Nada Syifa' Royal

Nada Syifa' Royal SINCE 2010 راواتن ڤڠۏباتن دان ڤروباتن اسلام نادا شفأ رويال Bunyi gigi ketika tidur. Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur. Mimpi menakutkan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:

Rawatan Sihir

Rawatan Membuang Saka

Rawatan Ruqyah Santau

Rawatan Masaalah Rumah Tangga

Rawatan Pulih Jodoh

Pagar Rumah,Sekolah dan Premis Perniagaan

Rawatan kanser

Bekam angin

Bekam Sunnah

Rawatan Resdung

Seminar Perubatan Islam untuk Masjid/ Agensi / Ipt / SekolahBerijazah

Kelas Intensif Perawat Berijazah

Rawatan Stroke/Rihul Ah

mar

Rawatan Membuang Susuk

Penerang Dan Pelembut Hati
Rawatan Pulih Kerjaya/Perniagaan




GEJALA-GEJALA ADANYA GANGGUAN JIN:
KETIKA TIDUR


Dihimpit sesuatu ketika tidur. Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll. Mimpi paderi, salib dan gereja. Mimpi tanah perkuburan. Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap. Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi. Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur. Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh. Terasa ada menyentap kaki ketika tidur. Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur. Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau. Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur. KETIKA JAGA

Sakit tulang belakang. Sakit kepala luar biasa. Istihadah. (haid lebih 15 hari)

Terasa ada benda yang mengekori. Takut tidak bersebab. Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan. Sesak nafas waktu maghrib. Ragu-ragu tentang iman. Pengsan dan sawan tanpa sebab. Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab. Sakit tulang empat kerat. Takut menziarahi jenazah. Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki. Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan. Rasa seperti hampir mati. Nampak bayang-bayang melintas. Sukar lelapkan mata. Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas. Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat. Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan. TEKNIK RAWATAN DENGAN AYAT SUCI AL-QURAN

Qiraatul Qur'an bil jahriah
o ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit )

Sama'atul Qur'an
o ( pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)

Al-ghusla bil Qur'an
o ( mandian al-Qur'an )

Al-Syarab bil Qur'an
o ( minuman al-Qur'an )

Al Kitabah bil Quran
o (tulisan al Quran dilarut dan diberi minum)

Al Mashu bil Quran
o (Sapu air atau minyak yang dibaca Al Quran)

At Taataru bil Quran
o (Pakai minyak wangi dibacakan al Quran)

ASSALAMUALAIKUM WBKAlhamdulillah.. Wasyukurillah.. Semoga kita didalam kea'fiatan,kesenangan serta didalam lindungan & p...
20/04/2025

ASSALAMUALAIKUM WBK

Alhamdulillah.. Wasyukurillah.. Semoga kita didalam kea'fiatan,kesenangan serta didalam lindungan & pemeliharaan Allah swt..

Diharap semua pesakit ahli dan pelajar Nada Syifa Royal dalam keadaan sihat sejahtera.

Kami adalah dari kumpulan rawatan kerohanian perubatan islam yang melakukan aktiviti - aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sebagainya.

Berdasarkan situasi yang berlaku di negara kita sekarang ini, saya percaya kita semua dalam keadaan yang sukar samada dari segi fizikal mahupun mental.

Untuk itu saya doakan semua pelajar, ahli dan pesakit2 sentiasa dalam keadaan yang tenang dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi ujianNya.

Begitu juga dengan *NADA SYIFA'ROYAL* sekarang ini yang sedang melalui waktu-waktu sukar bagi mengekalkan keberadaannya. Banyak permasalah yang perlu ditempuhi dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Atas perkara itu saya dengan rendah hati ingin memohon kepada semua pelajar, ahli & pesakit dapat menghulur sedikit sumbangan bagi melunaskan komitmen & fasility Nada Syifa Royal.

Namun begitu, perlu difahami bahawa Nada Syifa Royal beroperasi atas kebergantungan kepada Yuran Pelajar & rawatan.

