Kamarol Ridzuan - Pak Kam

Kamarol Ridzuan - Pak Kam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kamarol Ridzuan - Pak Kam, Pusat Khidmat DUN Paroi, 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning, Seremban.

Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan Datin Saeiah, isteri kepada Allahyarham Dato’ Zul yang mer...
20/04/2026

Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan Datin Saeiah, isteri kepada Allahyarham Dato’ Zul yang merupakan Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, ke pejabat saya.

Kunjungan ini amat bermakna, apatah lagi Allahyarham merupakan sahabat baik saya yang banyak meninggalkan kenangan yang cukup berharga. Sama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Terima kasih atas kunjungan. Semoga ukhwah ini terus diberkati.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)




Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj

Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) Kami menerima makluman pagi ini pemergian ...
20/04/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

Kami menerima makluman pagi ini pemergian salah seorang ahli kariah Masjid Taman Marida, Senawang, allahyarham Nor Shahrizal bin Nor Aman Shah

Jenazah telah selesai disolatkan tengah hari tadi di Masjid. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham semoga tabah menghadapi dugaan.

Semoga diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Insyaallah Amin..

YB HJ KAMAROL RIDZUAN
PAK KAM
ADUN PAROI


Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri beberapa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Taman Matahari Indah, Taman Senawang...
19/04/2026

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri beberapa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Taman Matahari Indah, Taman Senawang Indah 2, Taman Mayang Sari serta Surau Al Wustha.

Suasana yang penuh meriah dan harmoni ini memberi peluang untuk saya beramah mesra serta mengeratkan ukhuwah bersama penduduk setempat. Terima kasih atas jemputan dan layanan yang sangat baik daripada semua pihak.

Semoga silaturrahim yang terjalin ini terus kukuh dan diberkati, insyaAllah.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)




Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj

Memenuhi undangan Majlis Kesyukuran atas dapat panggilan Haji di Kg Gemenceh Ulu. Semoga dipermudahkan segala urusan dan...
19/04/2026

Memenuhi undangan Majlis Kesyukuran atas dapat panggilan Haji di Kg Gemenceh Ulu. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat Haji yang Mabrur.

Alhamdulillah, berkesempatan memenuhi undangan Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Jempol dalam suasana penuh kemeriahan da...
19/04/2026

Alhamdulillah, berkesempatan memenuhi undangan Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Jempol dalam suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah.

Gembira dapat bertemu serta beramah mesra dengan sahabat handai dan masyarakat setempat yang hadir, mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sekian lama terjalin. Inilah keindahan Aidilfitri—menyatukan hati-hati dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan yang begitu mesra. Semoga usaha sebegini terus memperkukuh perpaduan serta semangat kebersamaan dalam masyarakat.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)




Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj

Alhamdulillah 🤍Sekitar jam 3 pagi di KLIA, kami berkesempatan meraikan dan menghantar keluarga serta sahabat handai bagi...
18/04/2026

Alhamdulillah 🤍

Sekitar jam 3 pagi di KLIA, kami berkesempatan meraikan dan menghantar keluarga serta sahabat handai bagi penerbangan kedua jemaah haji.

Saya bersama ahli keluarga isteri turut mendoakan adik ipar kami, Norismalaila Ishak yang bertugas sebagai petugas Tabung Haji, agar diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam membantu para jemaah di Tanah Suci.

Dalam kesempatan ini juga, saya sempat bertemu sahabat saya, Saudara Rozaiman dan isteri, jiran kami di Taman Pinggiran Senawang yang turut berangkat dalam penerbangan yang sama. Turut bertemu Saudara Khairul, jiran di Taman Senawang Perdana bersama keluarganya yang menghantar kakak beliau sebagai Dhuyufur Rahman pada tahun ini.

Semoga semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan setiap urusan, serta memperoleh Haji yang mabrur.

Aamiin 🤲

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis Aidilfitri anjuran PAS DUN Kota.Suasana penuh kemeriahan den...
16/04/2026

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menghadiri Majlis Aidilfitri anjuran PAS DUN Kota.

Suasana penuh kemeriahan dengan kehadiran masyarakat setempat yang datang mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan lagi semangat silaturrahim di bulan Syawal yang mulia ini.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan yang amat baik. Semoga segala usaha dalam memperkukuh hubungan masyarakat ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)

Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj




Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menerima kunjungan daripada pihak Coop Bank Cawangan Seremban ke Pusat Khidmat Mas...
15/04/2026

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menerima kunjungan daripada pihak Coop Bank Cawangan Seremban ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi.

Perkongsian yang diberikan amat bermanfaat, khususnya berkaitan pelbagai produk kewangan yang ditawarkan kepada masyarakat. Selain itu, proses pembukaan akaun juga kini lebih mudah dan mesra pengguna, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Coop Bank atas kunjungan ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat terus diperkukuhkan demi manfaat warga DUN Paroi.

YB Hj Kamarol Ridzuan
ADUN PAROI
(YB Pak Kam)





Join Community Group ADUN PAROI
https://chat.whatsapp.com/K2l3Tdvo9c02bgRiororLj

Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) Kami menerima makluman pagi ini pemergian ...
15/04/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

Kami menerima makluman pagi ini pemergian salah seorang ahli kariah Masjid At Taqwa Kariah Paroi, allahyarham Zulkifli bin Shaari.

Jenazah telah selesai disolatkan jam 10 pagi tadi. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham semoga tabah menghadapi dugaan.

Semoga diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Insyaallah Amin..

YB HJ KAMAROL RIDZUAN
PAK KAM
ADUN PAROI


Alhamdulillah, berkesempatan memenuhi undangan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid Saidatina Aisyah, Taman Bandar ...
13/04/2026

Alhamdulillah, berkesempatan memenuhi undangan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid Saidatina Aisyah, Taman Bandar Seremban Selatan.

Suasana penuh meriah dengan kehadiran masyarakat setempat yang hadir bersama keluarga, mencerminkan semangat ukhuwah dan perpaduan yang terus utuh. Majlis seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah menjadi platform untuk kita saling bermaafan dan memperkukuh hubungan sesama komuniti.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan yang sangat baik. Semoga segala usaha dalam menganjurkan majlis ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Address

Pusat Khidmat DUN Paroi, 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning
Seremban
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamarol Ridzuan - Pak Kam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kamarol Ridzuan - Pak Kam:

Share