Pejabat Kesihatan Daerah Seremban

Pejabat Kesihatan Daerah Seremban Pejabat Kesihatan Daerah Seremban merangkumi Unit Pengurusan, Unit Kawalan Penyakit dan Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga.

Di bawah PKD Seremban terdapat 14 klinik kesihatan, 14 klinik desa dan 5 klinik komuniti bagi perkhidmatan perubatan.

Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan go...
07/05/2026

Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan golongan yang berisiko mengalami komplikasi jangkitan yang teruk.

Berikut merupakan gejala dan komplikasi demam campak.

Lindungi si manja anda dengan vaksinasi lengkap. Ia adalah perisai terbaik untuk mengelakkan komplikasi jangkitan yang teruk.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Pertusis atau Batuk Kokol bukan sekadar batuk biasa. Ia adalah jangkitan bakteria Bordetella pertussis yang menyerang si...
07/05/2026

Pertusis atau Batuk Kokol bukan sekadar batuk biasa. Ia adalah jangkitan bakteria Bordetella pertussis yang menyerang sistem pernafasan dan berjangkit melalui cecair atau titisan daripada sistem pernafasan.

Gejala Batuk Kokol

➡️ Batuk berulang yang teruk dan berlarutan
➡️ Kesukaran bernafas
➡️ Muka menjadi biru kerana sukar bernafas
➡️ Bayi kurang menyusu dan lesu

⚠️ Bayi berumur kurang dari 5 bulan adalah golongan paling berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius jangkitan pertusis.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

𝗡𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮! 🍄⚠️Tengah belek-belek media sosial tengok isu semasa, nampak ada orang post gambar tunju...
06/05/2026

𝗡𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮! 🍄⚠️

Tengah belek-belek media sosial tengok isu semasa, nampak ada orang post gambar tunjuk hasil tuaian cendawan busut. Banyak amat. Min pun geram tengok...teringin jugak sebenarnya nak pegi mencari jugak.

Dekat ruangan komen pun meriah, ramai juga yang teruja cakap: "Eh, dekat belakang rumah saya pun ada banyak ni. Boleh makan ke? Nak petik juga lah buat lauk!"

Risau p**a admin baca. Yela, minggu ni kes keracunan cendawan tengah naik. Takut ada yang tersilap petik 𝗖𝗲𝗻𝗱𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗮𝘆𝘂𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗹𝘀𝘂 (Chlorophyllum molybdites) sebab tertukar dengan cendawan busut yang boleh memudaratkan kesihatan.

Kalau nak petik juga, pastikan PERHATI & PILIH betul-betul ye….

KENALI TANDA AWAL KERACUNAN CENDAWAN 🍄🍄‍🟫Gejala keracunan cendawan boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam se...
06/05/2026

KENALI TANDA AWAL KERACUNAN CENDAWAN 🍄🍄‍🟫

Gejala keracunan cendawan boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam selepas anda memakannya.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gejala berikut selepas makan cendawan, bertindaklah segera!

✅ Sakit perut
✅ Loya
✅ Muntah
✅ Cirit-birit
✅ Pening kepala
✅ Peluh berlebihan
✅ Kekeliruan atau halusinasi
✅ Sawan

06/05/2026

Vaksin: Perlindungan kini, masa depan dan sepanjang usia

Pesanan penting berkaitan pengambilan cendawanLangkah Berjaga-jaga:▶️ Jangan makan cendawan liar. Belilah cendawan yang ...
06/05/2026

Pesanan penting berkaitan pengambilan cendawan

Langkah Berjaga-jaga:

▶️ Jangan makan cendawan liar. Belilah cendawan yang dijual secara sah di pasar atau pasar raya.
▶️ Jangan kutip mana-mana cendawan yang tumbuh meliar di sekitar rumah atau kawasan hutan.
▶️ Cendawan beracun dan tidak beracun boleh tumbuh di lokasi yang sama. Jangan sangka kawasan yang "bersih" itu selamat.
▶️ Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan cendawan
▶️ Simpan baki cendawan mentah atau yang telah dimasak untuk tujuan pengenalpastian spesies



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

JANGAN PERTARUHKAN NYAWA DEMI SEHIDANGAN CENDAWAN! 🍄🚫Tahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada ke...
06/05/2026

JANGAN PERTARUHKAN NYAWA DEMI SEHIDANGAN CENDAWAN! 🍄🚫

Tahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada kesilapan manusia dalam membezakan antara cendawan yang selamat dimakan dan cendawan beracun. Rupa yang hampir sama bukanlah jaminan ia boleh dimakan.

Kenapa cendawan liar berbahaya?

➡️ Mengandungi toksin semulajadi
➡️ Memasak tidak menghapuskan racun
➡️ Sukar dibezakan dengan cendawan yang selamat dimakan

Satu kesilapan kecil boleh membawa maut.

Elakkan memetik cendawan liar jika tidak pasti ia selamat dimakan.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Kasih ibu sepanjang hayat,  perlindungan bermula dari dalam kandungan 🤰🛡Tahukah ibu-ibu bahawa bayi yang baru lahir sang...
05/05/2026

Kasih ibu sepanjang hayat, perlindungan bermula dari dalam kandungan 🤰🛡

Tahukah ibu-ibu bahawa bayi yang baru lahir sangat terdedah kepada jangkitan Pertusis (batuk kokol)? Penyakit ini sangat berbahaya bagi si manja yang belum cukup umur untuk menerima vaksin sendiri.

Apabila ibu mengambil vaksin Tdap 💉, antibodi yang dihasilkan akan disalurkan kepada bayi melalui plasenta. Satu dos diberikan semasa usia kandungan 28 hingga 32 minggu.

Vaksin boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan, klinik ibu dan anak, klinik desa serta Klinik Komuniti. Janji temu akan diberi oleh anggota kesihatan semasa pemeriksaan rutin kehamilan.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Jom kita fahami fakta sebenar mengenai kandungan vaksin.✔️ Antigen sebagai Komponen Utama 🦠✔️ Vaksin diberi bagi mencega...
05/05/2026

Jom kita fahami fakta sebenar mengenai kandungan vaksin.

✔️ Antigen sebagai Komponen Utama 🦠
✔️ Vaksin diberi bagi mencegah penyakit cegahan vaksin serta mengelakkan komplikasi serius
✔️ Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan vaksin menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan keberkesana produk
✔️ Kandungan bahan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan tidak memudaratkan tubuh badan.

Kesihatan adalah pelaburan masa depan. Jangan ragu dengan sains yang menyelamatkan nyawa.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Jom sertai *VAKSIN: PERLINDUNGAN KINI, MASA DEPANDAN SEPANJANG USIA* anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Seremban bersama p...
05/05/2026

Jom sertai *VAKSIN: PERLINDUNGAN KINI, MASA DEPAN
DAN SEPANJANG USIA* anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Seremban bersama panel jemputan berpengalaman yang akan berkongsi langkah praktikal, realistik dan mudah diamalkan untuk anda dan keluarga.

📅 6 Mei 2026 (Rabu)
🕒 2.30 petang
📺 FB Pejabat Kesihatan Daerah Seremban
🎁 E-sijil disediakan

Sempena Kempen Sambutan Minggu Imunisasi Kebangsaan 2026





Address

Jalan Lee Sam
Seremban
71590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067685400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share