syed904

syed904 DR SYED JEFRIZAL is a paediatrician at KPJ Seremban.

He graduated from Scotland, and completed his specialist training in various children's hospitals in the UK.

Assalamualaikum parents...Saya cuti 01-06 Julai yea..Maaf sangat, anak no 2 saya, Sumayyah... cuti semester break uni. K...
05/07/2025

Assalamualaikum parents...

Saya cuti 01-06 Julai yea..

Maaf sangat, anak no 2 saya, Sumayyah... cuti semester break uni. Kalendar cuti dia tak sama dengan sekolah.

Isnin 07 Julai insha-Allah saya naik kerja.

Raikan Sumayyah... share sikit gambar dan video penyu di Redang. Simpan sini buat kenangan. 😊

🐒🐒🐒🐒🐒🐒










Mohon tolong doakan patient saya ini yea...Semoga Allah sihatkan cepat, ameen ya Rabb. Right lobar pneumonia..Selalunya ...
29/06/2025

Mohon tolong doakan patient saya ini yea...Semoga Allah sihatkan cepat, ameen ya Rabb.

Right lobar pneumonia..

Selalunya kita dengar bronchopneumonia... Tapi ada juga pneumonia yang 'lobar'

Bronchopneumonia.. Jangkitan tu lebih 'patchy' bertompok - tompok.

Lobar pneumonia... Jangkitan tu lebih tertumpu pada satu-satu bahagian paru-paru..

Dan selalunya, lobar pneumonia lebih serius dari bronchopneumonia.

Anak nie umur 5 tahun... Dia komplen sakit dada. Jarang anak umur lima tahun komplen sakit dada.

Ambil berat sekiranya anak-anak complaint sakit dada. Most likely ada something yang serius.









Alhamdulillah... KPJ SEREMBAN exclusively selected untuk program collaboration dengan Great Eastern.Lepas nie, mana-mana...
14/05/2025

Alhamdulillah... KPJ SEREMBAN exclusively selected untuk program collaboration dengan Great Eastern.

Lepas nie, mana-mana patient paeds yang perlu dimasukkan ke wad, dan diagnosis dia termasuk dalam 10 kategori yang disenaraikan.... boleh terus masuk wad tanpa tunggu GL approval.

Jimat masa... Alhamdulillah.

Semoga mudah urusan urusan ibu, ayah, pesakit dan keluarga yang memerlukan.








Alhamdulillah... Simpan sini buat kenangan..
07/05/2025

Alhamdulillah... Simpan sini buat kenangan..

Mohon tolong doakan baby nie yea... Baru lahir... Ada jangkitan pada paru-paru dia aka congenital pneumonia.Untuk parent...
06/05/2025

Mohon tolong doakan baby nie yea... Baru lahir... Ada jangkitan pada paru-paru dia aka congenital pneumonia.

Untuk parents yang ada baby baru, element jangkitan pada paru-paru bayi baru lahir........ Baby tak semestinya demam yea. Dan almost 95% of cases baby tak demam.

Manisfestasi jangkitan congenital pneumonia antaranya ialah :

1. Bernafas laju.. Dan laju tu persistent

2. Bibir atau lidah kebiruan

3. Bunyi 'grunting' - nie cuba tengok dalam YouTube

4. Lubang hidung kembang kempis struggle nak bernafas

5. Dada berombak - nampak tulang rusuk masa baby bernafas

Moga yang baik baik sahaja insha-Allah untuk anak ini... Ameen ya Rabb.










29/04/2025
Minggu lepas dikejutkan dengan kepulangan ke pangkuan Ilahi, salah seorang patient saya, semasa dia di dalam tidur.Saya ...
19/02/2025

Minggu lepas dikejutkan dengan kepulangan ke pangkuan Ilahi, salah seorang patient saya, semasa dia di dalam tidur.

Saya rasa ramai orang dah tahu, anak pada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah 😞😭

Jom kita doakan mereka dan keluarga mereka, moga Allah angkat darjat mereka asbab ujian ini.

