Brewery Boss Kombucha

Brewery Boss Kombucha Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Brewery Boss Kombucha, Medical and health, Seri Kembangan.

🔷 we sell freshmade and original kombucha
🔷 homemade with quality ingredients

like and share our page spread the good things

contact us to order

agent wanted please contact fast

15/08/2020

Selalu berlaku di kalangan masyarakat.
11/03/2020

Selalu berlaku di kalangan masyarakat.

Menjunjung Perintah YDPA
29/02/2020

Menjunjung Perintah YDPA

💯💯 MANFAAT KOMBUCHA 💯💯Dengan terkandungnya pelbagai bahan yang berkhasiat dalam teh Kombucha ini, sudah tentu manfaatnya...
02/02/2020

💯💯 MANFAAT KOMBUCHA 💯💯

Dengan terkandungnya pelbagai bahan yang berkhasiat dalam teh Kombucha ini, sudah tentu manfaatnya terhadap para pengguna tidak dapat dinafikan lagi serta para pengguna bakal memperoleh manfaat teh ini secara optimum.

✅Teh Kombucha sangat baik terutama sekali dalam menormalkan serta melancarkan sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan.

✅Teh Kombucha juga dapat menangani masalah pembuangan air besar atau sembelit oleh kerana kandungan probiotiknya yang tinggi.

✅Melalui satu kajian tabung uji, teh Kombucha yang kaya dengan antioksidan ini juga terbukti mampu untuk menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel kanser oleh kerana konsentrasi polifenol teh dan antioksidan yang tinggi.

✅Dengan mengamalkan teh Kombucha secara teratur, ianya akan membantu untuk membakar kalori dengan lebih banyak, mengurangkan lemak-lemak di perut serta mengawal kadar gula dalam darah.

✅Teh Kombucha juga dapat mengurangkan risiko individu daripada terkena penyakit kencing manis. Hal ini kerana kandungan antioksidan yang terdapat dalam teh ini akan menyebabkan sedikit sahaja insulin yang diperlukan untuk memproses glukosa yang terdapat dalam darah sekali gus akan memperlahankan proses penyerapan glukosa dalam darah.

🎍🎍🎍 Gula Organik  🎍🎍🎍Apa itu yang dikatakan dengan gula organik❓Apa perbezaanya dengan gula putih yang kita selalu gunak...
02/02/2020

🎍🎍🎍 Gula Organik 🎍🎍🎍

Apa itu yang dikatakan dengan gula organik❓

Apa perbezaanya dengan gula putih yang kita selalu gunakan tu❓

Haa sebenarnya terdapat perbezaan taw diantara gula organik dan gula putih ini. ‼️‼️

Gula organik ini diperbuat daripada perahan just tebu lalu dikeringkan. Berbeza p**a dengan gula putih. Gula putih diproses secara kimia dan terhasil setelah semua vitamin, molasses, mineral, protin dan serat telah dibuang. Jadi, apa peranan gula organik ini dalam teh Kombucha❓

Gula organik ini berperanan sebagai “makanan” kepada SCOBY (cendawan mekah) dimana SCOBY ini akan memakan gula di dalam campuran teh dan membiakkan bakteria baik. Bukan itu sahaja, seperti yang kita sudah sedia maklum, gula berperanan untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan, oleh itu, para pengguna juga akan memperoleh tenaga dengan meminum teh Kombucha ini.

Jadi, persoalan kenapa teh Kombucha ini pop**ar dikalangan atlit telah kita rungkai!! 🏋️🏋️🏋️

🍄🍄🍄 Cendawan mekah (SCOBY) 🍄🍄🍄Cendawan mekah❓ Apa tu cendawan mekah❓Meskipun namanya cendawan, cendawan mekah bukanlah s...
02/02/2020

🍄🍄🍄 Cendawan mekah (SCOBY) 🍄🍄🍄

Cendawan mekah❓ Apa tu cendawan mekah❓

Meskipun namanya cendawan, cendawan mekah bukanlah sama seperti cendawan yang kita selalu lihat. Sebaliknya, cendawan mekah ini sejenis selaput yang terhasil dan terapung diatas minuman dan menyerupai bentuk cendawan.

Tapi apa peranan cendawan mekah yang membuatkan teh Kombucha ini berkhasiat❓

Semasa proses pengolahan Kombucha, bakteria probiotik akan terhasil. Kita selalu dengar tentang istilah probiotik, tapi tahukah anda apa itu yang disebutkan dengan probiotik ❓

Probiotik adalah bakteria baik bagi usus yang akan membantu untuk mengimbangi ekosistem dalam tubuh terutama sekali saluran pencernaan sekali gus mencegah pertumbuhan jenis bakteria yang berbahaya.

Jadi bayangkan sistem pencernaan kita tanpa probiotik, maka usus kita akan penuh dihuni dengan bakteria berbahaya dan itulah penyebab-penyebab sakit seperti sakit perut dan cirit birit.

‼️‼️Disebabkan itu cendawan mekah adalah bahan utama di dalam Kombucha. Khasiatnya dapat membantu penggunanya lebih sihat. ‼️‼️

🍃🌿🍵 Teh hijau  🍃🌿🍵Zaman sekarang, sebut je pasal teh hijau hampir semua orang tahu yang teh hijau bagus untuk menurunkan...
02/02/2020

🍃🌿🍵 Teh hijau 🍃🌿🍵

Zaman sekarang, sebut je pasal teh hijau hampir semua orang tahu yang teh hijau bagus untuk menurunkan berat badan. Betul ke❓ 😮

Apa yang “special” tentang teh hijau ni sehinggakan ianya terkenal sebagai minuman yang boleh turunkan berat badan❓

Haa.. dekat sini saya nak berkongsi kenapa. Teh hijau ini mengandungi EGCG (Epigallocatechin gallate) dan kafein, dimana bahan ini bertindak dengan memecahkan sel lemak dan dipindahkan ke aliran darah.

Bukan itu sahaja, teh hijau ini juga berupaya untuk meningkatkan jumlah lemak yang dibakar ketika kita sedang bersenam jadi sebagai kesan, proses penurunan berat badan pun akan menjadi lebih efektif! 💪

Jadi tidak hairanlah teh hijau adalah salah satu bahan dalam Kombucha kerana kombucha mampu untuk membantu penggunanya untuk menurunkan berat badan dan lebih sihat.

Kombucha? Adakah anda tahu apa itu Kombucha? 🤔Kombucha merupakan sejenis teh atau lebih dikenali sebagai teh cendawan ya...
02/02/2020

Kombucha? Adakah anda tahu apa itu Kombucha? 🤔

Kombucha merupakan sejenis teh atau lebih dikenali sebagai teh cendawan yang berasal dari negara China yang telah lama di amalkan sejak ratusan tahun dahulu.

Budaya mengamalkan teh ini juga turut tersebar luas dan semakin dikenali di negara-negara seperti Jepun, Rusia dan juga Eropah pada abad ke-20.

Kombucha ini pop**ar sebagai minuman kesihatan dan tenaga terutama sekali dikalangan atlet oleh kerana kandungannya yang kaya dengan probiotik atau bakteria baik yang memberi manfaat kepada sistem penghadaman

Persoalannya, apakah kandungan Kombucha yang membuatkan ianya sejenis minuman kesihatan yang akan memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan?

APA ITU KOMBUCHA ❓

Teh Kombucha atau nama lainnya teh cendawan mekah semakin pop**ar pada masa kini. Kombucha menjadi pop**ar bukan hanya kerana rasa minuman ini yang sedap, malah berkhasiat dan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada para pengguna jika diamalkan dengan cara yang betul.

Jadi, mari kita kenali teh Kombucha ini.

Kombucha merupakan minuman teh yang telah difermentasikan dimana ianya ialah campuran teh hijau atau teh hitam bersama gula.

Selain itu, jus buah-buahan juga digunakan untuk mempelbagaikan perisa teh Kombucha. Kombucha akan terhasil selepas teh tersebut dicampurkan dengan gula dengan bantuan koloni bakteria dan cendawan mekah (SCOBY), dimana bakteria hidup ini yang akan memulakan proses fermentasi dan tindak balas daripada bakteria tersebut akan menghasilkan satu selaput yang menyerupai cendawan di permukaan minuman tersebut dan oleh kerana itulah Kombucha dipanggil sebagai teh cendawan.

Address

Seri Kembangan
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Brewery Boss Kombucha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram