11/10/2021
[KENALI DARAH SELEPAS BERSALIN]
Bila disebut tentang darah selepas bersalin, semua wanita akan bercakap mengenai darah nifas sahaja. Darah yang keluar dalam tempoh 2 kali lamanya dari darah haid biasa.
Cuma apa yang mereka tak tahu sebenarnya darah ketika selepas bersalin ada 3 jenis, yang perlu dikeluarkan dari rahim dan kalau tak keluar sendiri perlu di"korek" oleh mak bidan. Mengapa ia perlu dikorek adalah kerana darah2 ini sangat berbisa kepada wanita yang bersalin dan jika tidak dikeluarkan dengan betul akan menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti meroyan, bentan, ketidakseimbangan hormon, dan juga boleh menyebabkan kes-kes yang lebih serius seperti ketumbuhan dalam rahim iaitu cyst,fibroid dan juga KANSER RAHIM.
Amat penting semua ibu dan bakal ibu tahu akan jenis2 darah kita selepas proses kelahiran. Jenis darah selepas bersalin ada 3 iaitu:
-Darah Bantal
-Darah Nifas
-Darah Bayam
Mari kita kupas satu persatu jenis-jenis darah ini. Dimulai dengan
1.Darah Bantal
a) Apa itu Darah Bantal?
Sejenis darah yang terkumpul selama 9 bulan dalam merian bersama uri
Dikenali juga sebagai "alas bayi"sebab ia seperti "bantal" bagi bayi di dalam rahim
b) Apakah tekstur Darah Bantal?
Lazimnya ia sebesar penumbuk tapi bertekstur lembut
Selalu keluar secara berketul pada hari pertama dan kedua berpantang.
Selalunya ia keluar ketika uri dikeluarkan.
Kadang-kadang Darah Bantal ini bila keluar kita rasa macam ada seketul daging keluar dari "bawah kita.
c) Apakah kesannya jika Darah Bantal tertinggal dalam badan?
Ia boleh menjadi darah beracun dan menyebabkan ibu sakit di bahagian ari-ari seperti contraction hendak bersalin lagi. Kadang-kadang sakit ini adalah keterlaluan sehingga keadaan ibu lutut bertemu dagu. Kadang2 sakitnya menyukarkan ibu untuk berjalan.
Ibu akan berasa sakit dibahagian perut dan ari-ari seperti senggugut, atau lebih teruk seperti contraction bersalin.
Perut ibu akan tertonjol keras seperti ada seorang lagi bayi dalam perut
Perut ibu akan kelihatan buncit, wajah yang sembap dan bentuk badan macam perempuan sedang hamil
d) Apakah caranya untuk keluarkan Darah Bantal?
Selalunya ia akan keluar sendiri. Tetapi apbila terasa seperti darah ini masih ada, ibu dalam keadaan sakit bersalin (contraction) yang teramat sangat, maka perlu dipanggil mak bidan yang pro atau ahli perubatan moden untuk melakukan kaedah memutar dibahagian pusat ibu.
Bila Darah Bantal ini dikeluarkan secara total atau keseluruhan, badan ibu akan automatik menjadi ringan, sakit di tempat ceaser tidak rasa menyeksa sangat, dan mata terasa terang sangat2.
2. Darah Nifas
a) Apa itu Darah Nifas
Biasanya selepas Darah Bantal habis keluar, maka bermulalah pengeluaran Darah Nifas untuk ibu
b) Tekstur Darah Nifas?
Seperti darah period. Masa minggu pertama, darah akan akan kelihatan kehitaman, pekat, berlendir, berkepingan dan berbau busuk.
Tekstur lazim darah nifas, sedikit berair dan sedikit berketul,
Kadang-kadang, bila ibu berpantang yang tidak mengamalkan segala herba atau jamu, bau dari darah nifas mereka akan mengganggu orang sekeliling dan menyebabkan mereka sukar didekati meskipun suami sendiri. Darah yg tidak sihat akan berbau hanyir dan busuk, darah yg berbau sihat berbau besi.
Untuk minggu pertama juga Darah Nifas akan keluar bersama-sama Darah Bantal
Minggu kedua, Darah Nifas akan keluar dengan tekstur lebih cair sehinggalah kecoklatan (macam darah tanda 1st day period kita)
c) Bagaimana untuk membantu Darah Nifas keluar sehabis-habisnya?
Sebab itu perlu dipantau, jika Darah Nifas berhenti terlalu awal iaitu hanya seminggu atau dua minggu sahaja, makan perlu dilakukan rawatan luaran yang merangsang pengeluaran darah nifas. Darah Nifas tidak boleh berhenti terlalu awal. Selalunya Darah Nifas akan berhenti pada minggu ke-3 atau sebulan tepat.
Digalakkan ibu-ibu melakukan tangas kering pada minggu ke-30. Dan diharapkan jangan ada ibu-ibu melakukan tangas kering lebih awal dari tempoh 30 hari. Sebab fungsi tangas kering adalah untuk mengeringkan saluran sulit supaya rapi, segar dan normal. Jika tangas kering dilakukan terlalu awal, ia akan membantutkan pengeluaran darah kotor dari rahim dan darah kotor inilah yang akan meracun kembali sistem badan kita. Pemakanan jamu atai herba akar kayu sgt digalakkan utk ibu2 amalkan supaya rahim sentiasa terjaga dan sihat.
Perlu diingatkan Darah Nifas yang terlalu awal habis dan tidak habis keluar boleh menyebabkan masalah f***j kita sentiasa keluar air jernih (macam air ketuban yang tiris), keputihan, hakisan mulut rahim, sista, prolips dan juga fibroid.
Ketika ini pentingnya amalan pemakanan yang seimbang bagi ibu-ibu berpantang. Elakkan ikan-ikan yang tajam dan berbisa.
3. Darah Bayam
Darah Bayam, seakan-akan bayam yang sudah basi dan berlendir.
a) Apakah tekstur Darah Bayam?
Seperti namanya, warnanya kehijauan berlendir sepeti bayam, baunya seperti bayam basi dan kadang-kadang seperti bau bangkai ikan.
Ia sangat beracun
Keluar pada penghujung Darah Nifas
b) Akibat jika Darah Bayam tidak keluar?
-Ibu mudah berasa seram sejuk
-Mata ibu yang dahulu terang, jadi kabur dan rabun selepas bersalin
-Senang pening kepala
-Rambut gugur dan gatal kulit kepala meskipun tiada kelemumur
-ibu senang kena alegik atau gatal2 kulit
-Mudah letih
-Senang sakit pinggang sampai kalau selepas bersama suami kerap merasa kesakitan itu. Kadang2 menyebabkan ibu selalu mengelak untuk bersama dengan suami
-F***j yang meleleh air seperti tiris ketuban, kegatalan yang serius dan infeksi (infection)
-Jika peringkat serius, boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan kanser pangkal rahim.
Diketahui umum, makanan kegemaran segala barah dan ketumbuhan dalaman badan ialah darah kotor, termasuklah darah nifas, darah bantal, darah bayam atau darah haid yang tidak habis keluar dari sistem badan.
Oleh itu, diharapkan bagi ibu-ibu bersalin tu, bila dah bersalin pantaulah keluaran darah anda. Kaji darah yang keluar. Pastikan ketiga-tiga darah ini keluar dari rahim kita demi kesejahteraan kesihatan kita.
Kredit: kelab pakar hamil