Klinik Kesihatan Sikamat

Klinik Kesihatan Sikamat A primary care clinic providing curative and preventive health services as well as health education
(2)

01/07/2023

Imunisasi pneumokokal untuk kanak-kanak yang dilahirkan antara tahun 2018 & 2019.
Tanyalah jururawat atau doktor anda tentang imunisasi pneumokokal catch-up tersebut.

Imunisasi pneumokokal catch-upSekiranya anak anda dilahirkan antara tahun 2018 dan 2019 dan didaftarkan di bawah kawasan...
30/06/2023

Imunisasi pneumokokal catch-up

Sekiranya anak anda dilahirkan antara tahun 2018 dan 2019 dan didaftarkan di bawah kawasan liputan Klinik Kesihatan Sikamat, sila tanya jururawat atau doktor anda tentang imunisasi pneumokokal catch-up tersebut.

DEMO MASAKANSatu demo Masakan Pelengkap Kanak-Kanak telah dianjurkan oleh Unit Kesihatan Ibu & Anak pada Jumaat, 22/6/ 2...
30/06/2023

DEMO MASAKAN

Satu demo Masakan Pelengkap Kanak-Kanak telah dianjurkan oleh Unit Kesihatan Ibu & Anak pada Jumaat, 22/6/ 2023.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan terperinci makanan-makanan yang sesuai untuk anak anda, tanyalah jururawat klinik kami.

KERJA-KERJA MENAIKTARAF KLINIKTempat parkir di sebelah CAC akan ditutup kepada orang awam untuk kerja-kerja menaiktaraf ...
26/06/2023

KERJA-KERJA MENAIKTARAF KLINIK

Tempat parkir di sebelah CAC akan ditutup kepada orang awam untuk kerja-kerja menaiktaraf "Fever Clinic" dan CAC.

Orang awam/ pesakit dinasihatkan untuk meletak kereta di tempat letak kereta yang bertanda, di padang (belakang bangunan klinik) ataupun di hadapan kuarters JKR lama.

Klinik Mesra RemajaPada Selasa 20 Jun 2023, satu lawatan kerja oleh pasukan dari Klinik Kesihatan Sikamat ke Klinik Kesi...
24/06/2023

Klinik Mesra Remaja

Pada Selasa 20 Jun 2023, satu lawatan kerja oleh pasukan dari Klinik Kesihatan Sikamat ke Klinik Kesihatan Senawang telah berlangsung sebagai persediaan untuk membangunkan perkhidmatan kesihatan mesra remaja di klinik ini.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023 kepada 'misi-misi' Klinik Kesihatan Sikamat.
22/06/2023

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2023 kepada 'misi-misi' Klinik Kesihatan Sikamat.

KLINIK RAKAN BAYI (KRB)Sebagai persediaan untuk pengkiktirafan Klinik Kesihatan Sikamat sebagai Klinik Rakan Bayi, beber...
19/06/2023

KLINIK RAKAN BAYI (KRB)

Sebagai persediaan untuk pengkiktirafan Klinik Kesihatan Sikamat sebagai Klinik Rakan Bayi, beberapa staff klinik kami telah menjalani latihan pengurusan laktasi 20 jam.

Pelaksanaan Klinik Rakan Bayi (KRB) adalah salah satu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempromosi, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu di kemudahan kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada ibu dan anak di seluruh Negara. Ia juga merupakan kesinambungan daripada Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di hospital.

Klinik Rakan Bayi bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan dan persekitaran yang mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu. Penubuhan ini merupakan salah satu strategi KKM untuk menggalakkan ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sejak lahir sehingga 6 bulan pertama dan meneruskannya sehingga bayi berumur 2 tahun.

Sesebuah Klinik Rakan Bayi perlu melaksanakan Sembilan Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya Di Peringkat Klinik yang telah diubah suai daripada The Seven Point Plan for Sustaining Breastfeeding in Community, UNICEF UK Baby Friendly Initiative (Revised, September 2008).

