Klinik Keluarga Bahagia

Klinik Keluarga Bahagia Klinik Keluarga Bahagia. Membincangkan segala jenis isu berkaitan kekeluargaan dan tips tips pembang

IKLAN JAWATAN KOSONG !!!Kami sedang mencari individu yang komited untuk menyertai team kami sebagai i. LIVE Host & Pemba...
12/07/2025

IKLAN JAWATAN KOSONG !!!

Kami sedang mencari individu yang komited untuk menyertai team kami sebagai

i. LIVE Host & Pembantu Pejabat
ii. Graphic Designer

Peluang ini terbuka kepada semua yang berminat untuk bekerja secara sepenuh masa di pejabat HQ, dengan gaji tetap bulanan, latihan disediakan & suasana kerja yang positif.

Sama ada anda berbakat bercakap di depan kamera, rajin bantu urusan pejabat, atau kreatif menghasilkan design berkualiti — kami alu-alukan permohonan anda.

Selamat Maju Jaya Buat Semua !!!!

PERUTUSAN MAAL HIJRAH1 MUHARRAM 1447 HIHRIYYAH Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, bersyukur kita...
27/06/2025

PERUTUSAN MAAL HIJRAH
1 MUHARRAM 1447 HIHRIYYAH

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan hidayahNya dapatlah kita bersama-sama menyambut Maal Hijrah bagi tahun 1447 Hijrah ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti saya dan menyokong saya selama ini.

2. Hijrah atau perpindahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya.

3. Pentingnya Hijrah itu tidak dapat kita nafikan kerana ia adalah satu Sunnah Nabi yang memberi pedoman terhadap sikap dan gerak-geri kita. Antaranya, dengan Hijrahlah kedudukan umat Islam telah berubah. Kalaulah sebelum Hijrah mereka telah dihina, diseksa dan dihalang daripada melakukan tuntutan-tuntutan agama, maka setelah berhijrah Rasulullah SAW dan umat Islam tidak lagi menerima penghinaan dan penyeksaan. Sokongan kaum Muslimin di Madinah, serta terlepasnya daripada cengkaman golongan Musyrikin Mekah, telah berjaya membebaskan umat Islam daripada belenggu penindasan dan penghinaan.

4. Selain daripada itu Hijrah juga telah mengubah keadaan kesempitan hidup yang dialami oleh umat Islam dalam bidang ekonomi. Di Madinah khususnya, orang-orang Islam berpeluang dan berjaya membangunkan ekonomi mereka. Hijrah juga menjadikan kump**an Muslimin yang kecil bilangannya di Mekah dahulu bertambah besar dan kuat sehingga terbentuknya sebuah negara Islam di Madinah. Negara Islam yang baru muncul itu kemudian telah berkembang maju dan kuat sehingga dapat menandingi pemerintahan-pemerintahan lain di sekitarnya. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagai ketua Negara Islam Madinah yang kemudiannya diteruskan oleh sahabat-sahabatnya yang jujur dan ikhlas telah berjaya memperluaskan Negara Islam sehingga ke Eropah dan Asia Tengah.

5. Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah juga memberi pengajaran yang penting kepada umat Islam. Untuk memastikan perkembangan agama Islam, Baginda sanggup berundur dahulu dan merintis jalan yang lain yang lebih selamat. Demikian juga dengan kita umat Islam di zaman kemelesetan ini. Jika kita lemah kita harus mencari jalan untuk menguatkan diri sebelum kita menghadapi sesuatu cabaran. Berundur sementara waktu tidak bermakna kegagalan. Ianya satu strategi sahaja. Kita tidak harus angkuh dengan taraf kita sehingga kita tidak sanggup membuat sesuatu yang dianggap rendah atau menghinakan, walhal perbuatan itu boleh menolong kita apabila keadaan berubah. Sebenarnya, apabila kita mengakui dan menerima hakikat itu dan kita menyesuaikan langkah-langkah kita dengan hakikat tersebut demi kejayaan jangka panjang, kita melakukan hijrah yang semangatnya tidak berbeza dengan Hijrah junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

6. Sesuai dengan perjuangan Rasulullah SAW yang membetul dan memperkuatkan akidah, memperbaiki dan meningkatkan ekonomi, memaju dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta membentuk dan memelihara Kerajaan Islam maka marilah kita sama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan, memperkasakan ekonomi, dan memperbaiki diri kita semua agar lebih bersedia menghadapi apa jua rintangan dan dugaan.

7. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa Hijrah ini ertinya berpindah, maka kita umat Islam hendaklah berpindah atau mengubah sikap yang kurang baik dan tidak menguntungkan kepada sikap yang lebih berfaedah, walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai cabaran. Nasib umat Islam tidak akan berubah jika kita sendiri tidak mahu mengubahkannya. Sikap manja, kurang berusaha, mengharap belas kasihan orang adalah sifat-sifat hina yang tidak dis**ai oleh Islam dan bertentangan dengan semangat Hijrah ini.

8. Hijrah boleh juga kita ertikan sebagai 'keluar' daripada sesuatu kedudukan atau keadaan yang buruk atau tertekan kepada keadaan yang lebih selesa dan terjamin. Umat Islam mestilah mengutamakan unsur ikhtiar dalam hidup kita setiap hari oleh kerana penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah merupakan satu ikhtiar. Umat Islam dilarang menyerah segala-galanya ke hadrat Ilahi, sebaliknya kita mesti berikhtiar bagi menjayakan apa juga projek atau aktiviti. Kita tidak seharusnya menyalahkan takdir jika kita gagal, kerana jika kita berikhtiar dan mencapai kejayaan, itu juga takdir.

9. Peristiwa Hijrah juga mengajar kita supaya bersedia menghadapi sebarang cabaran atau kemungkinan, dan dengan itu berusaha supaya kemungkinan sesuatu peristiwa buruk tidak berlaku. Sebelum Hijrah, Rasulullah stelah merapatkan perhubungan dengan pembesar-pembesar Madinah dan sudah terdapat perjanjian dan sumpah setia orang Madinah kepada Baginda. Apabila di Madinah, penganut Islam telah menghadapi beberapa percubaan daripada kaum Jahiliah untuk menawan Madinah. Semua dugaan ini telah dapat diatasi oleh Rasulullah dan pengikut-pengikutnya, apabila mereka bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan buruk dan tentangan-tentangan seperti itu.

10. Apa yang telah saya sebutkan adalah sebahagian sahaja daripada pelajaran yang boleh diperolehi daripada satu peristiwa yang amat penting dalam sejarah perkembangan Islam. Jika bahagian yang kecil ini sahaja memberi panduan kepada kehidupan umat Islam, ini sudah boleh menjamin kebahagiaan yang besar bagi kita.

12. Dalam sambutan Maal Hijrah yang akan diadakan pada tiap-tiap tahun, kita mungkin dapat memperolehi lain-lain pelajaran p**a daripada peristiwa Hijrah. Tidak syak lagi bahawa sedikit demi sedikit sambutan Maal Hijrah akan menjadi satu daripada cara bagi mengembangkan ajaran dan nilai hidup umat Islam yang boleh menambahkan kebahagiaan kita. Oleh itu, kita rayakanlah Maal Hijrah dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya peristiwa yang berkat ini.

13. Sempena sambutan peristiwa Hijrah yang bersejarah ini, marilah kita bersama-sama memperkuatkan perpaduan dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.

Waalamualaikum WBT.

Yang ikhlas :

Sdr Syamsul Debat
Personaliti Media, TV & Radio
Pengarah Urusan
Intellectual Orator Consultant (M) Sdn Bhd
Presiden
Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446 HSemoga ketulusan ibadah korban kita mengukir ketakwaan di hati. Menelusuri makna pengo...
06/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446 H

Semoga ketulusan ibadah korban kita mengukir ketakwaan di hati. Menelusuri makna pengorbanan sejati, semoga keberkatan Aidiladha menyinari segenap langkah kehidupan kita. Bermohonlah agar di hari mulia ini, semangat Nabi Ibrahim menyuburkan keikhlasan dalam setiap amalan kita. Sesungguhnya korban bukan sekadar daging, sebaliknya cerminan ketakwaan. Marilah kita menyambut Aidiladha dengan penuh makna...

Wallahu'alam

Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Pengarah Urusan
Intellectual Orator Consultant (IOC)(M) Sdn Bhd

PERUTUSAN AIDIL FITRIBismillahirrahmanirrahimSelawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Assalamualaikum ...
30/03/2025

PERUTUSAN AIDIL FITRI

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH SWT kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita dapat bertemu lagi pada bulan Ramadhan kali ini. Semoga puasa kita pada tahun ini diterima dan mendapat rahmat dari ALLAH SWT supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian sebagai Khalifah di bumi Allah ini dan diberi peluang untuk bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang Insya Allah.

Perginya ramadhan digantikan dengan Syawal sebagai tanda kemenangan kepada umat islam ini kerana ALLAH SWT telah menegaskan sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : “Dan hendak lah kamu menyempurnakan bilangan puasa pada Bulan Ramadhan dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah apabila berhari raya kerana Allah berikan hidayah kepada mu.” (Surah Al Baqarah : 185)

Dikesempatan ini saya mewakili sekelian ahli keluarga saya, Intellectual Orator Consultant (IOC) Sdn Bhd, IOC Marketing Sdn Bhd, Team Susu Kambing Al-Amr ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada seluruh Umat Islam Khusus kepada semua yang mengenali saya termasuklah sekalian followers dan yang mengenali diri saya, dimana hari ini Allah telah menyuruh kita supaya menyambutnya dengan kegembiraan dengan berpakaian baru bersama keluarga.

Saya ingin berpesan di dalam kesibukan menyambut Syawal ini, saya menyeru kepada semua agar bijak berbelanja dan tidak berlebih-lebihan. Sewajarnya Syawal yang menjelma ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Sama-sama lah kita menyemarakkan Hari Raya Aidilfitri ini dengan menziarahi ibubapa, sanak saudara, sahabat handai bagi mengukuhkan silaturrahim diantara kita.

Selain dari itu, s**a saya mengingatkan kepada semua agar sabar dan berhati-hati ketika memandu. Semoga perjalanan kita semua selamat sampai ke destinasi dan ingat orang tersayang.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Diharapkan ukhwah yang terjalin antara kita akan diperkukuhkan lagi dengan limpahan dan kurniaan-NYA. Semoga syawal ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertaqwa dan lebih kuat melaksanakan tanggungjawab agama.

Amin YaRabbal ‘Alamin.

Salam hormat daripada kami, Selamat Meyambut Hari Raya AidilFitri

Ikhlas Daripada,

Sdr Syamsul Debat
Pengarah Urusan
Intellectual Orator Consultant Sdn Bhd
IOC Marketing Sdn Bhd

RAMADHAN BERLALU...Setiap pertemuan di dunia ini pasti akan membawa kepada perpisahan. Meskipun terasa berat untuk melep...
30/03/2025

RAMADHAN BERLALU...

Setiap pertemuan di dunia ini pasti akan membawa kepada perpisahan. Meskipun terasa berat untuk melepaskan berlalu pergi, doa-doa terbaik akan selalu teriring agar kita dapat bertemu kembali di tahun mendatang. Sesungguhnya tiada yang lebih indah daripada menjalani Ramadhan dengan penuh keberkatan dan kebaikan yang selalu mengiringinya. Semoga di waktu yang akan datang, kita kembali diberi kesempatan untuk merasakan keistimewaan dan kenikmatan bulan yang suci ini... Amiin Ya Rabb...

Sdr Syamsul Debat

HATI YANG BERASA CUKUPDaripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah ﷺ bersabda :Maksudnya : “Lihatlah orang yang lebih re...
25/03/2025

HATI YANG BERASA CUKUP

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah ﷺ bersabda :

Maksudnya : “Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi)

Buatlah perbandingan nikmat yang kita miliki dengan orang lain yang tidak memilikinya, nescaya kita akan sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang kita ada.

