Pakngah Remedi

Pakngah Remedi perkongsian petua, remedi & tips kesihatan

HABBATUS SAUDA Berkhasiat Tetapi TINGGI POTASSIUM !Sumber ubat  yang bagus adalah habbatus sauda.Habbatus sauda adalah p...
18/11/2024

HABBATUS SAUDA Berkhasiat Tetapi TINGGI POTASSIUM !

Sumber ubat yang bagus adalah habbatus sauda.

Habbatus sauda adalah penawar (ubat) segala penyakit kecuali mati (Sohih Bukhari, Kitab At-Tibb Hadith 5688).

Minum beberapa titis minyak habbatus sauda sudah mencukupi- jangan ambil berlebihan.

Ini kerana habbatus sauda tinggi kandungan potassium (716.5 mg dalam 100g serbuk). Justeru pesakit buah pinggang TIDAK boleh ambil banyak.

Kandungan calcium juga tinggi dalam habbatus sauda (810.5 mg dalam 100g serbuk)

Ph.D KMN
Principal Scientist

20/10/2024

KENALI PERBEZAAN PANIC ATTACK DAN ANXIETY ATTACK

PERBEZAAN 1:

Panic attack : Datang selalu secara tiba-tiba.

Anxiety attack : Ia terbina perlahan-lahan. Semakin lama semakin berat dan kita sendiri dapat rasa semakin sesak nafas.

PERBEZAAN 2:

Panic attack : Tidak dapat dikenalpasti secara jelas, apa perkara yang trigger diri kamu.

Anxiety attack : Dapat kenalpasti sumber atau halangan yang menyebabkan attack itu berlaku. Contoh tak boleh dengar orang menjerit, suasan bising sangat dan macam-macam.

PERBEZAAN 3 :

Simptom Panic attack:

1. Mudah rasa pening dan mabuk.
2. Cepat berpeluh tiba-tiba.
3. Detak jantung tidak sekata.
4. Menggigil tiba-tiba.
5. Sakit urat dan otot.
6. Terasa macam nak tercekik.
7. Terasa nak mati.
8. Takut tak boleh kawal diri.
9. Macam nak pengsan.
10. Macam tak berada di dalam dunia realiti. Terbayangkan benda-benda yang tak sepatutnya.

Simptom anxiety attack:

1. Otot jadi tegang.
2. Tak boleh tidur.
3. Pening dan mabuk berpanjangan.
4. Cepat letih walaupun tak buat apa.
5. Fikiran jadi kosong/ Blur.
6. Tak boleh fokus. Asyik terbayang hal menakutkan.

Secara mudahnya, panic attack lebih parah simptomnya. Ia disifatkan attack yang lebih ekstrim. Perlu dirawat.

Manakala anxiety ada 3 kategori iaitu ringan, sederhana dan berat. Ia adalah attack yang boleh berlaku dan masih boleh dikawal secara klinikal.

21/08/2024

*KHASIAT LALANG*

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abdul Manap menyatakan bahawa lalang boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Kata beliau, diantaranya ialah sakit perut, lelah, demam, batu karang, kencing manis dan mengubati sakit akibat terkena gigitan binatang berbisa.

1. Mengecutkan Peranakan.

Ambilkan akar lalang campurkan dengan kemenyan dan dibakar, tetapi jangan sampai rentung. Kemudian bancuhkan dengan sedikit air dan tempelkan pada peranakan. Lakukan berulang-ulang kali. (Bagaimanapun, tegas En.Tajuddin, wanita mengandung ditegah mengikut amalan ini).

2. Kuat Tenaga Batin.

Akar lalang dicampurkan dengan beluru (akar kapang/sintok) dan rebung buluh gading, direbus dan diminum airnya.Tenaga Batin akan lebih kuat, ampuh dan mampu bertahan lama.

3. Lelah( Asma ) .

Rebuskan akar lalang, airnya campurkan dengan madu lebah dan diminum .

