Tips Kesihatan

Tips Kesihatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Kesihatan, Seremban.

30/11/2016

7 CARA UNTUK MENGATASI MASALAH SENGGUGUT

1. Anda dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi. Ini kerana kalsium berkeupayaan untuk memberikan ketenangan sekaligus menghindarkan ketegangan serta mengimbangi kadar kandungan cecair dalam badan. Makanan yang berkalsium tinggi termasuklah kekacang, tempe dan susu.

2. Cara yang kedua adalah anda perlu mengambil sumber vitamin C dalam dos yang tinggi. Banyak buah-buahan contohnya seperti limau yang diperkaya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurang 7 biji limau untuk mendapatkan nilai Vitamin C yang mencukupi.

3. Ambillah makanan tambahan (supplemen) yang kaya dengan vitamin B6 dan Vitamin E untuk menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika datang bulan. Memang tak dapat dibayangkan betapa sakitnya bila perut menegang akibat senggugut. Pengambilan vitamin B6 dan Vitamin E dapat mencegah ketegangan perut.

4. Semasa tempoh ‘period pain’ ini, anda perlu mendisiplinkan diri dan mengurangkan jumlahg pengambilan garam. Kawalan terhadap pengambilan garam akan berupaya mengurangkan pengump**an air yang berlebihan dalam badan kita.

5. Ada yang mencadangkan agar makan coklat untuk mengurangkan stress. Namun, hakikatnya jika kita diserang angin senggugut yang kronik kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berkafein, bercoklat dan bertepung. Kurang pengambilan kopi, teh mahu pun coklat dalam tempoh ini.

6. Ambillah makanan yang kaya dengan serat. Apa makanan yang kaya dengan serat itu? Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti avocado, jagung, bijirin oat, sayuran dan buah-buahan. Lengkapkan dengan pengambilan 8 gelas air sehari bagi penyerapan maksimum. Ini dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain ketika period.

7. Buat mereka yang mempunyai masalah anemia iaitu kurang darah, saranan terbaik adalah untuk mengambil makanan tambahan atau supplemen yang kaya dan tinggi dengan zat besi.

23/11/2016

Kebaikan Buah Lemon Untuk Kurus Dan Sihat.!!!

1. Kuruskan Badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.

2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.

3. Cantikkan Kulit
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. Cer tengok saya awet muda kan (hehe terpuji diri sendiri lak)

4. Bantu Proses Singkirkan Toksin
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.

Khasiat Halia1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh memba...
23/11/2016

Khasiat Halia

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

23/11/2016

Manfaat Bawang Putih..??

Bawang Putih Kaya Akan Nutrisi dan Rendah Kalori

Bawang putih merupakan salah satu herbal yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat baik dan di butuhkan oleh tubuh. Bawang putih sangat tinggi kandungan vitamin C dan Kalsium serta zat besi.

Berikut adalah ringkasan dari nutrisi yang diberikan oleh bawang putih per 136 Gr bawang putih:

Vitamin C; Memenuhi 71 % kebutuhan harian
Kalsium; Memenuhi 25 % kebutuhan harian
Besi; Memenuhi 13 % kebutuhan harian
Karbohidrat (45 gr); 15 % kebutuhan harian
Serat (3 g); memenuhi 11 % kebutuhan harian.
Nutrisi yang terdapat dalam kandungan bawang putih ini sangat bermanfaat bagi tubuh manusia, namun uniknya ia tidak mengandung zat atau nutrisi yang mungkin berbahaya bagi tubuh jika terlalu besar seperti lemak jenuh dan kalori.

Herbal ini dipastikan dapat membantu menunjang kesehatan tubuh dan menjadikan kita bebas dari berbagai penyakit berbahaya.

23/11/2016

Kesihatan Tubuh Badan Air Kosong Sangat Penting..??

Kita tahu bahawa air sangat penting, tetapi tahu tak bila masa tertentu yang kita perlu minum air?

Minum air pada waktunya dapat memaksimumkan keberkesanannya ke atas tubuh manusia

Satu gelas air setelah bangun dari tidur membantu mengaktifkan organ dalam.
Satu gelas 30 minit sebelum waktu makan membantu dalam penghadaman makanan.
Satu gelas sebelum mandi membantu menurunkan tekanan darah.

Satu gelas sebelum tidur mengelakkan strok atau serangan jantung. Kira-kira 90% daripada serangan jantung berlaku di awal pagi, risiko boleh dikurangkan jika minum segelas dua air sebelum tidur.

23/11/2016

Penjagaan Buah Pinggang..!!!

Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk. Fungsi buah pinggang di dalam badan adalah untuk mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan juga mengawal jumlah cecair di dalam badan.

Apabila buah pinggang anda mempunyai terlalu banyak toksin, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana anda tidak mampu untuk mengeluarkan bahan buangan dan juga urin dari badan anda. Mereka yang paling berisiko mempunyai penyakit buah pinggang kronik ialah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau sejarah keluarga yang pernah mempunyai penyakit buah pinggang. Berbanding perempuan, lelaki biasanya lebih berisiko mempunyai penyakit buah pinggang. Namun ini tidak bermakna yang kaum perempuan boleh mengabaikanpenjagaan buah pinggang yang betul.