Jadi, saya dengan ini memohon bagi mana-mana pesakit, pelajar atau ahli atau orang awam yang sudi untuk menginfakkan sedikit sumbangan boleh la di salurkan terus kepada account Tuan Pengasas Sendiri Al Fadhil Ustaz Ameroll Azuan.

Sebarang pertanyaan dan kekeliruan bolehlah terus hubungi saya di talian *011-72409986

Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam memartabatkan perubatan islam & Al Quran. InsyaaAllah.Amiin Ya Rabbil A'lamiin..

PENGURUSAN
NADA SYIFA'
NEGERI SEMBILAN

SUMBANGAN BOLEH LA DISALURKAN TERUS KE NO ACCOUNT TERTERA/QR

NADA ULTIMATE RESOURCES
3440 1056 109

Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:رُبَّ أشعثَ أغبَرَ مدفوعٍ بالأبواب، لو أقسَمَ على الله لَأ...
04/12/2024

Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

رُبَّ أشعثَ أغبَرَ مدفوعٍ بالأبواب، لو أقسَمَ على الله لَأَبَرَّهُ
“Boleh jadi orang yang rambutnya kusut masai, penuh debu, dan sering dihalau di pintu-pintu, sekiranya dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti memakbulkannya." (Riwayat Muslim).

Maksud madfu’ bi al-abwab dalam hadis di atas adalah dia sering dihalau di pintu-pintu kerana tiada kedudukan atau pengaruh di mata manusia.

Hadis ini menggambarkan seseorang yang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya yang tidak terurus dan kedudukannya yang rendah. Namun, di sisi Allah SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketaqwaannya.

Sekiranya dia bersumpah atas nama Allah untuk sesuatu perkara, Allah akan memenuhi sumpahnya. Sekiranya dia berdoa, pasti Allah makbulkan. Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukannya di sisi Allah, dan amalannya yang selari dengan keredaan Allah.

Apa jua kedudukan seseorang samada penjual “es teh” atau jutawan, tiada yang membezakan keduanya kecuali taqwa kepada Allah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..Dukacitanya dimaklumkan sahabat kita,Pak Din telah kembali kerahmatullah lebih kurang j...
30/11/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

Dukacitanya dimaklumkan sahabat kita,Pak Din telah kembali kerahmatullah lebih kurang jam 10.45 mlm tadi.
Jenazah Allahyarham Pak Din akan dibawa ke masjid TTJ pukul 8.30 pagi untuk dimandikn.. Sembahyang jenazah kul 10.00 pagi. Selepas disembahyang trus Di bawa ke tanah perkuburan Senawang berhampiran Econsave...

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin dan mu'min...Amiin Allahumma Amiin

Al Fatihah🤲🤲🤲

13/08/2024
01/08/2024

*KEMBALI KEPADA _PETUNJUK ASAL_ KETIKA FITNAH BERLELUASA*

*TEKS KATA ATHAR SAHABAT*

عنِ ابنِ مسعودٍ أنَّهُ قالَ إنَّكم قد أصبحتمُ اليومَ على الفطرةِ وإنَّكم ستُحدِثونَ ويحدُثُ لَكم فإذا رأيتُم محدَثةً فعليْكم بالْهديِ الأوَّلِ
[ جامع العلوم والحكم لابن رجب الحنبلي (٢/١٣٢) • فتح الباري لابن حجر العسقلاني (١٣/٢٦٧) : الرواية ثابتة]

*TERJEMAHAN*

Daripada Abdullah bin Mas'ud, dia berkata: _"Sesungguhnya kamu pada hari ini berada di atas fitrah, dan sesungguhnya kamu akan menciptakan perkara-perkara baru dan perkara-perkara baru juga akan terjadi kepada kamu. Apabila kamu melihat sesuatu yang baru (dalam agama), maka hendaklah kamu berpegang kepada petunjuk pertama."_
[Jami' al-Ulum wa al-Hikam karangan Ibn Rajab al-Hanbali (2/132); Fath al-Bari karangan Ibn Hajar al-'Asqalani - riwayatnya sabit]

*PERBENDAHARAAN KATA*

الفطرة Fitrah atau keadaan asal yang baik
محدَثةً Perkara yang baru atau bid'ah
الهديِ الأوَّلِ Petunjuk pertama atau asal, iaitu sunnah Rasulullah SAW dan sahabat

