30/07/2025
Kisah Encik Mat-Bahagian 3
Malam itu, kata-kata sahabatnya terus terngiang-ngiang di telinga Encik Mat. “Kalau kau nak pulih, kau kena faham dulu apa yang berlaku dalam badan kau. Bila kau faham, baru kau boleh buat pilihan yang betul,” pesan sahabatnya.
Keesokan harinya, Encik Mat nekad untuk bertemu doktor yang diperkenalkan. Di klinik tersebut, doktor itu tidak terus bercakap tentang ubat atau insulin, tetapi menerangkan punca sebenar masalahnya iaitu rintangan insulin.
“Selagi kita tidak atasi rintangan insulin, gula dalam darah sukar dikawal walaupun dengan ubat,” jelas doktor itu. Doktor tersebut mengajarnya protokol rawatan dengan cara pemakanan yang betul, kepentingan intermittent fasting serta bagaimana amalan-amalan gaya hidup yang tertentu dapat membantu proses detoks dan pemulihan tubuh.Hampir 2 jam perundingan berlangsung namun terasa begitu sekejap masa berlalu kerana terlalu banyak ilmu tentang diabetes yang Encik Mat tidak pernah ambil tahu sebelum ini.
Encik Mat mula sedar bahawa perubahan bukan sekadar mengurangkan gula dalam minuman, tetapi melibatkan gaya hidup menyeluruh. Perlahan-lahan, dengan bimbingan yang tepat, berat badannya turun, bacaan gulanya semakin stabil dan tenaganya kembali pulih.
“Rupanya, diabetes boleh dikawal, malah boleh pulih jika kita tahu caranya,” kata Encik Mat penuh yakin.Pokok pangkalnya ikhtiar sehabis baik,kita berusaha,Allah jua yang menyembuhkan.Yang penting jangan putus asa,perkasakan diri dengan ilmu dan fahami apakah keperluan jasad agar setiap langkah mendatangkan kebaikan.
_______________________________________________________________________
💔 Ramai yang seperti Encik Mat.Hilang motivasi,rasa lesu dan penat,gula sukar dikawal,ubat p**a semakin bertambah,paling perit walau sedaya upaya menjaga namun komplikasi tetap bertandang..fungsi buah pinggang yang merosot,jantung mula lemah,mata semakin kabur,luka yang sukar sembuh dll.
Tetapi ada jalan… ada harapan...
🌟 Jemput hadir ke Conference ASFAMM – “Diabetes Boleh Pulih?” pada 9 Ogos 2025.
Di sini anda akan dibimbing oleh doktor-doktor yang berpengalaman luas dalam pengurusan penyakit Diabetes dan akan berkongsi strategi yang efektif untuk pemulihannya.
Apa yang Anda Akan Dapat Pelajari:
✅ Belajar cara mencegah, mengawal, memulihkan dan mengelakkan diabetes
✅ Fahami punca sebenar diabetes dan kenapa ia boleh dipulihkan jika ditangani dari akar umbi
✅ Pendekatan perubatan terkini dan pemakanan semula jadi yang terbukti secara saintifik
✅ Ilmu terus dari pakar-pakar perubatan dalam bidang diabetes, nutrisi dan metabolik
✅ Kisah benar pesakit yang berjaya bebas dari diabetes tanpa ubat seumur hidup
🎙 Barisan Speaker Hebat:
• Dr Norman
• Dr Aida
• Dr Ayu
• Prof Aziz
• Dr Roland
📌 Tempat terhad! Daftar sekarang di:
https://asfammofficial.onpay.my/order/form/CONFERENCEASFAMM2025/Ara25
📌 Jangan tunggu hingga terlambat. Jadikan ia hadiah untuk diri anda dan insan tersayang.Harga promosi sehingga 31 Julai 2025 sahaja!