
05/08/2025
π²πΎ Sempena Bulan Kemerdekaan, Merdekakan Diri daripada Pengambilan Gula Berlebihan π²πΎ
Tahukah anda, Malaysia merupakan antara negara dengan pengambilan gula tertinggi di Asia Tenggara? Gula yang berlebihan dalam pemakanan harian boleh membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti:
β Diabetes (kencing manis)
β Penyakit jantung
β Obesiti
β Masalah buah pinggang
β Penuaan kulit pramatang
Tips kurangkan gula dalam pemakanan harian:
β
Pilih air kosong berbanding minuman manis.
β
Kurangkan gula dalam minuman seperti teh dan kopi.
β
Elakkan minuman bergas dan minuman pra-campuran.
β
Hadkan pengambilan kuih-muih, kek, dan makanan bergula.
β
Semak label pemakanan β awasi kandungan βgula tersembunyiβ dalam produk.
β
Gantikan snek manis dengan buah segar.
β
Masak sendiri di rumah untuk kawal kandungan gula.
Kesihatan adalah tanggungjawab bersama. Merdekakan diri daripada tabiat pemakanan yang membahayakan, dan mulakan perubahan kecil demi kesihatan yang lebih baik.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan βΊ
β 06 6011816
β 06 6787801
π011 11471618