15/05/2022
MANUSIA kadangkala pelik...
sanggup meninggalkan cara lama
kerana difikirkan kolot dan mengguna pakai teknologi yang kononnya moden.
Ironinya, selepas tamadun
bertambah maju, baru tersedar
cara lama jauh lebih sempurna.
Contohnya, penggunaan tandas
cangkung yang tidak lagi banyak
digunakan kerana sebahagian besar
masyarakat moden dewasa ini memilih
memiliki tandas duduk.
Tandas duduk sebenarnya antara punca
utama buasir. Logiknya begini, usus
besar (kolon sigmoid) mereka yang
menggunakan tandas duduk ketika
membuang air besar tidak dapat
berfungsi secara normal.
“Penggunaan tandas duduk menyebabkan
najis tidak dapat keluar habis dan perlu
diteran untuk keluar.
“Tetapi, walau sekuat manapun meneran,
najis tidak dapat keluar habis dan tersimpan
di dalam kolon sigmoid sehingga
bertahun-tahun.
“Malah bila meneran, hanya 50 peratus
tekanan atau tenaga digunakan untuk
mengeluarkan najis manakala selebihnya
akan mengundur semula menyebabkan
komplikasi penyakit lain p**a.
“Ditambah dengan gaya hidup masyarakat
kurang makan buah, sayur dan minum air
menyebabkan najis jadi keras.
“Apabila najis keras ini sering dipaksa
keluar dengan meneran dan sering bergesel
pada dinding usus, maka lama-kelamaan
terjadilah buasir,” demikian penjelasan
pakar estetika, Kapten (B) Datuk
Dr Zulkafperi Hanapi.
,
Buasir atau hemoroid, terhasil daripada
regangan berulang kali ketika pergerakan
usus dan diburukkan lagi jika pesakit turut
mengalami masalah sembelit.
Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu di dalam
atau terkeluar daripada dubur. Buasir dalam
paling kerap terjadi iaitu meliputi 90 peratus
daripada pesakit.
“Buasir dalam mempunyai empat peringkat
yang mana selalunya peringkat satu dan dua
hanya memerlukan pesakit mengikut nasihat
doktor dan menukar corak pengambilan
makanan atau dirawat menggunakan
teknik ikatan getah pada buasir.
“Buasir luaran p**a adalah salur darah
vena di bahagian bawah kulit luar
daripada dubur.
“Ia lebih teruk kerana pesakit berasa
sakit, berdarah, gatal atau bengkak ketika
membuang air besar.
“Bagaimanapun, rasa sakit itu berbeza antara
setiap individu. Ada yang berasa tidak selesa
dan ada yang berasa panas atau amat pedih.
“Kesakitan teruk yang dirasai mungkin
disebabkan salur darah yang tersumbat
akibat darah beku.
“Pendarahan ketika membuang air besar adalah
gejala utama buasir yang mana sekitar 70 peratus
penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar,” katanya.Jelasnya.
‘ketagihan’ masyarakat moden terutama
anak muda terhadap permainantelefon
pintar pop**ar seperti Player
Unknown's Battle (PUBG),
Mobile Legend dan
Fortnite selain aktif
melayan media
sosial sehingga
ke dalam tandas, juga
menyumbang
kepada terhasilnya
buasir.
“Apabila menahan diri daripada membuang
air besar, rasa ingin 'melepas hajat'
itu akan hilang dengan sendiri sebelum
kembali lagi kemudian. “
Sekiranya kita masih lagi tidak
membuang najis, sekali lagi rasa
hendak buang air besar hilang dan
begitulah seterusnya.“Apa sebenarnya
terjadi ialah setiap kali keadaan itu berlaku,
usus besar akan menyerap air daripada najis
menjadikannya keras dan besar.
“Najis keras dan besar ini menyebabkan
berlakunya sembelit.
“Ini diburukkan lagi dengan cara hidup
terutama membabitkan makan dan
penggunaan tandas duduk.
"Lama-kelamaan akibat najis besar
dan keras ini sering bergesel pada dinding
usus, maka terhasillah buasir. “Selain itu, tabiat
membaca dalam bilik air terlalu lama boleh menyebabkan
buasir menjadi teruk.
“Pastikan juga anda tidak duduk dan berdiri
terlalu lama serta jangan mengangkat barang
berat,” ujarnya ketika ditemui di Klinik Keluarga
& Surgeri, Pusat Perdagangan Pelangi Damansara,
Petaling Jaya, Khamis lalu.
RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Terdapat banyak kaedah untuk membuang buasir dicipta dan digunakan namun Dr Zulkafperi berkata, yang paling cepat, mudah dan selamat adalah dengan menerusi teknik ‘safute beim’.“Teknik ini mengurangkan risiko pendarahan iaitu cuma satu peratus sahaja, mengelakkan jangkitan kuman juga dengan risiko satu peratus dan pesakit tidak berasa sakit.
,
“Ia rawatan yang sangat menjimatkan masa hanya memerlukan antara lima hingga 15 minit sahaja.
"Pesakit juga pulih dengan cepat sekitar dua minggu,” jelasnya.
Sebagai langkah pencegahan, katanya, pengambilan serat adalah kaedah rawatan selamat, berkesan dan murah.
Kata Dr Zulkafperi, fokus pada permainan telefon atau media sosial ketika di dalam tandas boleh menyebabkan kita secara tanpa sedar menahan diri daripada membuang air besar.
“Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan dengan buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin bagi memastikan kelancaran proses pembuangan najis.
“Serat akan melembutkan dan meningkatkan saiz najis serta mengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran semasa membuang air besar.
“Keadaan ini seterusnya dapat mengurangkan tekanan pada dubur dan kejadian buasir dapat dielakkan.
“Selain itu, pengubahsuaian gaya hidup yang boleh dilakukan bagi mencegah dan merawat buasir adalah pengambilan air yang banyak, kurangkan pengambilan lemak, kerap bersenam, menjaga kebersihan dubur dan kurangkan meneran semasa di dalam tandas,” katanya.
Harian Metro-
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 5:10 AM