07/09/2025
Program “Jom Jadi Baik!” Tekankan Nilai Moral & Kesedaran Seksual Remaja di SM Tuanku Aishah Rohani
Dewan Srikandi, 6 September 2025 – Seramai 500 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 4 Sekolah Menengah Tuanku Aishah Rohani telah menyertai program kesedaran remaja bertemakan “Jom Jadi Baik! – SGS Safe Zone: Tiada Zina, Tiada Buli” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dan team ReproAlert I-Medik Cawangan Negeri Sembilan.
Program ini merupakan inisiatif prihatin UBK dalam menangani isu salah laku dalam kalangan remaja, khususnya berkaitan salah laku seksual dan budaya buli. Ia bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmonis dan berakhlak mulia.
Slot pertama program menyaksikan perkongsian ilmu oleh Dr. Norsyarifah Binti Hashim, seorang penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah bertajuk “Kesihatan Seksual Remaja dan Salah Laku Seksual”. Pelajar diberikan pendedahan tentang pentingnya menjaga kesihatan seksual, mengenal pasti bentuk-bentuk salah laku, serta langkah pencegahan daripada terjebak dalam zina.
Slot Kedua p**a berbentuk bual bicara interaktif bertajuk "Kehidupan di Asrama, Langkah Mengelak Salahlaku Seksual dan Buli" oleh tiga orang panelis iaitu Ts. Suria Irdayu Ahmad Zaidi, Dr Insyirah Ahmad Kamal dan Dr Nurhani Mohamad Ansor.
Rata-rata elajar memberikan maklum balas yang sangat positif. Ramai menyatakan bahawa program ini memberi kesedaran dan semangat untuk berubah ke arah lebih baik.