
22/05/2022
EWCC, NSDK merupakan sebuah Pusat Penjagaan Luka Teknik Moden yang merawat luka pesakit secara holistik. Pesakit akan dirawat dengan pemerhatian secara keseluruhan dan sekiranya perlu pesakit akan diarahkan menjalani ujian seperti:
1. Kadar gula dlm darah.
2. Jangkitan kuman
3. Penyiasatan makmal.
4. X-Ray
5. Rujukan ke Hospital.
6. Pemberian ubatan antibiotik sekiranya perlu serta lain-lain lagi.
Selain itu, EWCC, NSDK juga adalah tempat latihan kpd kakitangan seluruh Negeri Sembilan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta skill dlm perawatan luka moden.
Peserta latihan (attachment) akan menjalani 2 minggu latihan bersama peperiksaan yg akan melayakkan mereka mendapat sijil penyertaan dan claim cpd point.
EWCC diselia sepenuhnya oleh En Hamizal B. Hamid (Penolong Pegawai Perubatan) sebagai Koordinator dan tenaga pengajar bagi peserta latihan di EWCC. Seorang Pegawai Perubatan yg akan membantu di EWCC setiap hari Jumaat.
Keseluruhan hari bekerja p**a, PPP Mohammad Basri serta PPP Nurul Qurratul Aini akan membantu pesakit membersihkan luka serta menjalankan prosedur sharp debridement, maggot therapy dan pemasangan Hamizal Bridge Offloading (HBO) kpd luka pesakit.
Setakat hari ini, EWCC telah berjaya merawat luka pesakit dengan izin Allah, melebihi 1000 orang
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua...
ewccnsdk@gmail.com
Medical & health