Dott Gliders

Dott Gliders Dott Glider berpengalaman menjaga pelbagai variasi sugar glider sejak 2012.

22/04/2024
Leucistic (Leu)Leucistic atau nama singkatannya leu adalah variasi yang sangat mudah untuk dikenalpasti daripada warna b...
09/01/2024

Leucistic (Leu)
Leucistic atau nama singkatannya leu adalah variasi yang sangat mudah untuk dikenalpasti daripada warna bulunya yang putih.
Leucistic mempunyai bulu serba putih dan bermata hitam. Satu lagi ciri leucistic ialah mempunyai telinga telus atau lut sinar, kaki putih dan tangan putih.Leucistic berada dalam kumpulan resesive.

MosaicSugar glider mosaic terjadi dalam corak yang berbeza antara satu sama lain. Corak mosaic menunjukkan jumlah pigmen...
07/01/2024

Mosaic
Sugar glider mosaic terjadi dalam corak yang berbeza antara satu sama lain. Corak mosaic menunjukkan jumlah pigmentasi putih yang berbeza pada badan SG. Corak dan warna adalah rawak, dan itu menjadikannya lebih unik. Mosaicisme melibatkan kehadiran dua atau lebih populasi sel dengan genotip berbeza dalam seekor SG, yang telah berkembang daripada satu telur yang disenyawakan. terdapat beberapa pecahan dari corak mosaic seperti mosaic white tail, ringtail, white mosaic, pied, minimal mosaic dan banyak lagi. Mosaic adalah SG dalam group dominant.

Cara membezakan antara CG dan WF
05/01/2024

Cara membezakan antara CG dan WF

Whiteface (WF)Whiteface sugar glider mempunyai warna atau corak yg sama seperti Classic Grey (CG) tetapi tiada garisan h...
03/01/2024

Whiteface (WF)
Whiteface sugar glider mempunyai warna atau corak yg sama seperti Classic Grey (CG) tetapi tiada garisan hitam dibawah telinga seperti CG.

Classic Grey (CG)Ini adalah warna sugar glider yang paling biasa. Mempunyai warna kelabu dengan jalur gelap dari kepala ...
01/01/2024

Classic Grey (CG)
Ini adalah warna sugar glider yang paling biasa. Mempunyai warna kelabu dengan jalur gelap dari kepala hingga ke ekornya. Juga terdapat garisan gelap yang memanjang dari telinga hingga mata. CG adalah gen yang dominan

Albino
23/10/2023

Albino

Sedikit perkongsian tentang kos perubatan SG.Pada 14 September 2023 saya bawa SG ke Hospital Verterinar Universiti (UPM)...
19/09/2023

Sedikit perkongsian tentang kos perubatan SG.

Pada 14 September 2023 saya bawa SG ke Hospital Verterinar Universiti (UPM), kerana terdapat selaput putih dipermukaan mata. Awalnya ingat masalah katarak mata. Setelah berjumpa dengan doktor dan diterangkan barulah saya faham. SG ada masalah uveitis dan bukannya katarak. Uveitis boleh berlaku jika mata SG tercedera. Beza antara Uveitis dan katarak, jika masalah katarak selaput hanya berlaku pada bahagian anak mata sahaja dan tidak meliputi bahagian-bahagian lain, manakala uveitis selaput akan terjadi pada bahagian anak mata dan bahagian-bahagian yg lain.

Kos keseluruhan untuk rawatan ini ialah RM92.31. Harap kepada semua yang membela SG, jangan mengambil mudah hal penjagaan kesihatan SG anda. Perlu sediakan sejumlah wang untuk kegunaan ketika kecemasan.

Di alam liar (hutan), sugar glider (SG) memakan buah, nektar, sap, tunas pokok, debunga dan serangga kecil. SG akan menn...
15/09/2023

Di alam liar (hutan), sugar glider (SG) memakan buah, nektar, sap, tunas pokok, debunga dan serangga kecil. SG akan mennebuk lubang pada pokok dan makan getahnya, kemudian kembali untuk makan gula getah kering yang terkumpul di situ. SG merupakan haiwan yang mempunyai metabolisma yang tinggi dan memerlukan gula didalam makanan harianya.

Sebagai haiwan peliharaan, SG memerlukan 50% protein dan 50% buah/sayur dalam dietnya. Anda perlu memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan kalsium dan rendah fosforus, sebaik-baiknya dengan nisbah 2:1 kalsium kepada fosforus. Fosforus yang tinggi dalam diet SG akan menghalang keupayaan untuk menyerap kalsium. Beri makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran jika boleh. Pemakanan SG sepatutnya dipelbagaikan sepanjang minggu. Jangan sekali-kali memberi terlalu banyak satu jenis buah atau sayur. Anda perlu melakukan beberapa percubaan untuk melihat apa yang SG anda s**a!

Diantara keperluan utama sebelum anda membeli atau membela sugar glider.1. Makanan2. Sangkar3. Suasana persekitaran sang...
12/09/2023

Diantara keperluan utama sebelum anda membeli atau membela sugar glider.

1. Makanan
2. Sangkar
3. Suasana persekitaran sangkar
4. Perubatan (jika perlu)

Sila tambah jika anda mempunyai pendapat yang lain, posting ini bertujuan untuk kita sama-sama berinteraksi dan berkongsi maklumat.

Dott Gliders akan memulakan posting tentang penjagaan asas sugar glider untuk beginner tidak lama lagi. Sila follow page...
03/09/2023

Dott Gliders akan memulakan posting tentang penjagaan asas sugar glider untuk beginner tidak lama lagi. Sila follow page kami untuk mendapatkan maklumat terkini.

02/09/2022
17/06/2022

Address

Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dott Gliders posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dott Gliders:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram