
20/07/2025
"Developmental Specialist", "Autism Specialist", "Interventionist Specialist", "Specialist", have you heard or met them?
Truth is, these "specialists" don't exist.
Remember to exercise your rights to know and check who you/ your child is seeing.
KENYATAAN RASMI MALAYSIAN DEVELOPMENTAL PSYCHOLOGY COMMUNITY UNTUK MEDIA & ORANG AWAM
Isu Tular Penggunaan Gelaran Pakar oleh Individu Tidak Bertauliah
MDPC menggesa ibu bapa, pendidik dan masyarakat awam untuk sentiasa menyemak latar belakang profesional individu
sebelum mendapatkan sebarang perkhidmatan berkaitan isu-isu perkembangan serta psikologi.
Penaksiran, penilaian, diagnosis dan intervensi yang salah boleh implikasi jangka panjang terhadap perkembangan holistik individu.
MAKLUMAT TAMBAHAN 👇🏽
•Psikologis Pendidikan juga adalah profesional yang berkelayakan di Malaysia
•Senarai di bawah adalah senarai profesion secara umum yang berkelayakan dalam bidang Psikologi (Pakar Paediatrik, Pakar Psikiatri adalah di bawah bidang Perubatan, namun profesion ini seringkali bekerjasama rapat dengan profesion dalam senarai bagi isu-isu perkembangan & psikologi)
•Diagnosis hanya boleh dilakukan oleh ahli klinikal seperti Ahli Psikologi Klinikal, Pegawai Perubatan Pediatrik, Pakar Psikiatri berdasarkan senarai dinyatakan
•Pakar Psikiatri (bagi isu dewasa) manakala Pakar Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja (bagi isu kanak-kanak & remaja)
•Terapis Cara Kerja & Terapis Pertuturan adalah dua bidang yang berbeza namun merupakan antara ahli bagi mengendalikan isu-isu perkembangan kanak-kanak sehingga dewasa
•Kenyataan ini bertujuan memberikan pendedahan umum kepada ibu bapa, pendidik serta masyarakat awam untuk mengenali profesion yang terlibat dalam mengenalpasti isu atau melakukan diagnosis, mengendalikan sesi intervensi serta memberikan pendidikan psikologi kepada klien melalui konsultasi, ceramah serta latihan di Malaysia
Psikologi Perkembangan adalah salah satu cabang dalam bidang psikologi yang membantu manusia memahami perkembangan diri, mengenal pasti krisis perkembangan yang memberi impak kepada kesejahteraan psikologi serta membantu klien memilih hala tuju pemulihan yang sesuai dan seterusnya membantu merujuk kepada pakar yang berkenaan.
Pengerusi,
Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai
Malaysian Developmental Psychology Community