Sembilan Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya Di Peringkat Klinik adalah seperti berikut :

LANGKAH 1 : Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang menerangkan dengan jelas mengenai galakan, sokongan dan perlindungan kepada penyusuan susu ibu.
LANGKAH 2 : Melatih semua anggota kesihatan yang terlibat dalam perkhidmatan kesihatan ibu dan anak dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
LANGKAH 3 : Memberitahu semua ibu hamil mengenai kebaikan penyusuan susu ibu dan cara pengurusannya.
LANGKAH 4 :Memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara menyusu dan mengekalkan penyusuan walaupun mereka terpisah dengan bayi.
LANGKAH 5 : Menggalakkan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dan penyusuan mengikut kehendak bayi (on demand), dorongan bayi (baby-led feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues).
LANGKAH 6 : Menyediakan ruang dan kemudahan yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu.
LANGKAH 7 : Membuat lawatan ke rumah untuk memberikan bantuan berkaitan penyusuan susu ibu selepas kelahiran dilaporkan di klinik kesihatan.
LANGKAH 8 : Menubuh atau mengukuhkan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dan merujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini untuk membantu mereka dalam penyusuan susu ibu.
LANGKAH 9 : Semua anggota kesihatan perlu mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.

Semua kemudahan kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada ibu dan anak di seluruh Negara adalah disasarkan untuk diiktiraf sebagai Klinik Rakan Bayi.

Lawatan kerja Dato' Dr. Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri ke Klinik Kesihatan Sikamat pada Isnin, 12...
15/06/2023

Lawatan kerja Dato' Dr. Harlina Binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri ke Klinik Kesihatan Sikamat pada Isnin, 12 Jun 2023.

Anda diingati untuk memakai pelitup muka apabila datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sikamat.
28/03/2023

Anda diingati untuk memakai pelitup muka apabila datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sikamat.

Kem Diabetes dan Saringan Mata telah berlangsung pada 11 Mac 2023 dengan kerjasama Klinik Oftalmologi HTJ dan Panel Pena...
26/03/2023

Kem Diabetes dan Saringan Mata telah berlangsung pada 11 Mac 2023 dengan kerjasama Klinik Oftalmologi HTJ dan Panel Penasihat KK Sikamat.

Lebih daripada 120 pesakit berjaya disaring pada pagi itu.

Pesakit-pesakit diabetes perlu menjalani pemeriksaan mata berkala untuk mengesan diabetik retinopati yang boleh menyebabkan kebutaan sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal.

Program Kesihatan Remaja bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sikamat kepada pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah...
15/02/2023

Program Kesihatan Remaja bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sikamat kepada pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said pada Isnin, 13 Feb 2023.

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dari Klinik Kesihatan Sikamat.
16/09/2022

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dari Klinik Kesihatan Sikamat.

Minggu Keselamatan Pengubatan 2022Minggu Keselamatan Pengubatan  telah diadakan dari 22-26 Ogos 2022 di Klinik Kesihatan...
04/09/2022

Minggu Keselamatan Pengubatan 2022

Minggu Keselamatan Pengubatan telah diadakan dari 22-26 Ogos 2022 di Klinik Kesihatan Sikamat. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh Unit Farmasi termasuk:
1. Pameran
2. Ceramah Kesedaran
3. Pertandingan Cari Kata Tersembunyi
4. Doorgift kepada pengunjung pameran

Tahniah diucapkan kepada unit farmasi KK Sikamat yang telah memenangi tempat pertama pertandingan Sudut Medication Safet...
07/08/2022

Tahniah diucapkan kepada unit farmasi KK Sikamat yang telah memenangi tempat pertama pertandingan Sudut Medication Safety peringkat PKD Seremban 🤗

HARI HEPATITIS SEDUNIA 2022Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai setiap tahun. Tema tahun ini adalah “Hepatitis ...
01/08/2022

HARI HEPATITIS SEDUNIA 2022

Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai setiap tahun. Tema tahun ini adalah “Hepatitis Can’t Wait” atau “Hepatitis, Tidak Boleh Tunggu”.

Selari dengan tema ini, KKM akan terus komited untuk memantapkan dan memperkukuhkan aktiviti pencegahan, kawalan, diagnosis, rawatan dan penjagaan pesakit hepatitis.
Bagi mencapai matlamat ini, mereka yang menghidap hepatitis TIDAK BOLEH TUNGGU untuk menjalankan saringan dan pengesanan awal, seterusnya diberikan
rawatan dan penjagaan yang sewajarnya.

Sumber: Kenyataan Media YBMK - Hari Hepatitis 2022

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL)Latihan pengungsian bangunan (Fire Drill) telah diadakan dengan jayanya pada 29...
31/07/2022

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL)

Latihan pengungsian bangunan (Fire Drill) telah diadakan dengan jayanya pada 29 Julai 2022 di Klinik Kesihatan Sikamat dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban.

Terima kasih kepada anggota kerja Klinik Kesihatan Sikamat, Klinik Pergigian Sikamat dan pesakit-pesakit yang terlibat kerana bertindak dengan cepat dan teratur semasa evakuasi bangunan ke tempat berkumpul.

Pusat Penilaian Covid-19 atau lebih dikenali sebagai Covid-19 Assessment Center (CAC) telah mula beroperasi di Klinik Ke...
04/07/2022

Pusat Penilaian Covid-19 atau lebih dikenali sebagai Covid-19 Assessment Center (CAC) telah mula beroperasi di Klinik Kesihatan Sikamat pada Isnin, 20 Jun 2022.

Sekiranya anda Covid-19 positif dan memerlukan rawatan, masa pemeriksaan di CAC kami adalah dari 9am sehingga 12pm Isnin sehingga Jumaat.

Harap maklum.

Kebelakangan ini, kes-kes Hand, Foot, Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut sedang meningkat di kalangan ka...
24/05/2022

Kebelakangan ini, kes-kes Hand, Foot, Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut sedang meningkat di kalangan kanak-kanak dan dewasa.
Ketahui apa yang menyebabkannya serta tanda-tanda dan komplikasi HFMD.

Sumber infografik: https://www.infosihat.gov.my/hfmd.html

Lawatan kerja YBhg. Dato' Dr Mohamed Sapian Bin Mohamed, Pengarah BPKK ke Klinik Kesihatan Sikamat untuk melihat pelaksa...
24/05/2022

Lawatan kerja YBhg. Dato' Dr Mohamed Sapian Bin Mohamed, Pengarah BPKK ke Klinik Kesihatan Sikamat untuk melihat pelaksanaan Sistem TPC-OHCIS dan inisiatif Enhanced Primary Health Care (EnPHC) pada 12 April 2022.

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & Batin daripada kami, wargakerja Klinik Kesihatan Sikamat
02/05/2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin daripada kami, wargakerja Klinik Kesihatan Sikamat

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!Utamakan planet kita kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kita.
07/04/2022

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!

Utamakan planet kita kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kita.

Setiap 24 Mac disambut sebagai Hari TB Sedunia.Ketahui apa itu penyakit tuberkulosis atau singkatannya, TB dan sila dapa...
22/03/2022

Setiap 24 Mac disambut sebagai Hari TB Sedunia.

Ketahui apa itu penyakit tuberkulosis atau singkatannya, TB dan sila dapatkan saringan di Klinik Kesihatan berdekatan anda sekiranya anda mempunyai apa-apa simptom TB.

Jom dengar!Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia, FMS Klinik Kesihatan Sikamat akan berbicara tentang inklusiviti ...
21/03/2022

Jom dengar!
Bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia, FMS Klinik Kesihatan Sikamat akan berbicara tentang inklusiviti dan advokasi untuk mereka dengan Sindrom Down.

Tempoh Isolasi Bagi Kes COVID-19 Dan Tempoh Kuarantin Bagi Kontak Rapat Mengikut Status Vaksinasi COVID-19, berkuat kuas...
10/02/2022

Tempoh Isolasi Bagi Kes COVID-19 Dan Tempoh Kuarantin Bagi Kontak Rapat Mengikut Status Vaksinasi COVID-19, berkuat kuasa 8 Februari 2022.

Isolation Period for COVID-19 Cases and Quarantine Period for Close Contacts According To COVID-19 Vaccination Status, effective 8 February 2022.

Source: FB KKM

Dapatkan suntikan booster COVID-19 untuk perlindungan tambahan sekiranya layak!Tanyalah staf di Klinik Kesihatan Sikamat...
27/12/2021

Dapatkan suntikan booster COVID-19 untuk perlindungan tambahan sekiranya layak!

Tanyalah staf di Klinik Kesihatan Sikamat mengenainya.

Bercadang untuk bercuti atau kunjung-mengunjung bagi menyambut Hari Krismas?Lakukanlah ujian saringan kendiri dan amalka...
24/12/2021

Bercadang untuk bercuti atau kunjung-mengunjung bagi menyambut Hari Krismas?

Lakukanlah ujian saringan kendiri dan amalkan langkah-langkah dibawah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Selamat Hari Krismas & Tahun Baru dari kami di Klinik Kesihatan Sikamat!
24/12/2021

Selamat Hari Krismas & Tahun Baru dari kami di Klinik Kesihatan Sikamat!

Kini dos penggalak AZ terdapat di Klinik Kesihatan Sikamat sehingga akhir bulan Disember.Sekiranya anda memenuhi syarat-...
06/12/2021

Kini dos penggalak AZ terdapat di Klinik Kesihatan Sikamat sehingga akhir bulan Disember.

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di bawah, sila hubungi kami untuk mendapatkan temujanji anda.

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dari Klinik Kesihatan Sikamat.
26/10/2021

Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 dari Klinik Kesihatan Sikamat.

Pembukaan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC - COVID-19 Assessment Centre) SikamatOperasi CAC Taman Tasik Jaya akan dipindahk...
15/10/2021

Pembukaan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC - COVID-19 Assessment Centre) Sikamat

Operasi CAC Taman Tasik Jaya akan dipindahkan ke CAC Sikamat bermula dari 18 OKTOBER 2021 di Dewan Orang Ramai Sikamat.

• CAC bertujuan mengenal pasti pesakit COVID-19 (COVID +ve) yang memerlukan rujukan ke hospital atau ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), termasuk pesakit Kategori 1 & 2 yang tidak sesuai untuk ditempatkan dan dipantau dari rumah.
• Pasukan CAC juga akan mengenal pasti dan menilai pesakit yang berisiko menjadi lebih teruk supaya pemantaupan yang lebih rapi dapat diberikan.

Penutupan PPV Dewan Orang Ramai Sikamat (PPV)PPV DORS telah beroperasi dari 3 Mei sehingga 30 September 2021.Sebanyak 63...
12/10/2021

Penutupan PPV Dewan Orang Ramai Sikamat (PPV)

PPV DORS telah beroperasi dari 3 Mei sehingga 30 September 2021.
Sebanyak 63,101 dos vaksin COVID-19 berjaya diberikan kepada komuniti sepanjang operasi kami.
Kami amat menghargai segala usaha, pertolongan dan sumbangan daripada semua pihak yang mambantu menjayakan PPV DORS.

Terima Kasih sukarelawan-sukarelawan PPV Dewan Orang Ramai Sikamat (DORS)Sejak pembukaan PPV DORS, kami telah mendapat b...
12/10/2021

Terima Kasih sukarelawan-sukarelawan PPV Dewan Orang Ramai Sikamat (DORS)

Sejak pembukaan PPV DORS, kami telah mendapat bantuan daripada sukarelawan agensi-agensi serta sukarelawan MyVac.

Ikutilah video di bawah untuk melihat antara tugas-tugas seorang sukarelawan sewaktu PPV DORS berfungsi.
https://youtube.com/watch?v=w_cCYQttFxI&feature=share

Tidak ketinggalan adalah bantuan sukarelawan untuk penutupan serta serah balik dewan awal bulan Oktober.

Pengorbanan anda amat dihargai.

Senarai kit ujian kendiri COVID-19 telah dikemaskinikan. Sebanyak 28 jenama di pasaran telah diberi kelulusan besyarat o...
09/10/2021

Senarai kit ujian kendiri COVID-19 telah dikemaskinikan. Sebanyak 28 jenama di pasaran telah diberi kelulusan besyarat oleh MDA.
Pastikan kit yang dibeli tersenarai di bawah.