4. Untuk melawaskan kencing .

Akarnya dikeringkan dan direbus kemudian diminum. Sebaik-baiknya jika ada daun dukung anak boleh dicampurkan sekali lebih mujarab.

5. Mengubati Demam .

Akar lalang dikeringkan, direbus dan diminum hangat 1 sudu pada sekali minum atau secekak akar lalang direbus pada anggaran 4 gelas air dan direbus sehingga menjadi anggaran 2 gelas airnya, campurkan dengan gula batu atau madu dan diminum 3 kali sehari

6. Sengal Tulang, Urat dan Otot .

Daun lalang dibakar sehingga menjadi abu dan kemudian tempelkan pada bahagian yang sengal

7. Menawar Darah Tinggi .

Minum air rebusan akar lalang 3 kali sehari . pagi, tengahari dan malam

8. Penawar Siplis dan Buah Pinggang

Caranya dengan meminum air rebusan akar lalang secara berterusan mengikut peraturan yang tertib 2 kali sehari pagi dan malam.

9. Menyembuhkan Luka .

Tumbuk akar lalang hingga lumat dan tempelkan pada luka

10. Air mandian akar lalang .

Jika anda inginkan kesegaran rebus akar lalang dan campurkan dengan sebaldi air digunakan untuk bilasan mandi. Anda akan merasakan kesegarannya"Untuk penyakit sakit perut, lelah, demam, batu karang dan kencing manis, akar lalang digunakan dalam perubatan ini."Caranya ialah dengan merebus segenggam akar lalang yang telah dibersihkan dan diminum air rebusan berkenaan. "Pastikan air rebusan berkurangan kepada satu pertiga daripada paras air yang dijerang," jelas Tajuddin.Menurut beliau, bagi sakit demam, selain meminum air rebusan itu, pesakit juga boleh menggunakan air rendaman akar lalang. "Selepas dibersihkan, akar lalang itu direndam dengan air sejuk semalaman sebelum disapukan di kepala dan dahi pada keesokannya. "Kesejukan air rendaman akar lalang dipercayai dapat membantu mengurangkan suhu badan," tambahnya.Manakala bagi sakit terkena gigitan binatang berbisa, Tajuddin berkata, bunga lalang digunakan untuk mengubatinya.Jelas beliau, kaedahnya ialah dengan meramas-ramas bunga lalang tersebut sehingga lumat dan menampalkannya pada tempat terkena gigitan."Bagaimanapun, sebelum ditampalkan, bisa binatang tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu. "Kemudian biarkan bunga yang dilumatkan itu melekat seharian sebelum menanggalkannya dan ditukar dengan tampalan lain," ujarnya.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap tumbuhan ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik....✍️🚌A&F..

GULA dan GOUTRamai yang tidak percaya apabila saya katakan punca GOUT adalah GULA!!Pengambilan GULA pasir atau sukrosa j...
24/07/2024

GULA dan GOUT

Ramai yang tidak percaya apabila saya katakan punca GOUT adalah GULA!!

Pengambilan GULA pasir atau sukrosa juga meningkat dengan ketara sejak negara kita merdeka.
GULA mengandungi dua komponen utama iaitu GLUKOSA dan FRUKTOSA.

Kedua-duanya memberikan impak negatif kepada kesihatan jika diambil berlebihan tetapi yang lebih bahaya adalah FRUKTOSA.

FRUKTOSA juga tinggi dalam jus buah-buahan, HFCS (high fructose corn syrup) dan madu. HFCS banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman proses dan jem buah. Jus buah-buahan yang di jual dalam minuman kotak,tin atau botol mengandungi kandungan fruktosa yang sangat tinggi.

Buah-buahan yang sangat tinggi fruktosa seperti durian, rambutan, manggis, anggur dan sebagainya jika diambil terlalu banyak juga boleh memudaratkan kerana kandungan fruktosanya yang tinggi.

Madu juga tinggi fruktosa, tetapi ia tidak bahaya jika diambil secara sederhana, tetapi isu utama tentang madu adalah kebanyakan madu yang di jual di campurkan GULA pasir, dan ini akan menyebabkan khasiat madu itu hilang.

Fruktosa yang berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi ‘gout’ tetapi glukosa dan galaktosa tidak menunjukkan keadaan yang sama. Kajian menunjukkan, fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi ‘gout’.

Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’ makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Ianya tanpa nasihat untuk mengawal minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang telah dikaji mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah gout bertambah teruk.

Fruktosa telah diketahui satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini boleh menyebabkan terjadinya sindrom metabolik. Oleh kerana gula mengandungi fruktosa, maka pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah ini.

Berdasarkan analisa dari data-data yang terdapat dalam kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan terutamanya minuman manis bergula dan tinggi dengan fruktosa sangat berkait dengan meningkatnya risiko penyakit gout kepada lelaki.

Begitu juga dengan pengambilan jus buah-buahan dan makan buah-buahan yang sangat manis seperti rambutan, nangka, durian dan sebaginya boleh meningkatkan paras asid urik dan menyebabkan masalah sakit sendi gout.

Jika kita ingin makan buah-buahan pastikan pengambilan yang sederhana dan juga pastikan kita makan buah-buahan tersebut secara terus untuk mendapatkan SERAT yang tinggi didalamnya. SERAT ini bertindak mengawal jumlah penyerapan fruktosa daripada usus dan mengurangkan impak fruktosa berlebihan kepada organ hati kita.

Kalau kita lihat diagram gambar ini, jelas menunjukkan fruktosa secara terus meningkatkan penghasilan ASID URIK yang menjadi punca berlakunya radang sendi GOUT.

Dengan mengawal dan mengurangkan pengambilan FRUKTOSA secara khususnya GULA PASIR maka masalah GOUT boleh di kawal dan di pulihkan, Insyaallah

Penulis Buku : GULA RACUN PUTIH
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI),FAGE

Dapatkan pengganti gula pasir diperbuat dari buah monk...

ORDER sini 👇👇👇
https://s.shopee.com.my/7AJQAyozHC

https://s.lazada.com.my/s.kj70N?cc

*Tip Atau Petua Bila Di Gigit Serangga Berbisa Termasuk Lipan* Petua orang dulu-dulu sebenarnya banyak dan sayang kalau ...
15/07/2024

*Tip Atau Petua Bila Di Gigit Serangga Berbisa Termasuk Lipan*

Petua orang dulu-dulu sebenarnya banyak dan sayang kalau dibiarkan hilang. Pertama kali kami ingin berkongsi Dengan anda semua petua apabila tekena gigitan lipan berbisa. (Btw, kami harap anda tidak bergantung sepenuhnya kepada petua ini, sila dapatkan rawatan lanjut dihospital berdekatan).

1. Ambil segelas air putih dan campurkannya dengan sebuku garam jantan (garam kasar). Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali. Beri minum air garam tersebut kepada mangsa yang terkena gigitan binatang berbisa itu.

2. Gunakan sedikit cuka dan garam, campurkan kedua duanya hingga sebati. Gunakan bahan tersebut untuk disapu atau direndam pada tempat yang terkena gigitan. Insya Allah bengkak dan sakit akan beransur pulih.

3. Ambil beberapa biji lada putih. Kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan. InsyaAllah bisa gigitan lipan semakin berkurang.

4. Titiskan 2 – 3 titis getah keladi yang sudah tua di atas tempat yang disengat. Lebih baik jika tidak membiarkan titisan tadi meleleh ke tempat lain. Baca selawat 3, 5 atau 7 kali dan kesat dengan kain buruk yang bersih. Ulang sebanyak tiga kali. Insyaallah kesan sengat penyengat, lipan atau tabuan akan tawar.

5. Tangkap dan bunuh lipan yang menggigit itu, kemudian bakar dan ambil abunya untuk disapu dibahagian yang terkena gigitan.