23/11/2016

Memilih Makanan Dengan Baik

Kita harus pandai mengatur pemakaman dengan seimbang. Diet yang keterlaluan itu juga tidak bagus karena kebutuhan nutrisi jadi tidak tercukupi. Dan itu juga bisa menyebabkan berbagai macam penyakit. Begitu juga sebaliknya, makan secara berlebihan juga tidak bagus, itu juga bisa menimbulkan penyakit.

Jadi memilih makanan yang baik itu bagaimana? yaitu dengan memakan makanan yang kaya dengan nutrisi dengan panduan pemakanan yang sehat. Dengan panduan makanan yang sehat kita bisa menghindari penyakit seperti anemia, sakit tulang belakang, insomnia atau depresi.

CARA MENJAGA KESIHATAN MATA1. Riwayat kesehatan mata keluargaBicaralah pada anggota keluarga terutama orang tua Anda. Ap...
23/11/2016

CARA MENJAGA KESIHATAN MATA

1. Riwayat kesehatan mata keluarga

Bicaralah pada anggota keluarga terutama orang tua Anda. Apakah orang tua Anda di diagnosis mengalami penyakit mata keturunan. Hal ini karena dapat menentukan Anda, apakah Anda beresiko tinggi terkena penyakit mata atau tidak.

2. Jaga jarak pandang

Jaga jarak pandang ketika sedang berada dilayar komputer maupun TV. Jarak pandang yang ideal sekitar 50-100cm. Seperti juga halnya ketika sedang membaca buku. Jarak yang ideal ketika membaca buku sekitar 30cm. Hal ini dimaksudkan agar dapat terhindar dari miopi atau rabun dekat.

3. Hindari kebiasaan mengucek mata

Jangan sering mengucek mata ketika mata terasa gatal. Ketika tangan Anda kotor sehabis memegang suatu benda dapat menginfeksi organ mata yang dapat berakibat sangat buruk untuk kesehatan mata.

4. Istirahatkan mata

Jangan paksakan mata untuk berlama-lama membaca buku atau berada di depan layar komputer. Jika Anda terlalu lama, mata akan sakit. Isitirahatkan mata selama beberapa menit.

5. Pakai pelindung mata

Cobalah untuk memakai pelindung mata dalam berbagai kegiatan aktivitas seperti saat berkendara, olahraga, dan sebagainya. Banyak kacamata yang dirancang khusus untuk olahraga untuk menghindari terjadinya cedera mata dan terhindar dari debu.

6. Berhenti merokok

Bagi orang perokok, usahakan agar menghentikan kebiasaan merokok mulai sekarang. Ini dikarenakan, dapat berpotensi mengalami sejumlah penyakit mata seperti katarak dan kerusakan saraf optik pada mata.

23/11/2016

Ikan Bakar Tingkatkan Kesihatan Otak :

Satu kajian yang dijalankan di Fakulti Sains Kesihatan Universiti Pittsburgh, Amerika menyarankan agar fokus dialihkan daripada mengambil Omega-3s kepada memakan ikan; asli dan ringkas, bakar atau panggang, untuk meningkatkan kesihatan otak.

Petua Menjaga Kehebatan Dalaman Untuk WanitaWanita seharusnya menjaga kesihatan dalaman untuk kebaikkan diri sendiri dan...
23/11/2016

Petua Menjaga Kehebatan Dalaman Untuk Wanita

Wanita seharusnya menjaga kesihatan dalaman untuk kebaikkan diri sendiri dan juga pasangan (suami). Jika perkara ini diabaikan tanpa sedar mahupun ada sikap MALAS dalam diri wanita, jangan nanti berlinang air mata p**a kerana suami mencari yang lain. Wahai para wanita, ingatlah "Seks Pelengkap Kasih Sayang Suami Isteri". Mari kita sama-sama amalkan petua ini.

1) Elakkan dari terlalu kerap mengambil sayur-sayuran yang bersifat sejuk seperti kangkung, timun, labu air atau kundur.

2) Sebolehnya hadkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang atau betik. Amalkan minum jus lobak merah yang dicampurkan sedikit madu lebah.

3) Jangan buang air kecil dan air besar serentak, sebaliknya cuba lakukan satu persatu.

4) Jangan buang air ketika berada didalam air (kolam renang atau tab mandi). Ini dikatakan akan mampu melemahkan kemantapan va**na selain itu mempercepatkan monopus.

5) Bersihkan alat kelamin setiap kali selesai hubungan intim, ia boleh melemahkan selain mengundang penyakit berjangkit

Petua Kecantikan Dalaman Wanita

§ Apabila mengambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan

§ Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.

§ Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih

§ Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung p**a dapat merapatkan pintu rahim.

§ Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan f***j.

§ Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.

§ Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman

petua menjaga kesihatan dalaman wanita

§ Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan

§ Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit

§ Boleh juga mengamalkan MinumanSunnah yang terbaik dan paling laris kini.

Address

Seremban

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

0193528256

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tips Kesihatan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram