26/10/2013
Apa langkah yang penting dalam perawatan muka? Semestinya langkah atau cara yang betul menggunakan cleanser, toner dan moisturizer. Setiap wanita perlu melakukan 3 perkara ini ketika membuat perawatan muka. Tanpa 3 perkara ini rasa seerti tidak lengkap p**a. Tapi tidak semua tahu langkah penggunaannya yang betul, maksud saya cara cuci muka dengan betul, penggunaan toner dan moisturizer yang betul. Penting untuk mengetahuinya agar wajah anda tidak lagi dicemari dan kotor. Kami tunjukkan langkah yang betul untuk menggunakan cleanser, toner dan moisturizer.
1. Cuci tangan terlebih dahulu sehingga bersih. Jangan sesekali menyentuh muka anda ketika tangan kotor.
2. Selepas itu, ambil pencuci muka dan basahkan dengan air, calitkan sedikit di kawasan dahi, dua p**i, dagu dan hidung. Dengan menggunakan tiga jari sahaja untuk kedua-dua belah tangan: jari hantu, manis dan kelingking, basahkan jari tersebut dan mulakan mengurut wajah. Cara urutan yang betul boleh dilihat di gambar, anda harus tekankan kawasan dahi dan t zone.
Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.
3. Jangan melebihi 5 minit, cuci muka anda dengan air suam terlebih dahulu. kemudian, barulah cuci muka dengan air sejuk.
4. Lap muka anda dengan tuala yang bersih. Sediakan tuala yang khas untuk muka sahaja.
5. Untuk menutup kembali liang roma yang terbuka selepas di cuci tadi, picitkan sedikit toner di kapas berbentuk duit 50 sen. Hanya tepek perlahan-lahan ke seluruh wajah. Tidak perlu mengelap dan sekali lagi beri perhatian kawasan dahi dan t zone.
Mudahkan? hanya 5 ke 6 minit anda pasti terasa kelainannya.