Carseat Clean Expert Senai Johor

Carseat Clean Expert Senai Johor Carseat Clean Expert Kulai Johor
CCExpert On d Go

SHAHRULFENDY SUPPLIES & SERV
Perniagaan Berdaftar
No.pendaftaran JM 078****-P

TEL: 017-765 0272

TERPANCAR PUAS HATI dimuka customer setelah melihat permaidani kesayangan BERUBAH WAJAH...!!!!!!!!Done cucian permaidani...
12/11/2016

TERPANCAR PUAS HATI dimuka customer setelah melihat permaidani kesayangan BERUBAH WAJAH...!!!!!!!!

Done cucian permaidani segala parasit berjaya disedut..tq owner..😉

Kepada pengguna permaidani di rumah atau tidak perlu risau tentang masalah kotoran..

kami dari sedia membantu anda..

call/whatsapp

027-7650272
017-7650272
017-7650272

Promosi menarik bulan NOVEMBER menanti anda..


Tahukan anda? Fabrik jenis leather juga boleh dibersihkan dengan teknik pembersihan khusus. Anda perlukan perkhidmatan p...
25/10/2016

Tahukan anda?
Fabrik jenis leather juga boleh dibersihkan dengan teknik pembersihan khusus.
Anda perlukan perkhidmatan pembersihan leather seat?

Pembersihan jenis leather berbeza dgn permbersihan fabrik biasa. Kepakaran kami akan membantu anda.

Team CCExpert sedia menyelesaikan masalah kotoran seat anda, segala jenis leather, fabrik, carpet, sofa dan seangkatannya.

call/whatsapp : 017-7650272
call/whatsapp : 017-7650272
call/whatsapp : 017-7650272

Refresh balik Ilmu tunggangan, boleh memanjangkan jangka hayat kenderaan anda ;)TIPS PENJAGAAN KENDERAANCredit kasih say...
23/10/2016

Refresh balik Ilmu tunggangan, boleh memanjangkan jangka hayat kenderaan anda ;)

TIPS PENJAGAAN KENDERAAN
Credit kasih sayang to:
http://omakkau.xyz/…/cara-penjagaan-kereta-dan-pemanduan-ya…

Semua maklum pemandu kenderaan mahukan perjalanan yang selesa, selamat dan cepat. Namun, kerosakan ketika dalam perjalanan memang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang sempurna dan berkala boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan di jalan raya dan menjadikan perjalanan anda lebih panjang dan budget anda berkurang.Dikongsikan beberapa tip pemanduan yang perlu kita amalkan supaya perjalanan menjadi lebih ceria, selamat dan sempurna.

1. Periksa kenderaan secara berkala bagi memastikan jentera berada dalam keadaan terbaik. Sebaiknya ikutilah jadual penyelenggaraan yang disarankan pengeluar seperti tempoh penukaran minyak enjin, brek, cecair stereng kuasa dan bendalir transmisi automatik. Juga diingatkan supaya memeriksa tahap air radiator setiap masa.

2. Melakukan penalaan (engine tuning) terhadap enjin kereta bagi penggunaan bahan api lebih konsisten.

3. Periksa semua tali sawat (TIMING BELT) sama ada terdapat rekahan dan ganti sekiranya perlu.

4. Periksa tekanan angin tayar termasuk tayar gantian. Tekanan angin tayar yang betul boleh menjimatkan penggunaan bahan api.

5. Sensitif dengan sebarang bau pelik daripada enjin seperti hangit atau petrol.

6. Pastikan kenderaan dihantar ke pusat servis bertauliah supaya sebarang masalah mendatang boleh dirujuk kepada proses penyelenggaraan terdahulu.

7. Pandu menggunakan gear tertinggi apabila melalui lebuh raya kerana paling rendah kedudukan gear bermakna penggunaan bahan api semakin tinggi.

8. Jangan memecut atau memberhentikan kenderaan secara terburu-buru kerana boleh menyebabkan enjin terpaksa menggunakan bahan api lebih banyak.

9. Berkongsi kereta jika perlu untuk lebih jimat dan mengelakkan kesesakan jalanraya.

10. Jangan membuka tingkap terlalu luas ketika memandu dengan kelajuan tinggi kerana akan menyebabkan penggunaan bahan api lebih cepat.

11. Jangan menghidupkan enjin sekiranya berhenti dalam tempoh masa lama.

12. Rancang perjalanan dan elakkan memandu ketika waktu puncak.

23/10/2016

Saksikan kotoran/habuk/hama di kusyen kereta MYVI yang kami sedut habis habisan...

UTAMAKAN Kesihatan dan kebersihan keluarga anda.
BAGAIMANA???