Elakkan dari membuat perbandingan dengan orang yang lebih daripada kita kerana ianya akan menghilangkan rasa bersyukur malah akan mendatangkan rasa kecewa, sedih malah sentiasa berdengki dengan kelebihan pada orang lain.

Didiklah hati dengan sifat qana’ah (merasa cukup) kerana ia akan melatih diri menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Manusia yang paling kaya adalah manusia yang berasa CUKUP dengan apa yang dia ada...

Wallahualam

Sdr Syamsul Debat

IBARAT MEMBUKA PEKUNG DI DADAKalau kita ada pekung di dada pun, dalam keadaan memakai baju tiada orang yang dapat meliha...
03/03/2025

IBARAT MEMBUKA PEKUNG DI DADA

Kalau kita ada pekung di dada pun, dalam keadaan memakai baju tiada orang yang dapat melihat pekung itu. Saya percaya, banyak orang yang berbaju cantik sedangkan terdapat bermacam-macam jenis penyakit kulit selain pekung sama ada panau, kurap, kerapu dan penyakit-penyakit lain yang tidak diketahui oleh orang lain ada di badannya. Hal ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana kita perlu pandai menyembunyikan keaiban diri sendiri daripada diketahui oleh orang lain.

Budaya mendedahkan keaiban dan keburukan diri sendiri amat bertentangan dengan budaya Melayu, sebab itulah terciptanya peribahasa “membuka pekung di dada” yang bermaksud mendedahkan keburukan diri sendiri sehingga mengaibkan. Pekung ialah sejenis penyakit kulit yang teruk seakan-akan bisul yang sangat besar dan berbau busuk.

Beberapa peribahasa Melayu yang mempunyai maksud hampir sama dengan peribahasa ini ialah “meraih pekung ke dada” yang bermaksud mendedahkan keburukan diri atau sengaja mencari malu dan peribahasa “menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri” (mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri).

Kemajuan teknologi maklumat dari segi kemunculan laman sosial terutama Facebook, WhatsApp, Instagram, Tik Tok dan sebagainya telah menjadi ruang untuk penggunanya membuka pekung di dada. Budaya ini semakin bercambah dalam masyarakat dan seolah-olah pengguna laman-laman sosial ini tanpa ada batasan telah membuka keaiban sendiri tanpa segan silu. Bagi yang sengaja berkongsi kisah tentang kelemahan diri bukanlah sesuatu yang s**ar untuk dicari. Bukankah agak memalukan jika kisah tidak pergi solat Jumaat, tidak dapat berpuasa, dimarahi ketua di pejabat didedahkan untuk makluman orang lain?

“Bahasa menunjukkan bangsa” merupakan peribahasa pop**ar yang diungkapkan oleh pengguna bahasa Melayu, bermaksud budi bahasa menunjukkan peribadi seseorang. Apabila disebut berbudi bahasa, terdapat dua aspek yang terkandung di dalamnya iaitu tingkah laku dan pertuturan. Cara seseorang berbahasa untuk menyampaikan maklumat atau meluahkan perasaan tanpa disedari telah membuka pekung di dadanya sendiri. Tidakkah kita terfikir, apakah persepsi orang lain apabila melihat kita menggunakan kata-kata kesat, kasar dan sumpah seranah apabila tidak berpuas hati terhadap seseorang atau sesuatu pihak? Orang lain akan menilai peribadi kita apabila membaca apa-apa sahaja yang kita tulis di laman sosial. Kita mungkin seronok apabila mendapati banyak orang yang menekan butang ‘s**a’ dengan apa-apa yang kita kongsikan itu. Terfikirkah kita apakah tanggapan mereka terhadap kita walaupun mereka menekan butang ‘s**a’ itu?

