Klinik Syifa' 24 Jam Seri Iskandar

Klinik Syifa' 24 Jam Seri Iskandar Klinik Syifa' 24 Jam pilihan keluarga anda yang tersayang.

Pakej Medical Check Up Haji Umrah | Pemeriksaan Kesihatan Haji UmrahKlinik Syifa' 24 Jam Seri Iskandar menawarkan pelbag...
31/10/2025

Pakej Medical Check Up Haji Umrah | Pemeriksaan Kesihatan Haji Umrah

Klinik Syifa' 24 Jam Seri Iskandar menawarkan pelbagai pakej pilihan yang mampu milik kepada bakal haji dan umrah. Didatangkan dengan pakej pemeriksaan kesihatan jemaah haji dan juga pakej vaksinasi bakal haji atau umrah.

Setiap pakej lengkap dengan harga untuk rujukan anda, sangat berpatutan dan mampu milik. Anda sekeluarga atau beramai-ramai boleh melakukan pemeriksaan kesihatan haji dan umrah serta mengambil suntikan vaksin di sini.

Selaras dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan KKM, Setiap Bakal Jemaah Haji Malaysia wajib menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Doktor di klinik-klinik yang diiktiraf.

Kini, Klinik Syifa' 24 Jam Cawangan Seri Iskandar & Tambun terpilih menyediakan:

⤷ Pakej Pemeriksaan Kesihatan & Vaksinasi Bagi Bakal Jemaah Haji;
⤷ Doktor diiktiraf oleh Tabung Haji.

📞 Maklumat lanjut, hubungi kami:
📲 http://www.wasap.my/60106563604/
☎️ 010 656 3604

🩺 Tempat: Klinik Syifa’24 Jam Seri Iskandar
https://maps.app.goo.gl/Vh8iLcGC3UtZcao79

Pada 22 Februari 2025, Program Kasih Ramadhan - bantuan bakul makanan yang dikendalikan oleh Yayasan Taqwa, Klinik Syifa...
25/02/2025

Pada 22 Februari 2025, Program Kasih Ramadhan - bantuan bakul makanan yang dikendalikan oleh Yayasan Taqwa, Klinik Syifa’ 24 Jam Cawangan Seri Iskandar, Kelab Sukan Komuniti Manong, Masjid Taufiqiah. Program ini telah banyak memberi harapan buat golongan yang memerlukan untuk meneruskan hidup. Sebanyak 300 bakul makanan disediakan untuk diedarkan kepada para penerima yang layak termasuk golongan B40.

Tambahan pendaftaran dan saringan kesihatan PeKa B40 juga disediakan memberikan perkhidmatan saringan secara percuma. Dalam pada itu, klinik Syifa’24 Jam terus mempergiatkan promosi servis klinik yang ditawarkan bagi membantu rakyat setempat sentiasa mengetahui status kesihatan mereka.

Taklimat kesihatan juga turut dikongsi oleh Dr Abdul Rofiq & Dr Nurul Izza. Harapan kami, dengan penganjuran program ini dapat membuka ruang infaq dan sedekah di bulan Ramadhan yang mulia sekaligus dapat meringankan beban serta menggembirakan golongan yang kurang berkemampuan agar mereka dapat lebih fokus menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan akan tiba.

Taklama lagi cuti sekolah. Ibu ayah ada plan untuk khatankan anak lelaki 🤔 Sekarang  dah open tau slot khatan💪👦Jangan tu...
28/08/2024

Taklama lagi cuti sekolah. Ibu ayah ada plan untuk khatankan anak lelaki 🤔 Sekarang dah open tau slot khatan💪👦
Jangan tunggu hujung-nanti baru nak book waktu tu slot pun dah penuh. Halamak😱

CUTI SEKOLAH BAKAL TIBA ‼️ JOM BERKHATAN ‼️
SEPTEMBER 2024 🎉 (14/9-22/9/2024)
Harga promosi RM160 SAHAJA
Apa tunggu lagi, jom daftarkan hero-hero cilik ibu ayah sekarang🤗
http://www.wasap.my/60106563604/BookSUNAT
Book SLot di link ⏩⏩⏩
https://forms.gle/XS46xP1v9sq93VLU7




23/08/2024

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.



Address

18, Jalan PP 1, Bandar Universiti
Seri Iskandar
32610

Telephone

+60106563604

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Syifa' 24 Jam Seri Iskandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Syifa' 24 Jam Seri Iskandar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram