
29/11/2022
Penyakit Buah Pinggang, Kencing Manis makin teruk, selepas menerima rawatan alternatif.
===========================================
Bacaan buah pinggang , creatinine dari 276 ke 730 ( naik lebih 2 kali ganda )
Bacaan cholesterol, dari 3.8 ke 10.5 (naik hampir 3 kali ganda)
Bacaan hypertension, naik sehingga 200/100, memerlukan infusi ubat GTN.
Bacaan gula, HI (high index), tidak boleh dibaca oleh meter, memerlukan infusi Insulin.
===========================================
Pesakit saya, mempunyai penayakit Diabetes Mellitus, Hypertension dan kidney disease stage 4.
Beliau menjalaini kehidupan harian seperti pesakit yang lain, makan ubat, diet yang betul, dan pergi ke temujanji doctor setiap 1-3 bulan untuk pemeriksaan darah dan meneruskan rawatan.
Beliau merupakan seorang pesakit yang baik, dan akur dengan nasihat dan rawatan yang diberikan.
Follow up dengan saya hampir setahun, dengan perjumpaan setiap bulan, dan yang terakhir sejak bulan 8, beliau tidak lagi berjumpa dengan saya.
===========================================
Sehinggalah pada suatu hari, dia dimasukkan ke ICU, di mana gulanya tidak boleh dibaca, tekanan darah yang sangat tinggi, muntah yang teruk, dan kerosakan buah pinggang yang teruk.
Beliau menceritakan kepada saya bahawa, beliau berhenti mengambil ubat yang dimakan dari hospital, setelah berjumpa dengan doctor alternative di luar. Yang menjanjikan kesembuhan untuk penyakit beliau.
Beliau berhenti ubat selama 3 bulan dan mulakan rawatan alternatif selama 3 bulan. Sangat bahaya !
===========================================
Akhirnya pesakit saya perlu menjalani rawatan hemodialysis , kerana mengalami Kegagalan Buah Pinggang.
Syukur, kerana beliau tidak menghadapi heart attack, atau stroke yang boleh membawa kepada kematian.
Dan saya yakin jawapan dari rawatan alternatif itu adalah, kalau tidak sembuh itu adalah takdir tuhan.
===========================================
Nasihat saya untuk pesakit di luar sana, jauhilah berjumpa dengan doctor yang tidak bertauliah.
Berbincanglah dengan doctor yang pakar dalam bidang penyakit anda. Dan jauhilah rawatan berdasarkan testimony dan media sosial, duit tidak boleh mengembalikan buah pinggang yang rosak.
===========================================
Nak berikhtiar , biarlah berilmu.
Nak beramal, biarlah berakal.
Malu bertanya, sesat jalan.
Salah bertanya, salah rawatan, nyawa jadi taruhan.
===========================================
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga rawatan alternatif telah kau cari,
Mana nak sama dengan rawatan doktor pakar seorang.
===========================================
Ikhlas dari,
Dr Ahmad Aizudeen Zakaria
Pakar Perubatan Dalaman
MD (VSMU), MRCP-UK (London)