28/09/2025
𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐭: 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐁𝐨𝐧𝐭𝐨𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐊𝐞𝐬?
* Jadi kami ingin mengajak anda kepada amalan dan kefahaman yang betul.
* Majoriti masalah sembelit pada kanak-kanak adalah berkaitan dietary, iaitu kekurangan pengambilan fibre atau serat daripada sayur atau buah. Hampir semua ibu bapa ada masalah ini.
* Cara penyelesaian yang mudah adalah kita cuba kreatif dalam menggalakkan anak memakan buah dan sayur, contohnya mebuat jus buah & masakan yang menarik.
* Tetapi sekadar sembelih biasa, anak tidak akan menangis kesakitan. Punca utama anak menangis sewaktu membuang air besar adalah kerana luka pada lubang dubur, yang mana luka ini menyebabkan kesakitan dan menyebabkan otot kemut dubur mengecut, sekali gus menyusahkan anak untuk membuang.
* Rawatan sebenar adalah dengan krim tahan sakit khas disapu pada bahagian luka dan krim melembutkan (relax) pada otot kemut. Selain itu adalah dressing atau mencuci luka tersebut dan sitz bath adalah kaedah paling mudah. Luka yang tidak dicuci boleh menyebabkan jangkitan kuman di pinggir dubur.
* Manakala Hischprung disease p**a adalah kecacatan pada saraf usus besar yang menyebabkan pergerakan normal (peristalsis) tidak berlaku pada sebahagian segment usus maka najis tidak akan keluar dan tersekat.
* Ini memerlukan pengesanan awal dan pembedahan.
Jadi jom kita fahami masalah sembelit pada anak-anak dan biasakan yang betul, tak semua kes sembelit memerlukan ubat masuk dubur.
Terima kasih.
Kesihatan Anda Keutamaan Kami
Temui kami di Klinik Medinna 24 Jam Seri Kembangan, hubungi 013-299 2580
atau Klinik Medinna 24 Jam Taman Nirwana, hubungi 011-5867 5878