Beberapa contoh lagi sifat orang yang s**a membuka pekung di dada ditunjukkan melalui penggunaan laman sosial seperti sifat riak dan takbur. Banyak orang yang menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk menunjuk-nunjuk kehebatan diri dan sikap bangga akan kelebihan diri. Memang benar, apa-apa yang dikongsi itu sesuatu yang istimewa bagi empunya diri tetapi orang lain dapat menilai sifat peribadinya sebagai seorang yang s**a menunjuk-nunjuk kehebatan diri, takbur dan riak. Kegilaan masyarakat berselfie juga menyuburkan lagi budaya ini apabila seseorang itu dapat mengongsikan apa-apa sahaja gambar dirinya ketika melakukan sesuatu kebaikan. Kebaikan yang dilakukan itu bagus, cuma lihatlah keadaannya.

Budaya fitnah dan menyebar maklumat yang belum pasti sebenarnya seolah-olah sengaja membuka pekung di dada kerana orang lain dapat menilai sifat kita berdasarkan tulisan kita. Saya tidak pasti jenis penilaian orang lain terhadap kita apabila kita melakukan perkara tersebut tetapi yang pasti ialah penilaian yang buruk.

Kita bukan hanya disarankan supaya tidak membuka pekung di dada sendiri tetapi juga terhadap orang lain. Hal ini dibuktikan dalam hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud: “Sesiapa yang menutup aib saudara Muslimnya maka ALLAH akan menutup aibnya di akhirat”. Oleh itu, dalam kita menggunakan laman sosial, aspek-aspek hubungan sesama manusia harus dititikberatkan. Kita boleh menggunakan laman sosial tetapi untuk tujuan kebaikan dan bukan untuk menyakiti hati orang lain.

Wallahu'alam

Sdr Syamsul Debat

PERIHAL SABARPendidikan tentang subjek SABAR itu merupakan ilmu tahap tertinggi. Mempelajarinya setiap hari, latihannya ...
24/02/2025

PERIHAL SABAR

Pendidikan tentang subjek SABAR itu merupakan ilmu tahap tertinggi. Mempelajarinya setiap hari, latihannya setiap saat, ujiannya seringkali berlaku mendadak dan tiba-tiba MALAHAN persekolahannya meliputi seumur hidup...

Wallahualam

KEMBARA UMRAH BERSAMA KEMBARA REDHA TRAVELDARI KUALA LUMPUR TERUS KE THAIFPada 15hb September 2024 jam jam 9.00 malam, s...
21/09/2024

KEMBARA UMRAH BERSAMA KEMBARA REDHA TRAVEL

DARI KUALA LUMPUR TERUS KE THAIF

Pada 15hb September 2024 jam jam 9.00 malam, saya bersedia bersama jemaah Kembara Redha Travel telah pun bersedia KLIA untuk pergi melaksanakan Ibadah Umrah.

Kami berlepas dengan flight kami (Saudi Airlines) pada jam 2.30 pagi (16 September 2024) .. dan setibanya di Jeddah kami terus berangkat ke Thaif.

Kota Thaif adalah kota besar ketiga selepas Kota Mekah dan Madinah. Kota ini berada di sebelah tenggara Mekah yang berjarak sekitar 75 batu perjalanan. Kota Thaif didiami oleh suku Tsaqif atau Bani Tsaqif menyimpan sejarah keIslaman disebabkan Rasulullah SAW pernah mendatangi kota tersebut untuk berdakwah.

Sejarah Kota Thaif

Memetik dari buku Sirah Nabawiyah karya Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi, nama Thaif diambil dari kewujudan pagar atau tembok yang mengelilingi kota tersebut. Kota Thaif dihuni oleh orang-orang kaya dan para kenamaan kaum Quraisy yang membangunkan istana-istana di sana.
Namun, kekayaan yang melimpah ruah tersebut justeru mengakibatkan kerosakan moral masyarakat. Orang kaya yang tinggal di Kota Thaif dikenal gemar melakukan perbuatan riba, zina, dan meminum khamar (arak).

Kota Thaif memiliki sumber air yang melimpah, tanah yang subur, pepohonan yang berbuah lebat sehingga di kota itu banyak perusahaan khamar (arak) atau minuman anggur. Keadaan tersebut masih ada dan berlangsung hingga ke hari ini.

Orang-orang dari suku Bani Tsaqif memegang kepemimpinan di Kota Thaif. Suku Bani Tsaqif juga menjadi salah satu suku terbesar di Wilayah Arab yang diakui kekuatan dan kekayaannya.

Di zaman Rasulullah SAW, orang-orang di Kota Thaif yang berasal dari suku Bani Tsaqif bermusuhan dengan kaum Quraisy dalam bidang spiritual dan sosial politik.

Kota Thaif pada saat itu menjadi tempat penyembahan Lata, iaitu patung yang disembah dan dijadikan tujuan ritual tahunan. Sementara itu, kaum Quraisy memandang patung Lata sebagai pesaing patung Hubal atau patung milik kaum Quraisy yang paling besar.

Keadaan jumlah penduduk kota Thaif lebih kurang sama dengan penduduk Quraisy yang menyembah patung. Hal tersebut membuat Rasulullah SAW memilih Kota Thaif sebagai tujuan dakwahnya setelah ia dihina dan mendapat kekerasan dari kaum Quraisy di Mekah.

Kisah Kedatangan Rasulullah SAW ke Kota Thaif

Dalam buku 114 Al-Qur'an Stories karya Vanda Arie, diceritakan bahawa kedatangan Rasulullah SAW ke Kota Thaif bertujuan untuk menyampaikan dakwah dan memohon perlindungan kepada suku Tsaqif dari tekanan yang beliau terima di Mekah.

Kedatangan Rasulullah SAW ke Kota Thaif untuk berdakwah berkemungkinan sekali disebabkan oleh kerana Kota Thaif merupakan pusat kekuatan dan kepemimpinan yang kedua setelah Mekah atau sebab bapa bapa saudara Baginda berasal dari Bani Tsaqif.

Setelah tiba di Kota Thaif, Rasulullah SAW kemudian menemui tiga pembesar Bani Tsaqif, iaitu Mas'ud, Abdu Yalail, dan Habib. Baginda duduk bersama mereka dan mengajak mereka untuk beriman kepada Allah SWT.

Ternyata, Rasulullah SAW justeru menghadapi penolakan yang sangat keras dari suku Tsaqif. Mereka menghina Rasulullah, memujuk orang-orang bodoh dan budak-budak mereka untuk menjerit dan menghina Baginda, kemudian melemparkan Baginda dengan batu.

Zaid bin Haritsah, seorang sahabat yang menemani Rasulullah ke Kota Thaif, sudah berusaha melindungi Baginda dari lemparan batu. Namun, batu tersebut tetap mengenai tubuh Rasulullah SAW hingga berdarah-darah.

Rasulullah SAW bersama Zaid kemudian duduk beristirehat di bawah pohon kurma dalam keadaan menderita.

Ternyata, apa yang ditemuinya di Kota Thaif jauh lebih berat daripada yang diterimanya dari orang-orang kafir Quraisy di Mekah.

Pada akhirnya, Zaid bin Haritsah bersama Rasulullah SAW kembali lagi ke Kota Mekah. Peristiwa itu menjadi awal pergerakan hijrah Nabi Muhammad SAW beserta sahabat dan penduduk muslim Mekah lainnya menuju Madinah.
Penduduk Kota Thaif Memeluk Agama Islam

Dikisahkan dalam buku Dakwah Rasulullah karya Prof. Dr. M. Yunan Yusuf, Penduduk Kota Thaif yang terdiri dari suku Tsaqif kemudian memeluk agama Islam sesudah Fathu Makkah, tepatnya setelah berakhirnya perang Hunain pada tahun kelapan Hijriah.

Sejak saat itulah, Kota Thaif dan penduduknya dari suku Tsaqif menjadi kaum yanng beriman. Mereka melaksanakan ajaran Islam dengan ikhlas, tulus, dan s**arela.

Demikianlah sejarah Kota Thaif yang didiami oleh Suku Tsaqif. Kota Thaif sebagai kota yang subur dan sejuk semakin memperkuat posisi Islam sebagai agama yang membawa rahmat (rahmatan lil 'alamin).

Sdr Syamsul Debat

Address

Lavender Business Centre
Seremban
70400

Telephone

+60134511843

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Keluarga Bahagia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Keluarga Bahagia:

Share