Unit Promosi Kesihatan Daerah Sepang

Unit Promosi Kesihatan Daerah Sepang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Promosi Kesihatan Daerah Sepang, Hospital, Sepang.
(1)

Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat bagi meningkatkan tahap kesihatan meraka & memberi penerangan dan mengedarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Notis pemakluman pembukaan semula operasi KK Dengkil & Klinik Komuniti Putra Perdana
06/11/2024

Notis pemakluman pembukaan semula operasi KK Dengkil & Klinik Komuniti Putra Perdana

Assalamualaikum & salam sejahtera*KARNIVAL PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DAERAH SEPANG & HARI PELADANG PPK DENGKIL*๐ŸŽ‰A...
16/10/2024

Assalamualaikum & salam sejahtera

*KARNIVAL PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DAERAH SEPANG & HARI PELADANG PPK DENGKIL*๐ŸŽ‰

Anda sekeluarga dijemput untuk bersama-sama kami buat julung kalinya ke *Karnival Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Sepang & Hari Peladang Dengkil* anjuran bersama PPKK Salak, PPKK Dengkil, PPPK Sg Pelek, PPKK Sepang & pelbagai agensi utama di daerah Sepang!

๐Ÿ“… Tarikh : 26 Oktober 2024 (Sabtu)
๐Ÿ•– Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi : Dewan Komuniti, Kg. Dato' Ahmad Razali, Dengkil https://waze.com/ul/hw2823s1vh

*Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk anda!* ๐ŸŒŸ
- Green Fun Run 2024 - 3km
- Zumba
- Persembahan Lompat Tali
- Jualan Agro Madani & Produk Usahawan Peladang
- Saringan Kesihatan PEKA B40 / Saringan NHSI
- Saringan Kanser Servik/HPV
- Pemeriksaan Kanser Payudara
- Pemeriksaan Gigi
- Pameran Kesihatan & Gigi
- Demonstrasi CPR
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (KEMAS)
- Bengkel Menu Sihat (Pusat Wanita Berdaya - PWB) bersama Pegawai Sains Pemakanan
- Keretapi Mini & Mini Petting Zoo Arnab
- Kaunter Khidmat Pelanggan Pejabat Penyelaras DUN Dengkil
- Kaunter Khidmat Pelanggan YAWAS
- Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor
- Kaunter Khidmat Pelanggan Iltizam Sihat Selangor
- Kaunter Khidmat Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Kaunter Khidmat Pelanggan KWSP

Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Zuraihan Binti Dahari 017-5050425/ Hj Azhar Bin Muhamad 013-3039464/ Dr Mohd Akil Bin Khailani 016-4220084

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ˜Š

___________________________________________________________
Jawatankuasa Induk Karnival Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah Sepang & Hari Peladang Dengkil

16/10/2024

Jom sertai Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 26 & 27 Oktober 2024. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.

16/10/2024

Jom sertai Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 26 & 27 Oktober 2024.

Antara artis yang akan memeriahkan Jelajah kali ini Bell, Achey dan Mek Yun.

Jumpa anda disana!!!

16/10/2024

Jantung๐Ÿซ€berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita. Jika berlaku sebarang kerosakan pada jantung, banyak bahagian dalam tubuh badan kita akan turut terjejas. Inilah sebabnya kita perlu jaga serta pelihara kesihatan jantung dan kardiovaskular.

Penyakit jantung yang berlainan akan memberikan gejala yang berlainan.

Terdapat perbezaan antara keadaan jantung terhenti dan serangan jantungโ€ผ๏ธ

โš ๏ธ Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, tindakan pantas perlu diambil bagi menyelamatkan nyawa.



16/10/2024

Rawatan berhenti merokok kini dipermudah dengan teknologi terkini.

Berinteraksilah bersama Cik Era di laman sesawang jomquit.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat dan kaedah rawatan berhenti merokok dan v**e berstruktur yang ditawarkan oleh KKM di fasiliti awam dan swasta di seluruh negara.

Pilih untuk sihat, berhentilah merokok dan v**e sekarang ๐Ÿšญ



16/10/2024

โ€œBimbang anak anda mengambil makanan tidak berkhasiat di sekolah??โ€
โ€œAnda tidak cukup masa menyediakan bekal makanan sihat untuk dibawa ke sekolah??โ€

Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) merupakan program yang menyediakan hidangan berkhasiat dan seimbang daripada sumber karbohidrat, protein, sayur dan buah di sekolah. Anak anda akan disediakan satu menu berkhasiat setiap hari dengan kitaran menu antara 4 minggu. Menu-menu ini dirancang oleh ahli pemakanan/nutritionist berdaftar dengan mengambil kira keperluan tenaga dan nutrien kanak-kanak.

"Apa kebaikan HiTS kepada anak saya?"

1) Hidangan HiTS telah siap terhidang dalam bekas tertutup di atas meja. Jadi anak anda tidak perlu lagi membazir masa beratur untuk membeli makanan.

2) Program HiTS dilaksanakan dalam bentuk prabayar. Jadi anda tidak perlu lagi memberikan wang saku kepada anak anda.

3) Menu HiTS merupakan menu yg berkhasiat dan seimbang. Ini dapat membantu anak anda untuk lebih fokus dalam kelas dan meningkatkan prestasi akademik.

