
11/09/2025
Harap post nie sampai kepada pegawai-pegawai panel - panel insurance yang bertanggungjawab approve GL patients saya.
Semalam, saya dapat reply kata GL patients saya tak approve, diaorang suruh out patient treatment sahaja.
With all due respect, adalah tidak adil untuk seseorang yang berada di pejabat untuk buat keputusan samada patients saya perlukan in-patient treatment atau out-patient treatment.
Percayalah, sebagai parent, siapa yang nak anak dia masuk hospital tanpa sebab. Kena apply cuti, kena fikir anak-anak yang lain sekolah, kena fikir nak masak, iron baju, minta tolong atok nenek sedara tolong jaga... ie, macam macam laa kena fikir bila anak masuk wad nie... tak senang tau!
Jadi, kalau orang dah apply GL in-patient untuk patient paeds... Mesti ada sebab yang munasabah.
Tambahan p**a, ini antara contoh list bezanya in-patient treatment dan out-patient treatment :
1. Nebuliser.... Neb hospital pakai oksigen tapi klinik pesakit luar tak
2. Jenis antibiotic.... Contoh nama antibiotic nie Rocephin... Hanya ada dalam intravenous form... Takde ubat makan
3. Penyerapan ubat... Insha-Allah, masuk drip kalau bagi 10 bahagian, badan akan serap 10,10 tu... Kalau ubat makan, bagi 10 bahagian, dapat serap 8.5 atau 9 sahaja
Di samping tu, ada keputusan klinikal yang hanya doktor di lapangan sahaja yang boleh buat.
Contoh.. Anak nie dah tujuh hari tak sihat.. Dah pergi klinik dua kali... Dah start antibiotic dari GP... Bila periksa ada kahak dalam paru-paru (pulmonary crepitations).
Jadi, anak nie kalau ambil darah dan xray... Darah dan xray akan normal sebab keadaan dia dah partially treated dengan oral antibiotics.
Jadi, anak nie tetap kena masuk ward sebab ada clinical signs walaupun darah dan xray normal.
Sorry laa panjang sikit...harap baca dengan tenang, rational dan tidak emosi.
Saya hanya advocating for my patients and family.
Percayalah kitaorang tak s**a s**a aje nak masuk wad.
Gambar sekadar hiasan.
Tak marah tau nie... Luahan hati dan perasaan sahaja.