Terkedu juga saya bila dapat berita nie, sebab baru aje jumpa baby dalam beberapa minggu sebelum tu.

That shows yang dunia hanya pinjaman... dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali.

Cara Zaquan dan Ayu balas mesej saya, memberi gambaran yang mereka tabah dan redha dengan ujian ini... Moga yang baik baik sahaja insha-Allah untuk mereka.

Ameen ya Rabb.










Mohon doakan anak ini yea.. Semoga cepat sembuh.. Ameen ya Rabb... Dah masuk operation theatre.Anak ini complaint sakit ...
06/02/2025

Mohon doakan anak ini yea.. Semoga cepat sembuh.. Ameen ya Rabb... Dah masuk operation theatre.

Anak ini complaint sakit perut... muda lagi orangnya.. Umurnya kurang dari 8 tahun... Tapi dah ada batu karang 😒

Sakit perut yang datang dari saluran kencing dan buah pinggang.

Perkongsian untuk rakan2 GP dan MO saya... Kalau ada recurrent abdominal pain, mohon jasa baik automatic check juga urine.

Untuk parents... Kes nie menunjukkan yang bila anak complaint sakit... Elok pergi check menyeluruh.

Sebab sakit perut tak semestinya datang dari usus.

Contoh lain... Sakit kepala tak semestinya datang dari otak (boleh dari gigi, mata atau sinus)

Moga baik baik sahaja insha-Allah untuk anak ini... Ameen ya Rabb.







Mohon tolong doakan patient saya yea... moga Allah sihatkan cepat.....ameen ya Rabb.Patient dirujuk pada saya....? Aller...
23/12/2024

Mohon tolong doakan patient saya yea... moga Allah sihatkan cepat.....ameen ya Rabb.

Patient dirujuk pada saya....? Allergic reaction. Ada history makan ayam sebelum tu, terus mata bengkak.

Tapi bila saya periksa, di bahagian betis pesakit, ada juga bengkak... aka orang kata macam 'sembab'.

So bila check darah dan air kencing, Albumin dia rendah dan ada banyak protein dalam urine... Consistent dengan diagnosis of nephrotic syndrome.

Nanti boleh Google nephrotic syndrome.

Penting untuk kita bezakan sebab jenis rawatan dia berbeza langsung.

Take home messages :

1. Tak semua mata bengkak = allergic reaction

2. Khusus pada rakan2 GP saya, dalam paeds, elok buat pemeriksaan fizikal menyeluruh sebab takut ter 'miss' diagnosis

Credit images Google









Assalamualaikum parents...Just nak update yang saya unavailable insha-Allah dari Jumaat 05 julai sehingga Ahad 14 julai....
04/07/2024

Assalamualaikum parents...

Just nak update yang saya unavailable insha-Allah dari Jumaat 05 julai sehingga Ahad 14 julai.

Saya minta maaf sangat sangat, sebab saya tahu saya baru aje balik dari cuti.

Cuma break kali nie atas urusan keluarga, insha-Allah nak teman anakanda kedua saya, Sumayyah daftar di Monash University, Melbourne.

Mohon doa semua, moga dengan rahmat Allah dan keberkatan hari Jumaat ini, Sumayyah sentiasa dalam perlindungan Allah selalu, dipermudahkan urusan dia dunia akhirat, dapat menimba ilmu demi kemashalatan ummat, dipelihara Allah iman dan akhlaknya. Ameen ya Rabb.

Kenot move on 😁😁Tapi dah start kerja hari ni.. Alhamdulillah.Bismillah.
01/07/2024

Kenot move on 😁😁

Tapi dah start kerja hari ni.. Alhamdulillah.

Bismillah.









Bila dah dapat mesej macam nie...huhu. Insha Allah saya start kerja 01 Julai..
28/06/2024

Bila dah dapat mesej macam nie...huhu.

Insha Allah saya start kerja 01 Julai..






Address

KPJ SEREMBAN
Seremban
70200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when syed904 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category