*PENJELASAN RINGKAS*

Dalam athar ini, Abdullah bin Mas'ud RA menekankan pentingnya berpegang kepada ajaran asal Islam yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ dan diamalkan oleh para sahabat baginda. Beliau mengingatkan bahawa akan ada banyak perkara baru yang muncul dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran asal. Dalam keadaan ini, beliau menasihatkan supaya kembali kepada petunjuk pertama, iaitu sunnah Rasulullah ﷺ dan ajaran para sahabat.

Hadith ini serupa dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Irbad bin Saariyah RA, di mana Rasulullah ﷺ bersabda:

_*"Aku wasiatkan kamu untuk bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat, walaupun kepada seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku, dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan geraham, dan jauhilah perkara-perkara baru (dalam agama) kerana setiap perkara baru itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu adalah sesat."*_
[Sunan Abu Daud (no. 4607), dan disahihkan oleh al-Albani]

Kedua-dua riwayat ini menekankan pentingnya berpegang kepada sunnah Rasulullah ﷺ dan menjauhi perkara-perkara baru yang tidak mempunyai sandaran dalam syariat Islam. Pesanannya adalah jelas; dalam menghadapi fitnah dan perselisihan antara umat, sunnah Rasulullah ﷺ dan para sahabat menjadi panduan utama yang memastikan kita tetap berada di jalan yang benar.

*PENGAJARAN HADITH*

* *Kesedaran Terhadap Fitrah*: Umat Islam perlu sentiasa sedar akan keadaan asal mereka yang berada di atas fitrah Islam yang murni dan baik.
* *Waspada Terhadap Perkara Baru*: Apabila berhadapan dengan perkara baru yang bukan ajaran asal Islam, adalah penting untuk menilai dan mengesahkannya berdasarkan sunnah dan ajaran sahabat.
* *Kepentingan Petunjuk Asal*: Berpegang kepada sunnah Rasulullah ﷺ dan ajaran para sahabat adalah kunci untuk kekal di jalan yang benar dan menjauhi kesesatan.

CARA UTK BAIK PULIH DIRI SENDIRIJika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan sem...
01/08/2024

CARA UTK BAIK PULIH DIRI SENDIRI

Jika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita.

Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini BAIK PULIH diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.

Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40).

Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.

Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang,

Orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al-Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi

dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu.

Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik,

suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah:

Ya 'Aziz, Ya Jabbar,
Ya Mutakabbir

dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.

Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.

Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku.

Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.

Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh.

Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati.

Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya.

Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari.

InsyaAllah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah. Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

SEMOGA BERMANFAAT

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُ...
08/07/2024

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ.
🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲

03/07/2024

Pengambilan pelajar Pengajian Pengubatan Perubatan Islam Intake baru akan dibuka.

Dukacita atas pemergian Kebawah Kaus YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman (Undang Luak Remb...
15/05/2024

Dukacita atas pemergian Kebawah Kaus YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman (Undang Luak Rembau)

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga atas pemergian ini.

Semoga roh YTM Dato’ Undang mendapat keampunan serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Temujanji Sahaja..Jazakallah..
29/04/2024

Temujanji Sahaja..Jazakallah..

Berkesempatan memberi penghormatan terakhir Kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris MohdMarzukhi (TLDM...
24/04/2024

Berkesempatan memberi penghormatan terakhir Kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris MohdMarzukhi (TLDM) di tanah perkuburan Econsave senawang,Negeri Sembilan.

Negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.

Kami warga Nada Syifa’ Royal merakamkan ucapan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Mangsa Tragedi Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia yang terbabit dalam nahas ketika melakukan latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 23 April 2024 bersamaan 14 Syawal 1445 di Pangkalan TLDM Lumut.

Semoga ahli keluarga tabah menghadapi ujian yang besar ini dan marilah sama-sama kita mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa
mereka serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah (dibaca)

Address

Senawang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60173733512

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nada Syifa' Royal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nada Syifa' Royal:

Share