Watie Mak Bidan HQ

Watie Mak Bidan HQ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Watie Mak Bidan HQ, Health & Wellness Website, TAMAN BANDAR SENAWANG, Senawang.

ATIEKA PRIMA ENTERPRISE
NO SSM : NS0056846-X
SKM : MP-082-3:2011-082023 (URUT TERAPI)
DKM : MP-082-4:2012-062024 ( URUT TERAPEUTIK & PENJAGAAN)


PAKAR URUT SARAF TRADISIONAL WANITA&HOMEMADE JAMU MAAJUN

17/04/2026

if

06/02/2026

❤️🌿

11/01/2026

04/01/2026

❤️

01/01/2026

Kami berikan yg TERBAIK

01/01/2026

Masih lagi yg s**a cara lama..Menggunakan tangan utk lifting muka...

Kadang mak bidan tengok… ramai wanita bila nak ikhtiar hamil je baru datang urut.Sedangkan rawatan yang berterusan lagi ...
21/11/2025

Kadang mak bidan tengok… ramai wanita bila nak ikhtiar hamil je baru datang urut.

Sedangkan rawatan yang berterusan lagi perlu sebenarnya selepas bersalin.
Masa tu rahim masih basah, saraf penat, urat pun banyak yang longgar.
Luaran nampak okay… tapi dalaman sebenarnya masih tengah struggle nak kuat balik.

Lepas pantang ramai rasa dah pulih.
Padahal dalam badan masih banyak benda “kena adjust”.
Sebab tu ada yang cepat penat, sakit belakang, angin penuh badan, emosi pun turun naik.
Bila baby makin membesar, tenaga pun makin banyak diperlukan… emosi pun kena kuat, tambah p**a bila rutin kerja dah mula semula.

Ikhtiar hamil tak salah, bagus sangat.
Cuma jangan lupa… badan sendiri kena pulih dulu.
Rahim tu tunjang untuk badan yang sihat.

Mak bidan kongsi benda ni sebab ramai tak sedar proses pemulihan lepas bersalin memang panjang.
Jangan tunggu sakit baru nak jaga.





20/11/2025

Sebenarnya, tiada masalah pun kalau pelanggan nak request:
“Mak bidan, saya nak suasana lebih gelap sikit ya,”
atau
“Saya nak sesi yang tenang, tak nak banyak berbual.”

Itu hak pelanggan — dan saya hormati.
Rawatan pun jadi lebih selesa bila kita tahu apa yang mereka perlukan.

Yang tak kena bila nada tu buat seolah-olah mak bidan ni pembantu rumah:
“Urut, diam, bayar, balik.”

Rawatan tradisional tidak semudah itu.
Ilmu mak bidan merangkumi saraf, angin, peranakan, emosi & pemulihan wanita.
Bukan sekadar gosok badan.

Request boleh,
tapi hormatilah peranan kami.

Kalau anggap terapis atau mak bidan ni cuma “tukang urut”,
memang nampak murah lah kerja kami di mata orang.

Padahal apa yang kami buat setiap sesi ialah:
✔ betulkan saraf
✔ buka simpul urat
✔ keluarkan angin
✔ stabilkan peranakan
✔ bantu pemulihan selepas bersalin

Itu bukan kerja tukang urut biasa.
Dan bukan juga kerja “bibik” seperti yang anda fikirkan.

Ini profesion menjaga tubuh wanita..Bayangkan orang macam kami diperlekehkan adakah generasi akan datang memandang bidang urutan ni sebagai bidang dan kerjaya yg penting utk wanita?

MEMO:BOLEH TAG SAKINAH TAK???PLIZZZ..

18/11/2025

Boleh check symtom yg ibu2 rasa.Jgn tggu lama..Rahim senget mmg sakit 1 badan..

Address

TAMAN BANDAR SENAWANG
Senawang
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Watie Mak Bidan HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share