6. Petik 5 helai daun jarak, kemudian daunnya direbus lalu dimandikan kepada mereka yang terkena kesan gigitan lipan.

7. Minum air masak sebanyak mungkin. Kemudian hiris halus bawang putih dan campurkan sedikit garam dan minyak masak. Kacau biar sebati. Sapukan adunan ini pada bahagian yang terkena gigitan.

8. Tumbuk beberapa butir biji asam jawa sehingga halus. Basahkan sedikit seperti hendak memakai bedak sejuk. Kemudian tempelkan pada bahagian yang terkena gigitan. Beberapa saat berikutnya rasa sakit akan segera hilang.

9. Kunyah tembakau dan perah air nya ke tempat yang digigit. Kalau tembakau tak ada, boleh ganti dengan asam jawa. Buat berulang kali

10. Ambil biji asam jawa (yang segar dan mempunyai getah) potong dua, kemudian lekatkan pada bahagian yang terkena gigitan lipan atau serangga berbisa…Biji asam jawa biasanya akan jatuh sendiri setelah menarik bisa dan ulang proses hingga anda rasa bisanya hilang atau kurang...

Boleh share untuk manfaat bersama..

08/07/2024

3 Petua Batuk / suara serak
Ustaz Muhaizad

Dapatkan madu tualang asli (dah terjual 9,000 unit dipasaran)

DIJAMIN 100% ASLI(MARDI cert) 1KG. Dari RM55.93

ORDER di bawah 👇👇👇
https://s.shopee.com.my/2fqbky8QVN

Petua Merawat kolesterol & gout menggunakan DAUN DURIAN BELANDACaranya:-  Rebus 10 helai daun Durian Belanda tua, bersam...
06/07/2024

Petua Merawat kolesterol & gout menggunakan DAUN DURIAN BELANDA
Caranya:-
Rebus 10 helai daun Durian Belanda tua,

bersama 3 gelas air mineral.

Didihkan sehingga hanya tinggal 1/2 daripada air.
Boleh diminum suam atau sejuk.

Minum setiap pagi agar khasiat daun Durian Belanda cepat dirasai.

Daun durian belanda atau juga dikenali sebagai daun soursop mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Antikanser:
Mengandungi sebatian yang boleh membantu melawan dan mencegah perkembangan sel-sel kanser.
Antioxidant:
Membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Antiinflamasi:
Mengurangkan keradangan dalam badan, baik untuk pesakit artritis.

Antiparasit dan Antimalaria:
Berkesan dalam membunuh parasit dan mengatasi jangkitan malaria.
Melindungi Hati:
Membantu dalam mengekalkan kesihatan hati dan mencegah kerosakan hati.

Antidiabetes:
Mengawal paras gula dalam darah, sesuai untuk pesakit diabetes.

Mengurangkan Tekanan Darah:
Boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Daun durian belanda juga berpotensi dalam merawat ulser perut dan meningkatkan kesihatan pencernaan.

Khasiatnya menjadikan daun ini popular dalam perubatan tradisional dan rawatan alternatif.

Teh Durian Belanda , ORDER sini:
https://s.shopee.com.my/20arP855tf
Kapsul Daun Durian Belanda , ORDER sini:
https://s.shopee.com.my/B9DDtVOH0

PETUA BUANG ANGINTanda-tanda angin banyak dalam badan:• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.• Selalu rasa kebas/lenguh/senga...
30/06/2024

PETUA BUANG ANGIN
Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan rasa ketidakselesaan badan.

Cara dan Bahan² :
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.Semua bahan2 diatas.Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam.
Tumbuk sampai hancur.
Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun.
Boleh disimpan dlm peti sejuk letak satu bekas.
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Jika diamalkan perut akan kempis.

* Tips cara makan ini :
Minum dgn air suam.
*badan akan ringan,angin akan keluar dan mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
Selamat Mencuba

Boleh juga sapuan PENAWAR MEDU KLASIK.
Digunakan khas utk merawat & membuang ibu medu(angin)

Klik link dibawah untuk order....
https://s.shopee.com.my/A9wQTEB12V

Petua Cirit Birit Menggunakan Bahan DapurTAHUKAH ANDA, air bancuhan tepung boleh ubat cirit birit tau. Bahan bahan :1 mu...
25/06/2024

Petua Cirit Birit Menggunakan Bahan Dapur

TAHUKAH ANDA, air bancuhan tepung boleh ubat cirit birit tau.

