tanyakolesterol

Sumber rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/penyakit-jantung-dan-rendahkan-paras-kolesterol/

20/09/2020

Address

Semenyeh

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:30 - 22:00
Thursday 09:30 - 22:00
Friday 09:30 - 22:00
Saturday 09:30 - 22:00
Sunday 09:30 - 22:00

Telephone

+60387902022

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Plus Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Plus Semenyih:

Share