Dr Ahmad Mustaqim

Dr Ahmad Mustaqim Doktor kesihatan keluarga(General practitioner GP) dan pekerjaan (Occupational health doctor OHD). Fokus tambahan kepada ultrasound dan suntikan sendi.

02/03/2024

Followers Promosi hingga akhir Mac
Periksa tahap kesihatan diri anda di Unicare Clinic
Waktu operasi
Isnin - Jumaat 8 pagi - 10 malam
Sabtu - Ahad 8 pagi - 5 petang
Hubungi kami untuk temujanji :
No Telefon : +60362421016
Whatsapp : wa.me/+60362421016
wa.me/+60362421016
wa.me/+60362421016
wa.me/+60362421016
Atau waze ke lokasi kami
Unicare Clinic
G02 & G03, Sky Awani 2 Residences,
Jalan 2/12, Kampung Batu Muda,
51100 WP Kuala Lumpur
Follow, Like dan Share kami di sosial media dengan menekan link di bawah
https://linktr.ee/unicare.clinic

17/01/2023
Doktor ini membohong je kerjanyaSemalam kata nak share makanan spesifik yang perlu dielakkan oleh pesakit gout, jadi har...
30/06/2022

Doktor ini membohong je kerjanya

Semalam kata nak share makanan spesifik yang perlu dielakkan oleh pesakit gout, jadi hari ini kita nak kotakan janji kita.

1. Makanan laut - ikan bilis, kerangan, sardin dan tuna kaya dengan purines. Elakkan makanan seperti ini,
2. Organ - jangan sesekali makan hati. Terutama hati haiwan kan. Buah pinggang, pedal semua itu kaya dengan purines dan uric acid.
3. Daging merah - lembu, kambing boleh makan tapi kurangkan.
4. Sayuran kaya dengan purin - asparagus, bayam, kobis bunga, cendawan, dal dan kekecang.
5. Gula dalam makanan dan minuman - bijirin manis, kuih dan roti dan gula-gula. Kurangkan minuman jus dan minuman manis
6. Alkohol - senang cerita elakkan sahaja lah.

Tips tambahan, vitamin c mungkin mengurangkan kandungan uric asid. Bincang dengan doktor anda bagaimana vitamin C dapat membantu anda

Assalamualaikum and good morning
29/06/2022

Assalamualaikum and good morning

Doktor pun terperanjat…Semalam kita ada perkenalkan mengenai Gout. Hari ini kita akan tunaikan janji mengenai gout. Gout...
28/06/2022

Doktor pun terperanjat…

Semalam kita ada perkenalkan mengenai Gout. Hari ini kita akan tunaikan janji mengenai gout. Gout ini disebabkan badan terlalu banyak menghasilkan asid urik atau badak tidak mampu membuang urik asid yang terhasil.

Oleh sebab, gout berkait rapat dengan urik asid ini, cara mengelak dan merawat gout juga berkait rapat dengannya. Nak memeranjatkan doktor anda apabila lihat keputusan darah anda?

Antara tips untuk gout.
1. Mengurangkan berat badan - kajian mendapati berat badan berlebihan meningkatkan risiko penyakit gout.
2. Karbohidrat kompleks - makan lebih buah, sayuran, bijiran.
3. Gula - pantang sekali makan atau minum gula. Ini termasuk makanan dan minuman yang mengandungi high-fructose corn syrup.
4. Air - pastikan mendapatkan air secukupnya
5. Lemak - kurangkan lemak tepu terutama daripada daging merah, bahagian ayam berlemak dan produk tenusu tinggi lemak.

Jadi kat atas ini adalah tips makanan secara umum, ada ke yang berminat nak tahu makanan spesifik yang perlu dielakkan?

Assalamualaikum dan selamat pagi
28/06/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi

Menyesal tak baca sampai habis …“Sakitnya kaki aku ni Jah, macam kena gigit syaitan!”Gout ini bukan penyakit baru, dari ...
27/06/2022

Menyesal tak baca sampai habis …

“Sakitnya kaki aku ni Jah, macam kena gigit syaitan!”

Gout ini bukan penyakit baru, dari zaman berzaman lagi. Kebiasaannya akan menyerang ibu jari kaki dan lutut. Namun ia sebenarnya boleh menyerang mana-mana sendi di badan.

Seriusnya gout ini, ia menyerang 1 dalam 100 rakyat Malaysia. Secara tipikalnya sendi yang terlibat akan membengkak, merah dan sakit berdenyut. Sakit berlaku walaupun ketika rehat, namun lebih teruk ketika bergerak.

Kenapa ia berlaku?

Ia terjadi apabila salah satu bahan buangan badan, uric acid tidak dapat dibuang secara normal atau terdapat peningkatan penyerapan melalui makanan.

Selain daripada itu, gout juga berkait rapat dengan risiko penyakit metabolik lain seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Macam mana nak mengawal Gout ini? Ha nantikan bahagian dua.

Tolong saya cikgu!Begitulah rintihan seorang pelajar kepada gurunya. Semasa membuat kerja secara tidak sengaja ter”stapl...
26/06/2022

Tolong saya cikgu!

Begitulah rintihan seorang pelajar kepada gurunya. Semasa membuat kerja secara tidak sengaja ter”stapler” jarinya sendiri.

Apa yang anda akan buat jika berada di tempat kejadian?

1. Bertenang.
2. Pastikan kawasan selamat dan alihkan objek merbahaya.
3. Jangan tarik keluar objek yang tertusuk.
4. Balut kawasan yang terlibat.
5. Dapatkan rawatan dengan segera.

Beberapa hari lepas kita ada kongsikan tentang seorang kanak-kanak ini. Dia mempunya 6 jari kaki. Malangnya jari kakinya...
25/06/2022

Beberapa hari lepas kita ada kongsikan tentang seorang kanak-kanak ini. Dia mempunya 6 jari kaki. Malangnya jari kakinya tersepit dan terpusing. Akibatnya darah tidak sampai ke jari tersebut.

jadi kami kebaskan kaki tersebut dan kami terpaksa pisahkan jari tersebut. Luka tersebut kami jahit dan benang tersebut akan larut sendiri.

Takut menyesal tengok gambar ni sebab…Proses membuang kutil sedang berjalan. Lepas ni tiada lagi kutil2 yang membelenggu...
24/06/2022

Takut menyesal tengok gambar ni sebab…

Proses membuang kutil sedang berjalan. Lepas ni tiada lagi kutil2 yang membelenggui hidup anda😁
Ramai yang bertanya jika buang kutil nanti dia tumbuh semula atau tidak?
Jawapannya : Tidak pada kutil yang telah dibuang. Tetapi kutil boleh tumbuh lagi ditempat lain cuma memakan masa yg lama untuk jadi besar semula.
Jika tidak dibuang makin beranak pinak lah lagi.. makin bertambah banyak.

Kerap sakit lutut? Jom buat senama seperti ini. Cuba dahulu, baru tahu.
23/06/2022

Kerap sakit lutut? Jom buat senama seperti ini. Cuba dahulu, baru tahu.

Antara masalah yang kerap dialami apabila kita mula meningkat usia adalah sakit lutut..Sakit lutut ini juga disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada masalah ...

Sampai bila nak menderita sakit tumit?Duduk kejap , masa nak bangun tu sakit dia azab mencucuk. Kena jalan lama sikit ba...
22/06/2022

Sampai bila nak menderita sakit tumit?
Duduk kejap , masa nak bangun tu sakit dia azab mencucuk. Kena jalan lama sikit baru dia hilang.
Ubat sudah makan, senaman doktor dah cuba. Ada cara lain ke?

Ini contoh sahaja, perbualan pesakit dengan doktor di Burkina Faso,Korea.

Untuk semua masalah tulang dan sendi, no 1 mesti kurangkan berat, no 2 kena buat senaman.

Peringkat awal senama seperti video semalam boleh membantu. Jika sakit sangat boleh jumpa dengan doktor anda pemeriksaan, xray dan juga rawatan

Kalau semua di atas tidak berkesan kajian mendapati suntikan steroid atau/dengan PRP boleh membantu mengurangkan keradangan dan sakit disebabkan plantar fasciitis.

Caranya, darah anda diambil dan diproses untuk mendapatkan ekstrak PRP. Setelah itu, PRP dan steroid disuntik ke tempat bermasalah dengan petunjuk ultrasound. Didalam PRP, platelet dan growth factor akan membantu proses baik pulih.

Belajar sesuatu?

Address

Ecohill Link, Setia Ecohill
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Ahmad Mustaqim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Ahmad Mustaqim:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram