Yuti Teramu

Yuti Teramu Pengamal Teramu Terapi Alami. Kekalkan Sihat Hilangkan Sakit. Wellness. Therapeutic . Herba. Postnatal.

03/11/2025

anda mungkin alami ini...

🔹 Susah tidur tapi badan penat
🔹 Sakit perut setiap kali nervous
🔹 Tiba-tiba sesak nafas bila fikir masalah
🔹 Jantung laju tapi ECG normal
🔹 Badan sakit tapi tiada punca fizikal

Kalau anda rasa semua ni, anda bukan lemah.
Anda cuma penat secara mental.

Rawatan yang bantu:
✅ Urut saraf
✅ Hydrotherapy
✅ Teknik grounding & tarik nafas
✅ Minyak aromaterapi relaks
✅ Persekitaran terapi yang tenang
✅ Pembetulan amalan dan tingkah laku
✅ Disiplin dan pemakanan

Bila minda tenang → badan akan ikut sembuh.

23/10/2025

Fitrah manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Renung sejenak setiap kelahiran masa kini.

11/09/2025

Sempena cuti sekolah ni ramai dah bercuti.
Selamat menunaikan umrah juga buat semua sahabat dan klien yang pergi umrah sepanjang cuti sekolah ni.

Teramu Terapi Alami juga akan cuti sampai 16 Sep 2025 dan kembali beroperasi pada 17 Sep 2025 minggu depan. Semua temujanji rawatan akan kembali Rabu depan ya. 😌

17/06/2025

BILA TUBUH BERKATA-KATA...

Part 1: TERAPI DIRI - Kenal Signal Tubuh

📉 TANDA ESTROGEN RENDAH:
Haid tak teratur / tiada langsung

Va**na kering / sakit waktu hubungan intim

Tulang reput (osteoporosis)

Hot flashes, berpeluh malam

Mood swing, murung, cemas

Rambut gugur, kulit kering

Mudah letih & insomnia

📈 TANDA ESTROGEN TERLALU TINGGI:
Haid tak teratur / terlalu banyak

Payudara tegang & sakit

Angin / kembung perut / emosi tak stabil

Berat badan naik, susah turun

Fibroid, cyst, endometriosis

Risiko kanser payudara / rahim meningkat

JADI PENTING ia berada pada tahap yang seimbang.

10/06/2025

Ilmu itu Cahaya. Menerangi hati hati yang baik. Penunjuk jalan yang benar. Memberi manfaat bila diperlukan.

14/02/2025

PENTING KE PANTANG LEPAS BERSALIN?

Bersalin adalah perjalanan yang penuh makna, namun ia juga memerlukan perhatian kepada kesihatan ibu. Penjagaan postnatal yang betul membantu ibu untuk pulih dengan cepat, kembali aktif, dan menjalani kehidupan baru sebagai ibu dengan lebih baik.

💡 *Kenapa Penjagaan Postnatal Itu Penting?*
Selepas bersalin, tubuh ibu memerlukan masa untuk pulih dan menyesuaikan diri semula. Proses pemulihan ini melibatkan:
- Pemulihan luka selepas bersalin
- Mengembalikan keseimbangan hormon
- Menguatkan otot-otot yang terlibat semasa mengandung dan melahirkan

🩺 *5 Langkah Penjagaan Postnatal Yang Perlu Anda Tahu:*
1. *Rehat yang cukup:* Tidur dan rehat sangat penting untuk pemulihan tubuh.
2. *Pemakanan seimbang:* Makanan yang berkhasiat membantu tubuh ibu kembali kuat dan memberikan tenaga.
3. *Senaman postnatal:* Aktiviti ringan yang membantu menguatkan tubuh tanpa memberi tekanan.
4. *Sokongan mental:* Ibu juga memerlukan sokongan emosi, jadi pastikan untuk berbincang dan dapatkan sokongan daripada keluarga atau kaunselor.
5. *Pemantauan kesihatan:* Lawatan berkala ke doktor atau bidan untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terjaga.

💖 *Tetap Produktif Lepas Bersalin dengan Teramu Terapi Alami!*

Setiap ibu berhak mendapatkan penjagaan yang terbaik selepas bersalin. Ambil masa untuk diri sendiri, beri perhatian kepada kesihatan fizikal dan mental, dan nikmati perjalanan baru sebagai ibu dengan penuh kebahagiaan.

---


Minggu last dah ni rasanya merawat. Selesaikan beberapa lagi klien yang ada. Kang tak pasal2 klien pulak jadi bidan terj...
12/12/2024

Minggu last dah ni rasanya merawat. Selesaikan beberapa lagi klien yang ada. Kang tak pasal2 klien pulak jadi bidan terjun. 😅😅

Yang lain tunggu sambung tahun depan pulak ye. Lepas yuti habis cuti 45 hari.

Urut Melayu&SendiSaraf untuk wellness masih boleh booking ye dengan pengamal yang lain. InsyaAllah.

Terapi Alami Melayu

14/09/2024

Tubuh dianggap sakit dan mengalami gangguan bilamana keluar dari keseimbangan.

Bismillah...Jumaat Mubarokah.Zaman nampak makin canggih.. Makin hightech.. Namun manusia makin ramai mengalami stress, a...
16/08/2024

Bismillah...

Jumaat Mubarokah.

Zaman nampak makin canggih.. Makin hightech.. Namun manusia makin ramai mengalami stress, anxiety, depression dan seumpamanya.

Tiada solusi melainkan kembali kepada agama. Solusi ada di dalamnya. Tinggal belajar dan amal.
Hari ni Terapi Emosi & Energy Recovery. Biiznillah...



BeYuti Terapi Alami Melayu

21/06/2024

Merawat diri tanpa disusuli dengan pembetulan Life Style yang benar akan menemui jalan buntu.
Jom belajar.

19/06/2024

Faktor yang sangat banyak pengaruh kpd kesihatan diri adalah GAYA HIDUP SEHARIAN kita.
Renung semula...

18/06/2024

Dah mula rasa sakit lutut kembali ke lepas Raya Haji ni? 😅
Cepat2 cegah daripada terus melarat.

Address

12-1 Jalan PUJ 3/2 Tmn Puncak Jalil
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yuti Teramu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Yuti Teramu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram