27/08/2025
Guru Yang Dibun*h
Semoga mnjadi iktibar😢
Sharing dr Dr yg merawat seorg guru yg dijangkiti virus influenza dan mndapat komplikasi yg serius 😢
Aku Dr. Shahmi,
Dah 3 tahun aku berkhidmat di Klinik Amani, Semenyih.
Jarang aku menulis.
Tapi hari ini, aku terpaksa menulis.
Kerana ada kisah yang merobek hati aku sebagai seorang doktor.
Hari itu,
Seorang cikgu, umur baru 40 tahun.
Orangnya baik, disenangi murid.
Datang ke klinik dengan demam dan susah nafas.
Ada sejarah darah tinggi.
Rupanya dia ada kontak rapat dengan murid yang kena influenza.
Swab pertama, negatif, di Klinik Lain Beberapa hari lepas,
Tapi hari ini, dia datang semula.
Muka pucat, peluh sejuk.
Oksigen dalam darah ,90% sahaja.
Aku cepat-cepat pasang high-flow oxygen mask.
Aku letak stetoskop di dadanya, dengar nafasnya.
Sah pneumonia.
Jangkitan paru-paru.
Aku ulang buat swab sekali lagi.
Kali ini, hasilnya jelas.
Influenza A.
Maksudnya,
dia kena severe pneumonia akibat Influenza A.
Tanpa buang masa, aku call 999.
Minta ambulans segera.
Tapi jawapan yang aku terima…
“Doktor, semua unit ambulan tengah sibuk. Banyak kes lain.”
Aku pandang wajah cikgu itu.
Nafasnya makin pendek, makin sukar.
Aku di sebelahnya,
berpeluh menunggu dengan zikir dan selawat.
Aku ajar dia perlahan-lahan mengucap.
45 minit terasa bagai seabad.
Akhirnya ambulans tiba.
Cikgu itu dibawa ke hospital.
Aku masih berdoa dalam hati.
2 jam kemudian,
aku telefon hospital.
Jawapan di hujung talian…
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Guru itu pergi.
Pergi dalam usia yang masih muda.
Pergi kerana influenza yang dianggap “sekadar demam biasa.”
Pesanan Aku
Murid-murid, kalau demam jangan paksa diri datang sekolah.
Uncle boleh tulis MC.
Uncle boleh bagi surat kuarantin untuk ibu ayah.
Dan paling penting
tolong ambil vaksin influenza setiap tahun.
Mungkin kita rasa diri kita kuat.
Tapi kita tak tahu siapa yang kita jangkiti.
Ada yang lebih lemah, ada yang berisiko.
Bila kita ambil vaksin,
kita bukan lindung diri kita sahaja.
Kita lindung orang sekeliling kita.
28 Ogos 2025
Dr. Shahmi Hanif
Doktor Kanak-kanak, Kulit, Orthopaedic & Kesihatan Lelaki
Follow Klinik Saya :
Klinik Amani - Semenyih
UNI Klinik Southville City