Informasi Herba Kunyit Hitam

Informasi Herba Kunyit Hitam Agen produk herba kunyit hitam BlackG sdn bhd, produk ini adalah hasil kajian saintis MARDI Malaysia. Produk terbukti berkesan dan tiada kesan sampingan.

18/11/2020

KUNYIT hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.

Lazimnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan berkaitan kanser, ubat kuat (vi**ra semula jadi), saraf dan membina otot.

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.

“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.

“Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.

Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.

Kajian selama dua tahun

Selepas kejayaan penghasilan benih pokok dan penyelidikan terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam, MARDI bersama syarikat swasta, Black G Sdn Bhd menjalin kolaborasi R&D bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.

Dr Zuraida berkata, dia dan pasukannya membangunkan produk itu selama hampir dua tahun bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti.

“Kami melakukan penyelidikan inovasi ini bagi memastikan kandungan bioaktif fitokimia yang merupakan komponen utama di dalam kunyit hitam tersebut tidak hilang ketika proses penghasilan produk.

“Oleh itu, kami menggunakan pendekatan bioteknologi untuk menghasilkan produk ini, agar khasiatnya tidak hilang,” ujarnya.

Katanya, produk kunyit hitam ini telah difailkan di bawah MARDI menerusi harta intelek dalaman.

Menurutnya, empat produk Black G ini menggunakan 100 peratus ekstrak kunyit hitam asli. Walau bagaimanapun, ada beberapa produk yang turut ditambah bahan lain bagi membantunya memberi kesan yang lebih pantas.

“Antaranya, minuman kesihatan Health Therapy yang ditambah dengan bahan lain iaitu biji anggur.

“Produk-produk ini ada yang telah diluluskan dan dalam proses kelulusan Kementerian Kesihatan serta status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Black G turut menerima Anugerah Produk Paling Inovatif dan Anugerah Emas pada Pameran Sains dan Teknologi MARDI, September lalu.

Teroka pasaran tempatan

Black G Sdn Bhd bakal meneroka pasaran tempatan secara agresif bermula tahun ini menerusi jenama Black G Nutrima by MARDI.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Jusoh berkata, setakat ini, jualan produk berasaskan atas talian (online) dan boleh didapati di beberapa kedai buku SMO di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kami juga menerima permintaan tinggi bagi ejen tetapi kami perlu memilih ejen yang faham tentang produk ini. Buat masa ini, kami masih dalam proses pemilihan ejen di seluruh negara,” katanya.

Black G Nutrima by MARDI kini mempunyai empat kategori produk iaitu kopi, minuman kesihatan, minuman tenaga dan kapsul dijual dengan harga bermula RM15 sehingga RM100.

Black G Nutrima by MARDI akan dirasmikan pada 14 November ini sempena Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi (Confertech) 2017 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Johor.

Address

Semenyih

Telephone

+601170357560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Informasi Herba Kunyit Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Informasi Herba Kunyit Hitam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram