25/02/2026
⚠️ BULAN PUASA & RISIKO HIPOGLISEMIA 🩸
Pernah dengar apa itu Hipoglisemia?
Hipoglisemia berlaku apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu rendah dan ia boleh berlaku ketika berpuasa, terutamanya bagi pesakit diabetes.
❗ Tanda-tanda yang perlu anda perhatikan ialah:
• Pening
• Menggigil
• Jantung berdebar
• Berpeluh sejuk
• Keliru / Susah fokus
• Penglihatan kabur
• Sukar bertutur
Jika anda mengalami tanda-tanda ini, jangan abaikan.
👉 Segera periksa paras gula jika ada glucometer.
👉 Jika bacaan terlalu rendah, berbuka puasa segera dan teruskan dengan mengambil minuman manis atau gula-gula.
💬 Jangan ambil ringan. Kesihatan perlu diutamakan.
Kongsikan video ini kepada orang yang anda sayang supaya lebih ramai faham mengenai risiko hipoglisemia semasa berpuasa. ❤️