08/04/2026
Assalammualaikum,
Dimaklumkan bahawa pada hari ini, salah seorang ahli Kelab Warga Emas dan Anggota Klinik Kesihatan Senawang, Allahyarhamah Norila binti Mohd Sidek, telah kembali ke rahmatullah.
Sepanjang hayatnya, arwah sangat aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kelab.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.