Jadi tunggu apa lagi? Jom sertai HiTS. Hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut!

Klik link ini untuk senarai alamat dan nombor telefon Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah: https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/5




02/10/2024
29/09/2024

UBAT JANTUNG ๐Ÿ’Š

Saban hari, kita sering dikejutkan dengan berita tentang bahaya penyakit jantung sehingga meragut nyawa, yang mana serangan boleh berlaku secara tiba-tiba walaupun ketika seseorang itu sedang berehat.

Oleh kerana itu, ianya digelar sebagai โ€˜silent killer diseaseโ€™. Penyakit jantung boleh berlaku apabila otot jantung kurang berfungsi disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

Ini adalah kerana saluran darah menjadi sempit berikutan pengumpulan plak kolestrol/ kerosakan pada dinding salur darah.

Apakah bentuk dan jenis rawatan yang ada dan kebiasaannya diberikan?

๐ˆ๐ค๐ฎ๐ญ๐ข ๐ค๐ฎ๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐Ÿ๐š๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐š๐ง๐๐š ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐š๐ง ๐ญ๐จ๐ฉ๐ข๐ค ๐ข๐ง๐ข ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฌ๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ซ๐š๐๐ข๐จ NASIONALfm - Sentiasa di hati

๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง)
๐Ÿ๐ŸŽ.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“ป๐Ÿ–๐Ÿ–.๐Ÿ“ ๐…๐Œ
๐Ÿ“ฑ๐ซ๐ญ๐ฆ๐ค๐ฅ๐ข๐ค.๐ซ๐ญ๐ฆ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
๐Ÿ’ป๐…๐ ๐‹๐ข๐ฏ๐ž ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐…๐Œ
๐Ÿ“บ ๐€๐ฌ๐ญ๐ซ๐จ ๐Ÿ–๐Ÿ”๐Ÿ— | ๐Œ๐ฒ๐“๐• ๐Ÿ•๐ŸŽ๐Ÿ

๐’๐ž๐ฆ๐จ๐ ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š.๐Ÿ˜„

29/09/2024

Sayangi Jantung- Apakah Ubat, Bagaimana Merawat?

Saban hari, kita sering dikejutkan dengan berita tentang bahaya penyakit jantung sehingga meragut nyawa, yang mana serangan boleh berlaku secara tiba-tiba walaupun ketika seseorang itu sedang berehat.

Oleh kerana itu, ianya digelar sebagai โ€˜silent killer diseaseโ€™. Penyakit jantung boleh berlaku apabila otot jantung kurang berfungsi disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Ini adalah kerana saluran darah menjadi sempit berikutan pengumpulan plak kolestrol/ kerosakan pada dinding salur darah.

Apakah bentuk dan jenis rawatan yang ada dan kebiasaannya diberikan?

๐๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ค๐ฎ๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐Ÿ๐š๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐š๐ง๐๐š ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐š๐ง ๐ญ๐จ๐ฉ๐ข๐ค ๐ข๐ง๐ข ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฌ๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ซ๐š๐๐ข๐จ ASYIKfm !

๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง)
๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“ป ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ.๐Ÿ“ ๐…๐Œ
๐Ÿ“ฑ ๐ซ๐ญ๐ฆ๐ค๐ฅ๐ข๐ค.๐ซ๐ญ๐ฆ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ

Follow Kenali Ubat Anda untuk lebih banyak informasi!

29/09/2024

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menetapkan 29 September setiap tahun sebagai Sambutan Hari Jantung Sedunia.

Sambutan Hari Jantung dilaksanakan bagi meningkatkan advokasi mensasarkan semua lapisan masyarakat agar lebih cakna memastikan jantung yang sihat tanpa sebarang komplikasi.

Semua lapisan masyarakat disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi memastikan kesejahteraan dan kesihatan tubuh yang sihat.

Kesihatan kita, milik kita, tanggungjawab kita demi generasi akan datang.



29/09/2024

Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2024 akan berlangsung seperti ketetapan berikut! โœจ

๐Ÿ•˜ 9:00 Pagi - 3:00 Petang
๐Ÿ—“๏ธ 3 Oktober 2024
๐Ÿ“Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7 KKM

Jom sertai kami! Pelbagai aktiviti menarik, pameran serta perkhidmatan kesihatan percuma disediakan kepada orang ramai seperti:

โ€ข Kenali Ubat Anda
โ€ข Pameran Kesedaran Peranti Perubatan
โ€ข Sesi Libat Urus ProtectHealth
โ€ข Pameran Kenali Thalassaemia
โ€ข Peluang Latihan Di ILKKM
โ€ข Kemudahan Cuti Belajar & Program Penajaan KKM
โ€ข Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS)
โ€ข Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) yang Selamat

Jumpa anda di sanaโ€ผ๏ธ



29/09/2024

Ingat adik-adik, sebelum makan sesuatu makanan, Lihat, Hidup dan Rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan keracunan makanan.


29/09/2024

Kawan-kawan,
Jangan lupa bawa bekal air kosong ke sekolah dan ke mana sahaja. Pastikan minum air kosong secukupnya tau.


29/09/2024

Tahukah anda nyamuk aedes boleh dihapuskan?
Hanya 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah untuk memastikan nyamuk tidak membiak. Anda boleh!


29/09/2024

Address

Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan Daerah Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category