Hospital Tuanku Ja'afar Seremban

Hospital Tuanku Ja'afar Seremban HTJS, KKM, mempunyai 1143 katil dengan 23 kepakaran klinikal, rujukan semua hospital / klinik di Negeri Sembilan

🩺 Misi Jejak Fail: Demi Keselamatan Data Anda!Siapa sangka, di sebalik rawatan yang hebat, ada sistem rekod yang mantap!...
15/04/2026

🩺 Misi Jejak Fail: Demi Keselamatan Data Anda!

Siapa sangka, di sebalik rawatan yang hebat, ada sistem rekod yang mantap! Pada 6 April yang lepas, suasana di wad HTJS sedikit berbeza dengan kehadiran 18 'detektif' rekod dari seluruh Negeri Sembilan. 🕵️‍♂️📋

Audit ini bukan sekadar semakan kertas, tapi janji kami untuk pastikan privasi dan data perubatan anda sentiasa terjaga rapi. Terima kasih Pengarah HTJS, YBhg. Dato’ Dr. Zaleha Md Noor atas sokongan padu! Kita 'on track' menuju Akreditasi MSQH 2026. 💪✨

📌 KURSUS JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 HTJS 2026Pada 7 dan 8 April 2026, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban telah men...
13/04/2026

📌 KURSUS JURUAUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 HTJS 2026

Pada 7 dan 8 April 2026, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban telah menganjurkan Kursus Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015.

Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Encik Abdul Rashid bin Abdul Kudus daripada IMS Consultancy & Solution. Tujuan kursus adalah untuk melatih juruaudit dalaman HTJS dalam memahami dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dengan lebih berkesan.

📢 BENGKEL IR S.A.F.E (Speak Up Against Fatal Errors) – Suara Anda, Nyawa MerekaPada 1 April 2026, Unit Pengurusan Risiko...
13/04/2026

📢 BENGKEL IR S.A.F.E (Speak Up Against Fatal Errors) – Suara Anda, Nyawa Mereka

Pada 1 April 2026, Unit Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal Hospital Tuanku Ja’afar Seremban telah menganjurkan Bengkel IR S.A.F.E di Dewan Seminar 3 Nenek, HTJS.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja HTJS tentang kepentingan melaporkan insiden keselamatan pesakit agar setiap nyawa sentiasa dilindungi.

10/04/2026
09/04/2026

A productive engagement was held between the Chairman of MMA Negeri Sembilan Dr. DrSelva Ganapathi Ganeson , Dr. Zuhaida Bt Che Embi (Timbalan Pengarah HTJS 1), and Dr. Dzulkamal Bin Dawan (Timbalan Pengarah HTJS 2) in advancing the Welcome on Abroad & HEARTS Programme for Medical Officers and Specialists across Negeri Sembilan hospitals and Klinik Kesihatan.

The session focused on strengthening the programme framework, with emphasis on structured flow, engagement, and initiatives that support the wellbeing and professional development of our doctors.

This collaboration reflects a shared commitment to enhancing support systems for healthcare professionals while fostering a more resilient and connected medical community in Negeri Sembilan.
More updates will follow as the programme progresses.

📢 OFFICIAL ANNOUNCEMENT: ENT UPDATE & TRACHEOSTOMY COURSE 📢The Department of Otorhinolaryngology (ENT), Hospital Tuanku ...
08/04/2026

📢 OFFICIAL ANNOUNCEMENT: ENT UPDATE & TRACHEOSTOMY COURSE 📢

The Department of Otorhinolaryngology (ENT), Hospital Tuanku Jaafar Seremban is pleased to invite doctors, nurses, and healthcare practitioners to participate in:

🩺 ENT Update & Tracheostomy Course 2026

📅 Date: 5th & 6th May 2026
📍 Venue: Auditorium Gemilang, Hospital Tuanku Jaafar Seremban
⏰ Time: 8:00 AM – 5:00 PM

💡 Limited seats available! Join us to enhance your clinical knowledge and skills.

📌 Registration & Enquiries:
📧 Email: entmohtjs@gmail.com
📞 Phone: 01130742836 (Dr Iqbal) / 0132702798 (Dr Amira)

Don’t miss this opportunity to learn from experts in the field!

BENGKEL “MOVE TO IMPROVE – EXERCISE FOR FITTER YOU” HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN 2026Pada 3 April 2026 yang lalu, Uni...
07/04/2026

BENGKEL “MOVE TO IMPROVE – EXERCISE FOR FITTER YOU” HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN 2026

Pada 3 April 2026 yang lalu, Unit Perubatan Sukan dengan kerjasama Unit Endokrinologi, Jabatan Perubatan HTJS telah berjaya menganjurkan Bengkel “Move to improve- Exercise for fitter you” di Dewan Tiga Nenek HTJS.

Menurut Dr Rozaiman Bin Ebrahim, Ketua Unit Perubatan Sukan HTJS fokus program kali ini adalah kepada ‘lifestyle modification’ dalam perawatan Diabetes Mellitus, Obesiti dan Sindrom Metabolik melalui kaedah senaman dan aktiviti fizikal. Program bengkel ini merangkumi sesi ceramah oleh pakar, penilaian kecergasan fizikal dan latihan praktikal ketahanan kardiovaskular, kekuatan otot, fleksibiliti, keseimbangan serta sesi senaman aerobik yang meriah.

Seramai 45 peserta terdiri daripada warga HTJS dan HTAN telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan jayanya. Rata-rata peserta sangat teruja dengan bengkel ini.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah HTJS, Dato’ Dr Zaleha Binti Md Noor. Turut hadir bersama ialah Dr Dzualkamal Bin Dawam Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr Mohd Ferous Bin Alias, Timbalan Pengarah Perubatan III, Dato’ Dr Noorlita Adam (Pakar Perunding Endokrinologi HTJS) dan Prof Madya Dr Mohd Nahar Azmi (Pensyarah Kanan Perubatan Sukan, Universiti Malaya).

Tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta! Semoga usaha ini memberikan manfaat dan inspirasi, menggalakkan gaya hidup aktif serta sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya warga kerja HTJS.





PEMAKLUMAN: GANGGUAN SEMENTARA CAPAIAN LAMAN WEB JABATAN KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DAN HOSPITAL TUANKU JA'AFAR S...
07/04/2026

PEMAKLUMAN: GANGGUAN SEMENTARA CAPAIAN LAMAN WEB JABATAN KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DAN HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

Untuk makluman gannguan sementara capaian laman web JKNNS dan HTJS bagi kerja-kerja pembaharuan lesen SSL di peringkat KKM.

Segala kesulitan amat dikesali

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH Pengurusan Hospital Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih...
02/04/2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Pengurusan Hospital Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBrs. Dr. Azhana Binti Hassan atas segala jasa bakti dan kepimpinan cemerlang beliau sebagai Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Dr. Ahmad Fadzil Bin Sujak di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan yang baharu berkuatkuasa pada 1 April 2026.

Selamat maju jaya kepada Dr. Azhana dan selamat menjalankan tugas buat Dr. Ahmad Fadzil—semoga Jabatan Kecemasan dan Trauma terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu!

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH Pengurusan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y...
02/04/2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Pengurusan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBrs. Dr. Norzarina Binti Mohamed Zabidi atas segala jasa bakti dan kepimpinan cemerlang beliau sebagai Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Dr. Wong Kit Chan di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental yang baharu berkuatkuasa pada 1 April 2026.

Selamat maju jaya kepada Dr. Norzarina dan selamat menjalankan tugas buat Dr. Wong Kit Chan—semoga Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu

PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH (VAS) FARMASI HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBANPelanggan farmasi yang dihormati, kami prihatin ...
02/04/2026

PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH (VAS) FARMASI HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

Pelanggan farmasi yang dihormati, kami prihatin bahawa tempoh menunggu yang lama boleh menyebabkan keletihan dan ketidakselesaan.

Demi kesenangan anda, sila gunakan Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi bagi bekalan susulan ubat untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih cepat dan selesa.

Untuk makluman semua, kaunter Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) akan dibuka di lobi Klinik Pakar.

MAKLUMAN LOKASI SEMENTARA KAFETERIA PAK TAM DI LOBI BANGUNAN WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN BE...
31/03/2026

MAKLUMAN LOKASI SEMENTARA KAFETERIA PAK TAM DI LOBI BANGUNAN WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN BERMULA 1 APRIL 2026

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan Kafeteria Pak Tam di Bangunan Klinik Pakar akan bermula pada 1 April 2026 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut, pengoperasian kafeteria akan berpindah ke lobi Bangunan Wanita dan Kanak-kanak.
Waktu Operasi Kafeteria ini bermula jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam setiap hari.
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
PERHATIAN DAN KERJASAMA AMAT DIHARGAI.

Address

Jalan Rasah
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Ja'afar Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tuanku Ja'afar Seremban:

Share

Category