Bahan bahan :
1 mug air suam
1 sudu besar (untuk dewasa)
1 sudu teh ( untuk kanak - kanak ) tepung gandum

Cara-cara:
1. Bancuh tepung ke dalam mug berisi air suam. Agak agak la airnya ye.
2. Biar j*p. Biarkan tepung tu mendap ke bawah
3. Minum air bancuhan tepung yang di atas jek.
4. Kalo rasa tak kurang lagi,bancuh balik ngan tepung yang tadi.

Boleh digunakanguna 2-3 kali.

Tips lain : bancuh teh o pekat,kunyah dan telan pucuk jambu batu, pil Chi Kit Teck Aun.

Yang selalu travel boleh simpan HEXBIO Probiotic HANYA RM2.40
Sesuai untuk semua peringkat umur

Klik link dibawah untuk ORDER
https://s.shopee.com.my/Vlm3bIhlJ

5 PETUA GUNA DAUN KARI1. Penawar cirit birit dan buasirDaun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan ...
23/06/2024

5 PETUA GUNA DAUN KARI

1. Penawar cirit birit dan buasir

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ianya merupakan penawar yang cukup ampuh.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening
Jika sering terasa loya dan pening, cuba tips ini. Ambil jus daunnya yang segar dan dicampurkan dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening .
Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.

3. Diabetes
Kari juga berkhasiat dalam merawat diabetes. Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Kaedah ini boleh mengawal diabetes.

Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Bahan mineral dalam daun kari mengaktifkan sel pankreatik beta yang berperanan menghasilkan insulin. Oleh itu, mereka menyimpulkan bahawa daun kari berpotensi sebagai antara bahan untuk membantu pengurusan pesakit diabetes.

4. Rambut panjang dan sihat
Untuk mendapat rambut panjang dan sihat, cubalah tips mudah ini. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
Jangan berasa hairan, daun kari boleh digunakan untuk merawat gigitan serangga.
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

Kalau tak ada pokok kari, boleh dapatkan serbuk daun kari organik di link dibawah :
https://s.shopee.com.my/9A3htFDBKO

Petua perangkap lipas dalam kereta-Petua perangkap lipas dalam kereta menggunakan bahan mudah dari dapur.-Jangan ingat k...
22/06/2024

Petua perangkap lipas dalam kereta
-
Petua perangkap lipas dalam kereta menggunakan bahan mudah dari dapur.
-
Jangan ingat kereta anda nampak bersih, ia bebas daripada kehadiran lipas.
-
Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta anda.
-
Oleh itu untuk pastikan kereta anda betul-betul bebas daripada lipas, anda boleh cuba petua ini.
-
Semoga petua ini berjaya mengatasi masalah lipas dalam kereta anda. Selamat mencuba!
-
Bahan-bahannya:
1. Marjerin
2. Minyak masak
3. Susu pekat manis
-
Cara-caranya:
-
Simpan dalam kereta semalaman dan anda pasti terkejut dengan hasilnya apabila mendapati hampir kesemua lipas akan masuk dalam perangkap yang anda buat itu.
-
Ini kerana majerin bertindak menarik lipas untuk makan kemudian susu pekat manis secara tidak langsung akan memerangkap lipas itu daripada lari ke tempat lain.
-
Begitu juga dengan minyak masak yang akan melemaskan lipas dan seterusnya mati.
"
Selamat mencuba!
Kalau Nak Mudah guna ja ubat lipas ni....
dah BERIBU unit terjual….
Klik link dibawah untuk order: (RM3.20 SAHAJA)
https://s.shopee.com.my/7fEs2NkS2B

Address

Sepang New Village

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60198442833

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakngah Remedi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pakngah Remedi:

Share