Little Rehab

Little Rehab A therapy center that provides Early Intervention Program & Vocational Training Program for special needs children.

SSM Registration under LiyanaRaya Training & Consultancy : 002619844-T

24/04/2026

Fitness day (Briskwalk) : Day 2

21/04/2026

Fitness day (Briskwalk) day 1 : Ammar & Harith 🏃🏻🌪️

16/04/2026
14/04/2026

1. Jump on Trampoline (Proprioceptive Activity)
Ia membantu anak membina asas kawalan badan dan emosi dengan lebih baik.

Manfaat:

✅ Tingkatkan kesedaran badan (body awareness)
✅ Bantu regulasi emosi & kurangkan hyperactivity
✅ Kuatkan otot & keseimbangan
✅ Improve fokus sebelum aktiviti belajar

2. Insert Pipe Cleaners into Straw (Fine Motor Activity)
Aktiviti simple untuk perkembangan motor halus anak.

Manfaat:

✅ Kuatkan otot jari & genggaman
✅ Tingkatkan koordinasi mata-tangan
✅ Persediaan awal untuk menulis
✅ Latih fokus & kesabaran

3. Balloon Play – Catch & Throw with Partner (Social Interaction)
Bermain sambil belajar berinteraksi — asas kepada kemahiran sosial anak.

Manfaat:

✅ Latih turn-taking & kerjasama
✅ Tingkatkan eye contact & komunikasi
✅ Bantu kawal impuls (tunggu giliran)
✅ Build bonding dengan rakan

4. Fold Clothes (Instrumental Life Skills Training – ILT)
Latihan kemahiran hidup untuk bantu anak lebih berdikari.

Manfaat:

✅ Tingkatkan kemahiran self-care & independence
✅ Latih sequencing & kefahaman arahan
✅ Improve koordinasi dua tangan
✅ Bina rasa tanggungjawab

10/04/2026

Gelagat comel anak2 Little Rehab join trend 😆

31/03/2026

Anak lambat bercakap ni late talker atau speech delay?

Hakikatnya, kedua-dua nampak sama… tapi sebenarnya berbeza dari segi perkembangan dan keperluan intervensi.

🔹 Late talker:
Anak mungkin lambat bercakap, tapi kefahaman (understanding) masih baik, komunikasi non-verbal ada, dan perkembangan lain masih on track.

🔹 Speech delay:
Bukan sekadar lambat bercakap — biasanya ada kesukaran dari segi kefahaman, respon, atau perkembangan lain yang turut terjejas.

Sebab itu penting untuk kita kenalpasti awal, bukan tunggu dan berharap semata-mata.

Bukan untuk label anak…
Tapi untuk beri mereka peluang intervensi yang tepat pada waktu yang betul.

Kalau rasa ragu-ragu, dapatkan penilaian daripada ahli profesional.
Lebih awal kita bertindak, lebih besar potensi anak untuk berkembang.

30/03/2026

Tantrum adalah satu tingkah laku perkembangan yang biasa berlaku pada kanak-kanak, terutamanya apabila mereka belum mampu mengurus emosi atau berkomunikasi dengan baik.

Manakala Autism adalah keadaan perkembangan neurologi yang melibatkan cabaran dalam komunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku berulang — bukan sekadar tantrum semata-mata.

Penting untuk ibu bapa faham:
➡️ Tidak semua anak yang tantrum adalah Autism
➡️ Tetapi jika tantrum berlaku secara kerap, intens, dan disertai tanda lain, penilaian lanjut sangat digalakkan

Kenalpasti, bukan terus label.
Dapatkan pandangan pakar untuk kefahaman yang tepat

18/03/2026

“Anak aktif tidak semestinya ADHD.

Ramai ibu bapa keliru antara ‘hyper’ biasa dengan ADHD, sedangkan kedua-duanya berbeza dari segi konsistensi, kawalan diri dan impak terhadap pembelajaran harian.

Memahami perbezaan ini penting supaya anak tidak dilabel secara salah, dan intervensi yang diberikan juga lebih tepat.

Kenalpasti dengan betul, bukan sekadar membuat andaian.”

16/01/2026

Saringan Perkembangan Awal Kanak-kanak 3 Hingga 6 Tahun Bersama Occupational Therapist Berpengalaman!

Jom kami bawakan Pn Liyana Raya,Senior Occupational Therapist yang berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang Occupational Therapy/Terapi Carakerja untuk menyaring perkembangan anak anda,samada memang mengikut usianya atau tidak.

Sebelum nak tentukan anak anda betul-betul ada "disorder" , atau tidak....kena tengok perkembangannya dahulu....mana boleh simply cakap anak anda ada "disorder".

Kena ada pemerhatian yang betul,barulah kita boleh tahu samada anak anda memang berkembangan mengikut umurnya ataupun tidak.

Oleh itu,di bulan Februari hingga Mac 2026, Pn Liyana Raya buka slot untuk buat sesi saringan perkembangan ni dengan diskaun sebanyak 30%!

Jadi apa tunggu lagi?
Jomlah rebut peluang ini!

Jika anda nampak ada button di bawah,sila tekan button tersebut.

Jika anda nampak ada link di atas,sila tekan link tersebut.

Dan team kami akan uruskan jadual anda untuk berjumpa dengan Senior Occupational Therapist kami.

10/12/2025

“Screening awal penting kerana perkembangan anak paling cepat berlaku pada usia 0–6 tahun. Jika ada kelewatan, intervensi awal memberi peluang anak untuk catch up sebelum masuk sekolah.”

Screening membantu:
✔️ Kenal pasti kelewatan bahasa, sensori, fokus & sosial
✔️ Bezakan isu perkembangan vs tingkah laku
✔️ Elakkan salah faham seperti ‘aktif = ADHD’ atau ‘tak cakap = autism’
✔️ Rancang intervensi yang tepat untuk anak

Lagi awal kita tahu, lagi awal kita boleh bantu.
Jangan lambatkan screening anak.

Address

Whitten 26-2, Jalan Eco Majestic 10/1B
Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+601168538578

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Little Rehab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Little Rehab:

Share