Hubungi kami terus untuk tempahan cucian kerusi kereta anda:
017-7650272
017-7650272

Team Workout  Clean Expert
23/10/2016

Team Workout Clean Expert

Team CCExpert Senai Johor sedia menjalankan tugasan untuk anda.Our Services specialize in:Cleaning Carseat, Carpet, Sofa...
23/10/2016

Team CCExpert Senai Johor sedia menjalankan tugasan untuk anda.

Our Services specialize in:
Cleaning Carseat, Carpet, Sofa and Fabrics
with New Technology and Green Enviromentally Friendly

Free Consultation, Hubungi Team CCExpert Senai Johor:
Sila klik Link dibawah Utk Pertanyaan @ Tempahan Slot
https://www.facebook.com/messages/CCExpertSenaiJohor
✔Whatsapp/SMS 017-7650272

23/10/2016

Team CCExpert Sandakan sedia menjalankan tugasan untuk anda.

Our Services specialize in:
Cleaning Carseat, Carpet, Sofa and Fabrics
with New Technology and Green Enviromentally Friendly

Free Consultation, Hubungi Team CCExpert Senai Johor:
Sila klik Link dibawah Utk Pertanyaan @ Tempahan Slot
https://www.facebook.com/messages/CCExpertSenaiJohor
✔Whatsapp/SMS 017-7650272

Bekerja untuk keperluan masyarakat. Tidak semua manusia mempunyai kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran indi...
23/10/2016

Bekerja untuk keperluan masyarakat. Tidak semua manusia mempunyai kepakaran dalam semua bidang.

Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud
“Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui”.

“TEKNIK TERBAIK MENCUCI KERETA KESAYANGAN”Amaran! : Jika anda tak mampu menghabiskan bacaan artikel ini, Serahkan segala...
23/10/2016

“TEKNIK TERBAIK MENCUCI KERETA KESAYANGAN”

Amaran! : Jika anda tak mampu menghabiskan bacaan artikel ini,
Serahkan segala penyelesaian interior dalaman kenderaan anda kepada Team CCExpert :)

Hubungi Team CCE:
Sila klik Link dibawah Utk Pertanyaan @ Tempahan
https://www.facebook.com/messages/CCExpertSenaiJohor
✔Whatsapp/SMS 017-7650272

Ramai di kalangan pengguna yang agak ‘manja’ apabila saban minggu menghantar kereta ke pusat mencuci kereta semata-mata untuk membuang kotoran pada jentera pengangkutan mereka. Sebenarnya mencuci sendiri kereta mempunyai kelebihan iaitu selain menjimatkan wang ringgit ia juga sebagai satu aktiviti yang riadah yang sihat.

Tetapi kita juga perlu tahu cara-cara yang betul mencuci kereta dan apakah bahan dan alatan yang kita perlu sediakan untuk mendapatkan hasil cucian yang baik. Kereta kita terdiri daripada bahan-bahan yang berbeza seperti besi, plastik, getah dan yang terbanyak adalah cat. Setiap bahagian memerlukan bahan pembersih khas supaya ia dapat dibersihkan secara optimum.

Kesilapan kita menggunakan bahan dan alatan mungkin akan menyebabkan ia rosak atau cucian menjadi tidak sempurna.
Umumnya menjaga kereta terdiri daripada tiga fasa iaitu :

1. MEMBERSIH DAN MEMBUANG KOTORAN (CLEANING)
• Cucian Luar
• Cucian Enjin
• Cucian Dalam
• Cucian Tayar
• Membuang kesan tar

2. MERAWAT (RECOVERING)
• Rawatan cat
• Rawatan cermin dan wiper
• Rawatan rim

3. MENGILAT DAN MANJAAN (SPA)
• Mengilatkan cat
• Mengilatkan cermin
• Mengilatkan papan pemuka dan dalaman
• Mengilatkan bahagian kulit
• Mengilatkan rim dan tayar Bagi kereta baru biasanya kita hanya bertumpu kepada fasa 1 dan 3 manakala bagi kereta lama ia mugkin perlu melalui ketiga-tiga fasa tersebut.

1. MEMBERSIH DAN MEMBUANG KOTORAN (CLEANING)

• Cucian Luar
a. Pancutkan air dahulu daripada hos selama 15 saat bagi mengeluarkan sisa-sisa klorin dan bahan kimia supaya tidak merosakkan cat.
b. Pastikan semua pintu dan cermin ditutup rapat
c. Pancutkan air pada bahagian kereta untuk membuang habuk dan pasir yang melekat pada badan kereta sebelum menggosok kerana pasir dan habuk keras boleh mencalarkan cat jika digosok.
d. Gunakan bahan pencuci k)has untuk kereta dan jangan beli bahan pencuci murahan walaupun ada gambar kereta kerana ia berpotensi untuk merosakkan cat. Bahan pencuci beserta wax (wash and wax) juga boleh digunakan dan ia akan membuatkan cat kereta kelihatan lebih bersinar.
e. Gunakan span bersih dan cuci bermula daripada bahagian bumbung. Saiz span yang lebih besar akan mempercepatkan proses cucian. (jangan gunakan span untuk mencuci cat bagi tujuan lain.
f. Elakkan cuci di tengah panas kerana titisan air akan bertindak sebagai kanta yang boleh memfokus cahaya matahari terhadap cat.
g. Jangan biarkan sabun pada cat sehingga kering kerana bahan kimia pada sabun itu akan menjejaskan cat.
h. Lap menggunakan kain yang bersih tdan tidak berbulu. Kain khas ini ada terdapat dijual di pasaraya dengan harga sekitar RM3.00 hingga RM7.00 sehelai. Pastikan tiada minyak atau pasir pada kain tersebut kerana ia akan merosakkan cat. Jangan gunakan kain pengelap cat kereta itu untuk kegunaan lain.

• Cucian Enjin
a. Enjin merupakan bahagian yang paling sensitif dan pastikan anda mencucinya dengan berhati-hati. Bahagian elektronik seperti pendawaian, ecu, sensor dan sebagainya perlu dipastikan agar tidak dimasuki air. Jangan cuci menggunakan air pada tekanan yang kuat kerana bahagian palam pencucuh yang dimasuki air akan menyebabkan kereta tersenggut-senggut atau mungkin tidak dapat dihidupkan.
b. Bagi menghilangkan minyak atau gris pada enjin, kita boleh menggunakan bahan asas seperti minyak tanah dan sabun pencuci. (satu petua menarik daripada seorang tauke cuci kereta iaitu campuran sabun dan coca-cola pada amaun yang seimbang mampu menghilangkan kotoran degil pada enjin dan mengilatkan enjin.
• Cucian Dalam
a. Cemaran dan kotoran bahagian dalaman biasanya adalah kesan terdiri daripada kotoran tangan, tapak kasut, air dan makanan. Mencuci bahagian dalaman tidak memerlukan air yang banyak. Anda memerlukan sedikit air sabun dan bilas menggunakan air bersih. Makanan yang terbiar tidak dibersihan akan mengundang serangga seperti semut dan lipas (akibat adanya serangga itu, cicak juga mungkin menumpang sama kerana ada sumber makanannya)
b. Jangan menggunakan clorok atau agen peluntur.
c. Tinggalkan seketika dengan pintu terbuka untuk memastikan pengewapan berlaku dengan sempurna.

• Cucian Tayar
a. Tayar merupakan bahagian yang paling terdedah dengan kotoran seperti minyak, tar, habuk, sisa lapik pad brek, lumpur, najis dan sebagainya.
b. Sabun yang digunakan untuk tayar perlu sesuai dengan rim anda. Rim yang bercat pelu menggunakan sabun yang sesuai untuk cat manakala rim kemasan logam boleh menggunakan sabun biasa.
c. Gunakan berus sabut untuk menyental kotoran degil.

• Membuang Kesan Tar
a. Tar merupakan cemaran yang degil kerana sifatnya yang melekat dan berminyak. Bintik-bintik tar paling senang dicuci menggunakan minyak seperti diesel tetapi ia boleh menjejaskan cat. Gunalah bahan ‘tar remover’ dan sapu tanpa tekanan sehingga bersih.

2. MERAWAT (RECOVERING)

• Rawatan Cat (bagi kereta lama)
a. Cat pada kereta biasanya akan mengalami masalah seperti pudar atau tercalar. Cat akan pudar kerana faktor seperti bahan kimia, terdedah kepada embun dan cahaya matahari atau dimakan usia.
b. Cat yang pudar boleh dikembalikan kilatannya dengan melakukan ‘polishing’ dan ‘waxing’. Polishing merupakan proses menggilap kembali permukaan cat yang sudah hilang lapisan ’2K’. Bagi mereka yang tidak profesional biasanya bolehlah membeli polish yang tercatat ‘untuk cat lama’.
c. Kerja polishing akan lebih pantas jika anda menggunakan mesin. Jika tidak ada mesin maka bolehlah lakukan poslihing menggunakan span lembut dengan pergerakan membulat sehingga rata (elakkan daripada menggunakan span basuh pinggan kerana partikelnya agak kasar.
d. Biarkan seketika di bawah teduhan.
e. Proses seterusnya adalah ‘waxing’ iaitu melapis selapisan lilin khas pada permukaan cat supaya kelihatan lebih berkilat di samping melindungi cat asal daripada menjadi pudar. lapisan ini boleh dilakukan dua minggu sekali dan boleh dilapis sehingga dua atau tiga lapisan.
f. Cat yang mengalami calar kecil boleh dirawat dengan menggunakan polish atau polymer sealant