Kit Ujian Kendiri COVID-19Tahukah anda sebanyak 21 Kit Ujian Kendiri COVID-19 telah diluluskan oleh pihak Medical Device...
01/10/2021

Kit Ujian Kendiri COVID-19

Tahukah anda sebanyak 21 Kit Ujian Kendiri COVID-19 telah diluluskan oleh pihak Medical Device Authority (MDA).
Untuk memastikan ketepatan dan kesahihan ujian kendiri anda, hanya beli dan gunakan salah satu daripada kit yang tersenarai di bawah.
Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh dibeli dari klinik dan farmasi yang berdaftar dan berlesen.

Sila semak pautan berikut untuk keterangan lanjut.
https://portal.mda.gov.my/.../631-self-test-covid-19-test...

Selamat Hari Malaysia 2021!
15/09/2021

Selamat Hari Malaysia 2021!

Menteri Kesihatan, Pengurusan Tertinggi dan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Malaysia.

Let's TALK MINDA SIHATPandemik COVID-19 telah menyebabkan ancaman kesihatan, kehilangan orang tersayang, kehilangan punc...
10/09/2021

Let's TALK MINDA SIHAT

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ancaman kesihatan, kehilangan orang tersayang, kehilangan punca pendapatan dan kawalan pergerakkan. Di samping itu, pandemik ini juga telah meningkatkan tekanan emosi, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan masyarakat dan memberi kesan kepada kesejahteraan mental setiap lapisan masyarakat di dunia, termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Media Let’s TALK Minda Sihat yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Publisiti Kesihatan Mental di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Fasa pertama kempen ini menumpukan kepada golongan remaja dan dewasa bekerja.

Tujuan Kempen Media Let’s Talk Minda Sihat :

- Menggalakkan rakyat mendapatkan sokongan dan bantuan bagi mencapai kesejahteraan mental
- Menggalakkan ahli keluarga dan rakan-rakan memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mencapai kesejahteraan mental.

Dapatkanlah bantuan di klinik berdekatan anda sekiranya anda atau orang tersayang mengalami tekanan emosi, kebimbangan atau kemurungan.

Sumber: https://www.infosihat.gov.my/let-s-talk-minda-sihat.html

"Adakah bayi saya akan terkena COVID-19 sekiranya saya dijangkiti  ketika hamil?Selamatkah vaksin COVID-19 untuk ibu-ibu...
09/09/2021

"Adakah bayi saya akan terkena COVID-19 sekiranya saya dijangkiti ketika hamil?
Selamatkah vaksin COVID-19 untuk ibu-ibu mengandung?
Boleh tak saya menyusu badan sekiranya saya diuji COVID-19 positif?"

Untuk mengetahui jawapan-jawapan di atas, dijemput ke sesi FB Live pada esok bersama Pakar Perubatan Keluarga Dr Jolyn.

07/09/2021
Bantuan Makanan PrihatinPada 3 September lalu, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Daerah serta kakitangan Klinik Kesihatan S...
07/09/2021

Bantuan Makanan Prihatin

Pada 3 September lalu, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Daerah serta kakitangan Klinik Kesihatan Sikamat telah membuat lawatan rumah serta menghulurkan bantuan makanan kepada pesakit-pesakit klinik yang memerlukannya.

Hamper makanan tersebut merupakan sumbangan dari beberapa NGO tempatan.

Semoga penerima bantuan mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut.

Peringatan kepada mereka yang akan pergi ke PPV Dewan Orang Ramai Sikamat untuk temujanji vaksinasi.Juga, hanya seorang ...
19/05/2021

Peringatan kepada mereka yang akan pergi ke PPV Dewan Orang Ramai Sikamat untuk temujanji vaksinasi.

Juga, hanya seorang peneman, ahli keluarga atau 'carer' dibenarkan untuk setiap penerima vaksin.

Terima kasih.

Address

Jalan Kurshiah Atas
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+6067613075

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Sikamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Medical Centers in Seremban

Show All

You may also like