27/03/2026
๐ "Sakit Otot Je Ni..." โ Eh, Yakin Ke Bukan GOUT?
:
Pernah tak korang bangun pagi tiba-tiba kaki rasa macam kena tikam dengan jarum? Nak pijak lantai pun fikir dua tiga kali. Lepas tu mula la cari minyak urut, panggil tukang urut sebab ingat "sakit urat" biasa.
:
Tapi actually, ramai yang misdiagnosed diri sendiri. Kadang-kadang kita ingat Muscle Pain (Myalgia), tapi sebenarnya itu adalah Gout Attack.
:
Jom kita breakdown apa beza dua benda ni supaya korang tak salah rawat:
:
1. Punca (The Root Cause)
Sakit Otot: Biasanya sebab overuse, injury, atau tension lepas korang workout atau angkat barang berat. Kita panggil ni delayed onset muscle soreness (DOMS).
:
Gout: Ini masalah metabolic. Ada excessive uric acid dalam darah yang membentuk crystals tajam kat sendi. Ia adalah sejenis inflammatory arthritis.
:
2. Lokasi Sakit
Sakit Otot: Rasa dekat "isi" atau muscle belly. Contohnya kat betis, bahu, atau peha.
:
Gout: Dia "s**a" kacau joints (sendi). Paling favourite dekat pangkal ibu jari kaki (Big Toe), buku lali, atau lutut.
:
3. Rupa Paras (Appearance)
Sakit Otot: Luaran nampak biasa je, cuma bila tekan rasa sakit (tenderness). Takde la bengkak merah macam kena sengat tebuan.
:
Gout: Classic signs of inflammation. Sendi jadi merah, panas, bengkak, dan tersangat sensitif. Kain selimut terkena ibu jari pun boleh menjerit!
:
4. Timing
Sakit Otot: Sakit datang gradually lepas aktiviti fizikal.
:
Gout: Datang macam pencuriโtengah malam atau awal pagi tiba-tiba flare-up tanpa amaran.
:
"Habis tu Doc, kalau saya kena Gout nak kena buat apa?"
:
Jangan sesekali pergi urut tempat yang tengah acute inflammation tu! Nanti makin melarat.
:
Step paling bijak:
Rest & Elevate bahagian yang sakit.
Hydrateโminum air banyak untuk bantu flush asid urik.
Consult PhysicianโKita perlukan proper assessment (mungkin kena buat blood test untuk tengok uric acid level) dan ubat anti-inflammatory yang betul.
:
Jangan main agak-agak, nanti sendi yang rosak. Share post ni kat group famili, manalah tahu ada pakcik atau abang kita yang tengah "berperang" dengan sakit kaki sekarang! ๐