• Rawatan Cermin dan Wiper
a. Cermin kereta yang tidak dijaga akan menjadi kelam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan. Pembersih cermin ada banyak dijual di kedai khusus untuk membuang kotoran dan gris. Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.
b. Cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat.
c. Penggilap cermin (wiper) juga perlu dibersihkan daripada minyak supaya sapuan air lebih rata dan menghasilkan pandangan yang lebih selesa. Cecair pembersih wiper ini juga ada dijual di mana kita hanya perlu melurutkannya cecair tersebut pada bahagian getahnya menggunakan kain bersih sehingga tiada lagi kesan kotoran. Jika anda mendapati kain yang dilurut pada wiper menjadi hitam walaupun sudah banyak kali dibersihkan, ini menunjukkan getah wiper anda sudah perlu ditukar.

• Rawatan Rim
a. Rim yang menggunakan kemasan cat perlu dijaga sama seperti anda menjaga bahagian cat badan kereta anda manakala rim kemasan logam perlu dijaga menggunakan bahan pecuci khas untuk rim. Ini kerana rim kemasan logam mempunyai sifat yang sensitif terhadap bahan kimia seperti asid yang boleh menyebabkannya bertompok dan recakkan yang tidak rata.

3. MENGILAT DAN MANJAAN (SPA)

• Mengilatkan Cat
a. Terdapat beberapa alternatif untuk mengilatkan cat kereta iaitu menggunakan wax, polymer sealant, carnauba (Copernicia prunifera). Walaupun dikatakan bahawa carnauba mampu menghasilkan lebih kilatan namun penggunaan wax lebih sesuai di negara iklim tropika kerana keadaan cuaca yang agak panas.
b. Sapu wax menggunakan span khas secara membulat dan biarkan sehingga wax benar-benar kering di bawah redupan kemudian sapu menggunakan kain lembut yang kering dan bersih.
c. Ulang sapuan kali kedua (kalau tak letih)

• Mengilatkan Cermin
a. Cermin kereta tidak sesuai dikilatkan menggunakan wax atau apa bentuk polish sekalipun. Cermin perlu bebas daripada bahan bahan seperti wax. Gunakan bedak talkum dan gosokkan rata-rata pada cermin hadapan (windshield) menggunakan tisu kertas.

• Mengilatkan Papan Pemuka dan Dalaman.
a. Papan pemuka adalah bahagian utama pada ruang dalaman kereta anda. Ia menjadi tatapan penumpang termasuk anda sendiri. Papan pemuka yang berkilat menjadikan kenderaan anda lebih selesa dinaiki. Kilatkan papan pemuka menggunakan pengilat ‘dashboard’ dan bukannya pengilat tayar. Pastikan bahan pengilat papan pemuka anda mempunyai bau yang menyenangkan atau tidak berbau kerana bauan pengilat yang teruk akan lebih ketara
apabila penyaman udara dipasang.

• Mengilatkan Bahagian Kulit
a. Bahan kulit atau separuh kulit biasanya digunakan untuk kerusi kereta anda. Bahan kulit ini walaupun harganya mahal namun ia perlu dijaga kerana bahan kulit yang tidak dijaga akan hilang lembapan, menjadi kering, keras dan merekah. Ia tidak seperti kerusi kulit di rumah kerana ia terdedah dengan suhu yang panas dan kering.
b. Kilatkan menggunakan pengilat kulit selang dua minggu sekali.

• Mengilatkan Rim dan Tayar
a. Rim kemasan logam yang kusam oleh dikilatkan kembali menggunakan pengilat rim (sport rim conditional). Penggunaan polish atau wax pada rim kemasan logam tidak akan berkesan.
Sumber n Credit to: http://sesaljubayu.blogspot.my/
Pic Credit to: http://honestcardealer.com/

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُSelamat Datang & WelcomeCarseat Clean Expert Senai Johor on D GoOur s...
23/10/2016

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Datang & Welcome
Carseat Clean Expert Senai Johor on D Go

Our services specialize in:
Cleaning Carseat, Carpet, Sofa and Fabrics
with New Technology and Green Enviromentally Friendly

Free Consultation, Hubungi Team CCExpertRegion Melaka Melaka:
Sila klik Link dibawah Utk Pertanyaan @ Tempahan
https://www.facebook.com/messages/CCExpertSenaiJohor
✔Whatsapp/Sms 017-7650272

Address

Senai
81400

Telephone

017-7650272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Carseat Clean Expert Senai Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram