22/01/2026
Daulat Tuanku.
Fenomena kemarahan sosial dan peningkatan kes buli siber yang semakin membimbangkan kini memberi kesan besar terhadap keharmonian serta kesejahteraan masyarakat.
Mangsa buli siber berdepan risiko gangguan kesihatan mental seperti tekanan emosi, keresahan dan kemurungan akibat serangan berulang termasuk penghinaan, fitnah serta pendedahan aib di media sosial, yang seterusnya menjejaskan keyakinan diri, hubungan sosial dan kualiti hidup mereka. Situasi ini jelas mencerminkan keperluan mendesak untuk pengurusan emosi yang lebih berkesan, penghayatan nilai empati serta pengukuhan tanggungjawab sosial dalam setiap interaksi, sama ada di dunia nyata mahupun di ruang digital.
Menjunjung titah dan nasihat Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, selaku Penaung Diraja Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, seluruh lapisan masyarakat diseru agar mengamalkan sikap saling menghormati, berhemah dalam tutur kata serta beretika dalam penggunaan media sosial demi memelihara kesihatan mental dan mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan berperikemanusiaan.
Seiring dengan iltizam Tuanku dalam memperkukuh kesedaran kesihatan mental dan pembinaan masyarakat yang berdaya tahan, PMCK Berhad menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha ini. PMCK kekal komited untuk menyediakan persekitaran yang bebas daripada gangguan, buli dan diskriminasi, berlandaskan nilai empati, rasa hormat dan komunikasi berhemah demi kesejahteraan bersama.
Baca artikel penuh di sini:
https://www.sinarharian.com.my/article/764737/khas/pendapat/ancaman-kemarahan-sosial-peningkatan-buli-siber
Sumber rujukan: Sinar Harian, “Mangsa buli siber berisiko sakit mental”
https://www.sinarharian.com.my/article/697758/berita/nasional/mangsa-buli-siber-berisiko-sakit-mental
Layari website PMCK di sini:
https://investor.pmck.com.my/directors.html